CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 9

Antara iman dan rezeki-keusahawanan

[Copy link]
Post time 6-9-2009 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

thread ini ditulis kerana ramai usahawan tidak memahami hakikat rezeki apabila menceburi keusahawanan.
Ada yang marah,kecewa,dengki,haloba,mencari haram,mengamalkan rasuah,menghina org susah,mengagap org gagal sbg malas dan sebagainya.

Persoalan satu : Saya telah bertungkuslumus mencari rezeki siang dan malam ,kenapa saya masih tidak berjaya?
Mengapa ada yang berniaga 2 jam dan mendapat untung 5k menyamai usaha saya sebulan?Mengapa???

Persoalan dua : Rezeki telah ditetapkan,jadi memang rezeki saya dari sumber rasuah dan menipu.Memang rezeki saya menjual produk haram.memang itu telah ditetapkan.Memang rezeki saya dengan cara menipu dan bercakap bohong.memang rezeki saya..memang rezeki saya......

Persoalan tiga: Mengapa orang lain jual benda yang sama lebih berjaya?

Persoalan empat : Benarkah rezeki itu memang tetap?Benarkah rezeki itu boleh bertambah2 dengan mengamalkan amalan seperti menghubungkan silaturrahim dan sedekah?benarkah?

Persoalan lima : Mengapa kafir diluaskan rezekinya sedangkan muslim dan beriman disempitkan dan diuji pelbagai kesulitan dan kepayahan dalam mencari rezeki??

Persoalan itu sering berlegar dalam kepala usahawan.Mereka tidak mencari jawapan tetapi kebanyakan mereka mentafsirkan jawapan mengikut pengetahuan mereka sendiri tanpa asas agama dan sumber sahih mengikut Quran dan hadis.

Dalam bidang keusahawanan,ramai tergelincir dan terpedaya dengan hasutan syaitan sehingga mereka gagal menemui jawapan dalam persoalan-persoalan tersebut.

Dalam merungkaikan jawapan2 persoalan tersebut,masa diperlukan untuk menjelaskannya.Jadi berikan saya masa untuk memberi penjelasan sebaiknya agar usahawan mampu menjalankan keusahawanan mengikut lunas yang terbaik demi mencari kejayaan hakiki-Negara akhirat.

to be continued.........

P/s : Penulisan ini akan diteruskan sekiranya mod tidak menghumban thread ini ke dalam "recycle bin".


-"Kaya wang kaya iman" bakal menembusi hati usahawan yang peka dengan keusahawanan demi mencari kejayaan hakiki-duniawi dan ukhrawi-bakal lahir sebelum tibanya  mentari 2010 dgn izin Allah,Tuhan Maha Bijak Lagi Maha mengetahui.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2009 01:56 AM | Show all posts
posting yg menarik...teruskan...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 02:36 AM | Show all posts
Sokong faridali ...isi yg menarik ..tapi tngh syiok baca to be continued lak nya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2009 03:03 AM | Show all posts
3# ea208964

sabar yea.....tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 03:15 AM | Show all posts
opss sori ..not complaining tapi terjumpa posting menarik untuk di baca time2 menunggu sahur...

Thanks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2009 08:38 AM | Show all posts
sekarang masih 3 pagi waktu mekah mukarramah...
kelihatan ramai bersujud dan beribadat di hadapan Kaabah...
begitu meriahnya bumi Mekah.....subur dengan zikrullah

ok kita sambung.....

Persoalan satu : Saya telah bertungkuslumus mencari rezeki siang dan malam ,kenapa saya masih tidak berjaya?
Mengapa ada yang berniaga 2 jam dan mendapat untung 5k menyamai usaha saya sebulan?Mengapa???

Persoalan ini banyak dilontarkan kebanyakan usahawan muslim akibat kedangkalan ilmu agama dan pemahaman.
Memang telah jelas bahawa rezeki seseorang memang telah dicatat sejak usia baru 40 hari dalam kandungan ibu lagi....

Hakikatnya rezeki usahawan memang telah dicatat setiap saat dan minit dalam sehari,seminggu ,sebulan hinggalah akhir hayat.

Setiap catatan yang telah tercatat di Luh Mahfuz adalah tetap dan tidak akan berubah,cuma sebagai usahawan,kita tidak boleh berserah dan berpuashati dengan apa yang kita dapat dalam setiap saat perjalanan keusahawanan.

Persoalan tentang kegagalan dan kelemahan diri jika tidak berjaya adalah baik kerana ia membawa kepada mencari jalan untuk lebih berjaya.Justeru doa dan usaha perlu seiringan.Ramai usahawan berdoa siang dan malam tetapi tidak mengiringi dengan usaha.Contohnya usahawan kedai runcit mmebuka perniagaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam sedangkan usahawan runcit lain membuka perbiagaan seawal jam 5 pagi hingga 11 malam.
Perbezaan masa menjalankan bisnes akan memberikan jumlah pendapatan berbeza.Jadi membuka bisnes dengan tempoh yg lebih lama adalah usaha menambahkan pendapatan dan jika ia berjaya,maka ia adalah menepati ketentuan rezeki yang telah ditetapkan.

Kejayaan dalam bisnes perlu ada perancangan,kemahiran,kemahuan,kesungguhan dan ia adalah asas kepada iringan takdir penentuan rezeki.

Ramai usaahwan mengeluh dan mengeluh serta menyalahkan Tuhan apabila gagal dan mereka masih tidak mahu berubah dan berpuashati dengan pendapatan sedia ada.
Kita memang tidak tahu berapa rezeki kita,justeru sikap mengeluh dan menyalahkan orang lain bukan caranya.Sepatutnya cari jalan dan terus menerus cari jalan.

Ingat tak kisah seorang wali Allah yang ingin menguji tentang rezeki Allah.Dia tidak makan dan pergi ke dalam hutan dan menemui sebuah gua dan jauh dari manusia dan mahu mengetahui bagaimana rezeki Allah sampai kpdnya.
Stelh lama berada dalam gua,maka muncullah seorang hamba Allah dan menawarkan roti.Dia enggan makan kerana menganggap ianya usaha mendapatkan rezeki.Lantas lelaki tersebut membuka mulut wali Allah tersebut dan memasukkan roti ke mulutnya.
Jadi ini menunjukkan bhw roti adalah rezeki dr Allah dan cara datangnya mmg tidak pernah difikirkan krn ianya adalah perancangan Allah yg Biajksana.

Begitulah dengan bisnes.

Jika iman berada dalam jiwa kita,kita beriman dengan qadak dan qadar.Kita percaya dgn segala pemberian n rezki Allah.Kita reda dan pasrah dgn segala ketentuan Allah.

Iman adalah penting dalam jiwa usahawan krn ia akan menjadikan usahawan manusia yg benar2 yakin n tawakal kpd Allah.yakin n tawakal perlu diringi dgn doa,usaha dan kesungguhan.

Cuba fikirkan.Seorang yg pasti mendapat rezeki krn telah dihubungi untuk diadakan perjanjian menandatangi sebuah projek bernilai rm1 juta.Namun pada hari tersebut,usahawan trsebut kemalangan ktk hendak pergi menandatangi perjanjian dan akibat ketidakhadirannya,projek trsebut diserahkan kpd syarikat lain.
Usahawan trsebut telah berusaha dgn mencari projek dan kemalangan adalah punca atay sebab kehilangan projek.Jadi ini menunjukkan bhw hari trsebut Allah telah menetapkan bhw projek berkenaan bkn rezekinya dan kemalangan adalah sebab kehilangan sumber rezeki.

Kisah itu perlu difahami dgn jelas dan baik.

Antara contoh gagalnya usahawan ialah tentang harga produk.A mmg setia dgn pembekal B dan membeli dgn harga Rm2.oo sdgkn jika A berusaha mencari pe,bekal lain yg lbh murah,mgkin A akan mendapat harga RM1.00 atau lebih murah.
Jadi usaha itu adalah jalan mencari rezeki dan jika ia menepati ketentuan Allah,maka rezeki akan terhasil.

""""AAAAAAhhhhh..ngantuk...

tido dulu....to be cntinued..............."




..........................................................................................................................................

Rabbi ijalni tajiran shodikan taqiyyan mu'minan.............amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2009 11:18 AM | Show all posts
nak tambah sikit...kadang2 kita mintak rezeki dr Allah siang dan malam...tapi kenapa Allah tidak bagi rezeki tu pada kita? cuba muhasabah diri kita di mana silapnya...kesilapan mungkin berlaku kerana:
1.ada perasaan riak, sombong dan takabur dlm diri kita
2.ada perasaan dendam dan dengki
3.suka mengumpat dan terlebih ambik tahu pasal org lain
4.buang air kecil berdiri-kdg2 kita anggap remeh....tapi-akibatnya diri kita tidak bersih...   sebagaimana yg diajarkan...kita perlu berdehem....
so...ambik iktibar dr semua ni...ada lagi perkara2 lain...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 10:16 PM | Show all posts
nak tambah sikit...kadang2 kita mintak rezeki dr Allah siang dan malam...tapi kenapa Allah tidak bagi rezeki tu pada kita? cuba muhasabah diri kita di mana silapnya...kesilapan mungkin berlaku kerana: ...
myahakeem Post at 6-9-2009 11:18


stuju sgt...kita kekadang abaikan perkara2 yg bagi kita remeh tanpa kita sedari setiap perbuatan kita walau sekecil mana pun ada implikasinya...didunia & di akhirat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2009 12:16 PM | Show all posts
nak tambah sikit...kadang2 kita mintak rezeki dr Allah siang dan malam...tapi kenapa Allah tidak bagi rezeki tu pada kita? cuba muhasabah diri kita di mana silapnya...kesilapan mungkin berlaku kerana:
myahakeem Post at 6-9-2009 11:18

ada hutang lama dengan seseorang yang kita tidak ambil peduli...buat tak tahu je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 12:31 PM | Show all posts
dalam surah dhuha ada kata...
- akhir itu lebih baik permulaan
- kekadang kita abaikan anak2 yatim
- kekadang kita marah2/dan berprasangka dan mengherdik mereka yang meminta2 (peminta sedekah)
- menyebut2 nikmat yg Allah berikan sebagai tanda syukur

apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan rezeki di dunia, tetapi bagi orang mukmin  pahalanya disimpan Allah, bukankan kita hidup didunia in untuk sementara, dan akhirat itulah  tempat tujuan kita.

so, bagi yang berkerjakeras, tetapi masih belum menampakkan rezeki:-
1. bergembiralah krn anda mendapat pahala atas apa yg anda lakukan didunia ini
2. bersabarlah kerana kesabaran dapat menambahkan iman anda.
3. bermuasasahlah - mungkin rukun iman kita belum sempurna, betulkan semula syahadah, solat (tertib dan bacaan), puasa dan zakat kita...hatta, mungkin ibadah sampingan perlu dipertingkatkan untuk mendapat rahmat dan berkat.
4. tukarlah persepsi tentang rezeki... krn rezeki itu bukan dari nilai $$$ sahaja... bukankah mendapat ilmu percuma disini satu rezeki juga.. bukankan menghirup udara dan sihat sejahtera itu masih satu rezeki.... bukankan mendapat peluang menjadi seorang usahawan itu juga satu rezeki..Maka nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan...

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
55-1:  Al-Rahman (Yang Maha Pemurah)!  
55-2:  Yang telah mengajarkan al-Qur抋n.  
55-3:  Yang mengajarnya "bayan" (pandai berbicara).  
55-5:  Matahari dan bulan menurut perhitungan.
55-6:  Dan bintang-bintang dan pokok-pokok bersujud.
55-7:  Dan langit, Dia (Allah) meninggikannya, dan Dia (Allah) meletakkan mizan (neraca).
55-8:  Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
55-9:  Dan tegakkanlah timbangan dengan adil, dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.  
55-10:  Dan bumi, Dia (Allah) hamparkan untuk makhluk.
55-11:  Padanya ada buah-buahan dan pohon tamar yang mempunyai mayang.
55-12:  Dan biji-bijian yang berkulit dan harum baunya.
55-13:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?


tuan tanah...terima kasih.. dan selamat menyambut nuzul quran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.067352 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list