|
Faizal tetap balik kampung beraya selepas jalani pembedahan
Oleh AU YEONG HOW
Faizal suka bermain futsal walaupun pernah cedera sebelum ini.
PETALING JAYA: Artis yang terkenal dengan lagu popular'Bencinta', Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampunghalamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannyapagi ini.
Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad keHospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalanipembedahan pada pagi ini.
"Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya keranabermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama danselepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.
"Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktormenasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor,kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya,kecederaan lutut kanannya mungkin melarat," kata Haryadi ketikadihubungi di sini hari ini.
Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.
"Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnyakepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalamtempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa.
"Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini," tambahnya.
Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya.
"Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapikesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.
"Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jikatiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan diaingin terus pulang ke Pinang untuk beraya sambil berehat," katanya. |
|