CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2332|Reply: 6

nk minta nasihat sikit

[Copy link]
Post time 12-10-2009 07:40 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum.

erm, sy nk tanya kalau isteri tak tutup aurat, wajar tak suami mengabaikan isteri dgn tidak mahu berjumpanye di luar rumah, sedangkan dlm rumah nk jumpa (sbb dlm rumah bley make love). si isteri ni adalah isteri kedua, die mmg sebelum kawin lg tidak memakai tudung, tp kemudian die pakai sekejap sebab nk amik hati suami, kemudian suami asyik tak balik rumah  sbb diorang asyik gaduh, so isteri ni rasa terabai (sbb suami hanya balik rumah bini no 1) dan malas nk pakai tudung lagi.

dhla balik rumah bini no 1 je, nafkah zahir langsung tak penah bg sejak kawin, siap bini no 2 kena bg pinjam duit lg.

jd salahkah jika si isteri ni minta cerai dari suami nya? sebab die tahu die nusyuz dan die sgt tertekan bile pengorbanan die tak dihargai langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 07:56 PM | Show all posts
Lainkali jangan pakai tudung hanya sebab suami ja..Pakai sebab nak tutup aurat...bukan sekadar berfesyen..Niat kena betul baru pakai...
Berbalik pada si suami tadi...Kesian Isteri ..Suami yg tak pandai mendidik tak pandai menerajui hala tuju rumahtangga tak layak digelar suami apalagi menambah cawangan kedua....Ni bukan ketua keluarga dah...Ketua porak peranda
Tapi kalau ikut hukum islam kena taat pada suami..Berdoa dan bersabar agar suami berubah..Nak masuk syurga tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 08:47 PM | Show all posts
assalamualaikum.

erm, sy nk tanya kalau isteri tak tutup aurat, wajar tak suami mengabaikan isteri dgn tidak mahu berjumpanye di luar rumah, sedangkan dlm rumah nk jumpa (sbb dlm rumah bley make lo ...
kinbite Post at 12-10-2009 19:40


macam tujuan berkahwin dia orang tu hanya nak suka-suka ajer??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 12:21 AM | Show all posts
3# ibnur

tujuan kawen sbb konon nak elak dosa zina??
tapi last2 buat dosa gak kot.. xbimbing isteri ng baik
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 08:37 AM | Show all posts
salam forumer...
aduh kasihannya masalah mu...
sekiranya suami dah mengabaikan tanggungjawab....cubalah ingatkan kembali akan janji janji dan tanggungjawabnya ke atas isteri...
sekiranya suami keras hati dan tidak berubah, mohonlah petunjuk pada tuhan...
nak masuk syurga?itu bergantung kepada pemilik syurga yang menciptakannya...
jadi...ambillah tindakan yg sewajarnya....beserta mohon petunjuk kpd tuhan yang menciptakanmu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:11 AM | Show all posts
An Nisa' 34-35 :
"Dan wanita2 yang kamu bimbang penderhakaannya mereka, hendaklah kamu
(suami) memberi mereka nasihat2, dan berpisahlah kamu dari tempat tidur mereka, kemudian pukullah mereka, maka jika mereka patuh kepada kamu, janganlah mencari jalan untuk memberatkan mereka lagi, sesungguhnya Allah adalah Maha Tinggi lagi Maha Besar.... Dan jika kamu bimbang perceraian antara kedua mereka, hendaklah kamu kirimkan orang tengah dari keluarga isteri .... Sekiranya keduanya inginkan kebaikan, nescaya Allah akan menyatukan fikiran mereka antara keduanya.  Sesungguhnya Allah itu adalah Amat mengetahui lagi Amat Mengerti.

kalau nak pukul isteri kena rujuk hadis dulu ya, jangan main belasah je, Nabi larang mencederakan isteri, tak boleh pukul bahagian muka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2009 12:25 AM | Show all posts
wa'alaikummusalam....
"sy nk tanya kalau isteri tak tutup aurat, wajar tak suami mengabaikan isteri dgn tidak mahu berjumpanye di luar rumah, sedangkan dlm rumah nk jumpa (sbb dlm rumah bley make love)"
jwpnnya: jika isteri tidak menutup aurat, suami perlu menegurnya dgn berkhemah agar isteri menutup aurat. si suami tida wajar mengabaikan isterinya kerana tanggungjawab suami adalah menjaga isteri dan melindunginya dr sebarang ancaman dan bahaya.

"si isteri ni adalah isteri kedua, die mmg sebelum kawin lg tidak memakai tudung, tp kemudian die pakai sekejap sebab nk amik hati suami,"
jwpnnya: mengikut kpd ayat diatas, tujuan si isteri memakai tudung sudah tersalah dan bukan kerana ikhlas, tetapi kerana untuk memikat bakal suaminya sebelum berkahwin. maka, disini, setelah berkahwin, si suami perlu mengajar isteri akan ilmu agama dan tanggjungjawab isteri.
bab poligami pula, si suami perlu berlaku adil dan saksama.

"kemudian suami asyik tak balik rumah  sbb diorang asyik gaduh, so isteri ni rasa terabai (sbb suami hanya balik rumah bini no 1) dan malas nk pakai tudung lagi."
-jika sesebuah rumah tangga tidak dilanda ombak, sesebuah keluarga itu adalah tidak normal, sedangkan gigi dgn lidah pun kdg kala boleh tergigit inikan pula manusia. dalam hal ini, si suami perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga. dia perlu berbincang dgn isteri-isterinya dalam mencari jalan penyelesaian. suami tidak boleh membiarkan isteri keduanya begitu sahaja. malah ia boleh menyeksa batin si isteri...
nasihat sy kepada si isteri, jgnla puan bertindak mengikut nafsu, teruskanla niat puan memakai tudung itu, jgn hanya memakai tudung untuk menarik perhatian suami sahaja, akan tetapi berusahala untuk ikhlas dalam melayari kehidupan di dunia ini dan carila ilmu agama. kerana hanya degan ilmu sahaja puan akan faham akan tujuan hidup ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.077749 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list