CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3980|Reply: 23

gambar ct & tun M

[Copy link]
Post time 22-9-2009 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Akrab seperti satu keluargaOleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]


bagai sebuah keluarga bahagia... Dari kiri: Khalid Mohamad Jiwa, Dr. Mahathir Mohamad, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Siti Nurhaliza. Foto ini dirakamkan jurugambar Mohd. Farizwan Hasbullah pada majlis berbuka puasa anjuran Khalid dan isteri seminggu sebelum umat Islam menyambut lebaran.

EMPAT tahun lalu, saya pernah mengatur satu majlis berbuka puasa dan sesi fotografi istimewa Aidilfitri antara penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Apabila mendapat persetujuan daripada Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, saya maklumkan hal itu kepada Siti dan penyanyi itu melonjak kegembiraan kerana sudah lama dia berhasrat untuk bergambar bertiga dengan pasangan tersohor untuk sesi fotografi.
Itu kisah pada tahun 2005 ketika saya masih lagi bertugas dengan akhbar Kosmo! (akhbar terbitan Kumpulan Utusan). Siti pula pada ketika itu belum lagi bergelar isteri orang.
Tahun ini, sekali lagi Siti saya hubungi menyuarakan hajat untuk mengadakan sesi fotografi.
Seingat saya, panggilan itu dibuat seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan meminta Siti mengosongkan diarinya bagi memenuhi keinginan Mega merakamkan foto beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sempena sambutan Aidilfitri.
Dalam kesibukan saya serta Siti, kami terlepas pandang sehingga menjelang penghujung Ramadan.
Sekali lagi, Siti dan suaminya saya hubungi bertanyakan apa status permintaan saya untuk merakamkan foto mereka untuk tatapan pembaca akhbar ini sempena Hari Raya Aidilfitri.
Pasangan popular itu seperti tiada jawapan. Baik Siti mahupun Khalid mereka berdua hanya mampu ketawa kerana masing-masing buntu.
Bagaimanapun, perancangan Khalid mengundang Perdana Menteri keempat negara, Dr. Mahathir dan isteri beliau, Dr. Siti Hasmah ke rumah mereka untuk majlis berbuka puasa mengubah segala-galanya.
Siti menghubungi saya dan mengundang saya untuk menyertai majlis berkenaan.
Apabila diundang ke majlis berbuka puasa bersama negarawan ulung, haruskah saya menolaknya?
Saya pasti anda juga akan berfikir dua kali untuk menolak undangan itu.
Sebaik persetujuan diberi, saya memaklumkan kepada Siti dan Khalid hajat saya untuk sekali lagi mengulangi momen manis yang pernah Siti lalui ketika saya merakamkan foto penyanyi itu dengan pasangan yang disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia itu. Alhamdulillah, semua pihak tiada halangan.
Pada hari yang dirancang itu, saya sekali lagi bersua muka dengan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah.
"Dulu bukan ka kita dah pernah ambil gambar macam ini? Tak apa ka nak buat lagi sekali? Ada ka orang nak tengok muka kami?" itu antara soalan yang ditanya Dr. Mahathir kepada saya dan Siti secara spontan ketika kami meminta persetujuan untuk merakamkan foto sempena Aidilfitri.
Ketika itu juga, saya rasa malu sendiri kerana Dr. Mahathir masih lagi ingat pengalaman manis itu.

PENULIS (kiri) tidak melepaskan peluang merakamkan foto kenangan bersama dua Siti, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Siti Nurhaliza.

Selepas mendengar pertanyaan Dr. Mahathir, saya, Siti dan Khalid hanya mampu tersenyum kerana beliau begitu merendah diri.
Pada masa yang sama, hati saya berbunga keriangan kerana berpeluang sekali lagi mendekati tokoh Melayu yang sangat masyhur di seluruh dunia.
Terima kasih Dr. Mahathir. Terima kasih Dr. Siti Hasmah.
Mesra seperti saudara kandung
Pada majlis berbuka puasa yang sama, dari jauh saya dapat melihat kemesraan yang terjalin antara pasangan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah serta Khalid dan Siti sudah seperti satu keluarga.
"Kami berdua bersyukur kerana berpeluang mengenali Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah. Banyak ilmu yang kami peroleh hasil daripada perkenalan kami dengan pasangan ini.
"Doa kami semoga Allah panjangkan umur mereka dan merahmati kehidupan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah," Khalid mewakili diri beliau dan isterinya menyuarakan rasa hormat mereka kepada tokoh yang pernah memimpin negara selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.
Bagi Siti pula, rasa kasih, hormat dan cinta pada pasangan itu tidak akan pudar walau seinci dalam hidupnya.
"Mereka berdua banyak memainkan peranan dalam kehidupan Siti. Pandangan, nasihat serta motivasi yang diberikan oleh Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah amat Siti sanjungi dan akan Siti kenang sehingga ke akhir hayat Siti," itu pula reaksi Siti yang lahir dari lubuk hatinya.
Yang nyata, pertemuan pada majlis berbuka puasa yang sungguh damai itu menawarkan satu lagi pengalaman paling berharga untuk saya simpan sepanjang bergelar wartawan.
Cerita lebaran Dr. Mahathir, Dr. Siti Hasmah
Selesai majlis berbuka puasa dan berterawih secara jemaah, saya dan Khalid mengatur sesi fotografi.
Harus saya katakan sesi fotografi pada malam itu berlangsung dalam suasana yang cukup menyeronokkan.
Dr. Mahathir begitu santai dan sangat sporting apabila jurugambar meminta beliau memberikan pose istimewa. Dr. Siti Hasmah juga begitu.
Ada ketika, usikan dan celoteh antara Dr. Mahathir dan isteri beliau menyebabkan kami yang berada di sisi mereka tersentuh hati melihat betapa romantisnya pasangan itu.
Dalam ralit mengambil gambar, sempat saya bertanya pada Dr. Siti Hasmah mengenai sambutan lebaran tahun ini.
Soalan pertama saya kepada beliau berbunyi begini: "Berapa pasang baju raya untuk tahun ini Tun?"
Jawapan Dr. Siti Hasmah kepada saya pula: "Alahai tak sempat nak buat baju. Tailor (tukang jahit) pun tak nak ambil tempahan saya, katanya dah lewat. Maknanya pakai sajalah baju apa yang ada."
Bagi Dr. Siti Hasmah, apa yang paling utama mengenai lebaran ialah peluang bagi beliau berhimpun bersama anak cucunya.
"Selalunya, pagi raya anak-anak akan berkumpul di rumah dan kami akan meraikannya sesama kami. Itu sudah cukup menggembirakan saya," kata Dr. Siti Hasmah.
Dr. Mahathir juga sependapat dengan isterinya berhubung tradisi lebaran dalam keluarga mereka.
"Seperti biasa kami akan menyambut Aidilfitri di sini (Kuala Lumpur) saja," jelas Dr. Mahathir.
Kepada semua pembaca Mega, Utusan Malaysia, pasangan Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah serta pasangan Khalid dan Siti mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2009 04:11 PM | Show all posts
curlass bju DCT...
cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 04:38 PM | Show all posts
siti mmg cun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 04:50 PM | Show all posts
siti mmg lawa la...kalau ade rezeki,anak2 die mesti gorjes mcm die jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 05:37 PM | Show all posts
lawanya kaler baju DK..kaler biru apa tu nama dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 06:12 PM | Show all posts
biru tenggelam timbul..haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2009 06:14 PM | Show all posts
love ct
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 06:19 PM | Show all posts

dah slim & santek DCT nie, suka tudung biru tu, Classy gitu......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2009 06:31 PM | Show all posts
qannn, mmg marbeles kulitneywr,,, ai dah kata gayanya mmeng trend semasa yg harus diikuti, ai pun nak tiruu..

lepas tu perhatikan, kayaknya, lengan , pinggul dan oeha dah kembali slim,,, mcm anak dara sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 06:33 PM | Show all posts
qannn, mmg marbeles kulitneywr,,, ai dah kata gayanya mmeng trend semasa yg harus diikuti, ai pun nak tiruu..

lepas tu perhatikan, kayaknya, lengan , pinggul dan oeha dah kembali slim,,, mcm anak d ...
alyana Post at 22-9-2009 18:31

kayak tu apa ya neng
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 07:15 PM | Show all posts
bestnya..dpat jumpa tun m...bila la sy nk dapt peluang ngan tun m...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2009 11:43 PM | Show all posts
kayak tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 12:42 AM | Show all posts
kayak tu apa?
adie82 Post at 22-9-2009 23:43


kayak tu gaya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 08:51 AM | Show all posts
kalau bahasa indon tu memang la gaya!... mana tau ada maksud lain?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 02:57 PM | Show all posts
lawanya DCT... cun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 08:29 PM | Show all posts
cun mengalahkan anak dara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2009 08:05 AM | Show all posts
asyik puji CT jer nk puji DK lak..hensemnya DK..hehe bleh gtu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2009 08:21 AM | Show all posts
DK memang hsome
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2009 08:43 AM | Show all posts
dah slim & santek DCT nie, suka tudung biru tu, Classy gitu......
prettymanja Post at 22-9-2009 18:19

lawa baju ct kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 11:35 AM | Show all posts
asyik puji CT jer nk puji DK lak..hensemnya DK..hehe bleh gtu??
uwekkk Post at 24-9-2009 08:05


yela2..

nah amek..

HENSEMNYA DK!!1000X

HEHE..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list