CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39403|Reply: 191

DRAMA HIBURAN TERHEBAT: KAU & AKU

[Copy link]
Post time 10-8-2009 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by srilaser at 2-9-2009 12:26

Sebuah muzikal drama terhebat bakal menemui anda ! Mempersembahkan, KAU & AKU sebuah muzikal drama yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakon dan penyanyi terhebat Malaysia yang akan disiarkan di Astro RIA (Saluran 104 Astro) Oktober ini

KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama muzikal popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!

Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan

Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.

Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, jangan ketinggalan menonton drama muzikal – Kau & Aku, Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104)

SUMBER:

http://www.facebook.com/home.php?ref=logo#/group.php?gid=125179477717
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 04:51 PM | Show all posts
ni yg akim aril gi indon tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:17 PM | Show all posts
haah la kotz
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:34 PM | Show all posts
From mStar Online: Zaefrul penyebab Azizah Mahzan tolak 'Spa Q 3'?

Dalam perkembangan lain, Azizah berkata hari ini dia akan ke Jakarta untuk menjalani pengambaran drama muzikal 'Kau Dan Aku' yang turut merupakan projek Astro.

"Saya akan berada selama sebulan di Indonesia kerana drama ini akan menggunakan 100 peratus lokasi di sana," katanya yang melakonkan watak pengetua.

Tambahnya, "Cerita ini seperti program Akademi Fantasia kerana ia menceritakan tentang 'musical art school'.

Selain Azizah, pelakon lain yang turut membintangi drama muzikal ini adalah Sabrina Ali sebagai guru teater dan tarian, Nurul sebagai guru vokal dan bekas pelajar-pelajar AF seperti Mila, Akim, Aril dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:40 PM | Show all posts
Taken from Berita Harian : Rebutan Akim, Aril



Ketika dihubungi baru-baru ini, Mila berada di Filmwork Studios, Taman Tun Dr Ismail untuk merakamkan lagu solo berjudul Menanti untuk drama muzikal Kau Dan Aku. Malah menerusi drama terbitan Astro dengan usaha sama produksi Indonesia itu, Mila turut menjadi heroin berlakon di sisi bintang AF7, Aril dan Akim.

Drama itu turut memperlihatkan gandingan sulung Mila menjadi kekasih kepada Akim, manakala Aril pula bergelar bekas kekasih kepadanya. Tetapi semua itu adalah tuntutan watak bagi memastikan plot drama terbabit terus berkembang.

“Selain lagu solo, Mila turut menyanyikan dua lagu duet bersama Aril dan Akim. Dengan Akim, kami berduet lagu tema drama itu menggunakan judul yang sama. Lagu Lelaki Pujaan pula adalah lagu duet Mila dengan Aril. Aril pun turut berduet dengan Akim, malah mereka juga diberikan lagu solo seperti Mila.

“Untuk drama muzikal 26 episod ini, Mila akan memegang watak seorang gadis yang berperwatakan agak kasar dan kehidupannya diuji dengan pelbagai konflik termasuk kisah peribadi. Kalau ada yang masih ingat, sejurus beberapa hari AF7 tamat, Aril dan Akim ada ke Indonesia untuk merakamkan episod pengenalan drama ini. Mila juga turut ke sana.

“Selain Mila, Aril dan Akim, antara nama pelakon lain yang turut terbabit dalam drama ini ialah Noni dan Farish Aziz. Kebanyakan pelakon penting dalam drama ini membabitkan pelakon Malaysia. Insya-Allah Mila akan ke Indonesia lagi melunaskan baki penggambaran drama itu selama dua bulan sehingga September ini,” kata Mila sambil memberitahu drama ini dijangka disiarkan sekitar September depan. Berusaha tembusi pasaran Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 10-8-2009 22:46

Photos from Drama Muzikal Astro: Kau & Aku --> http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 10:47 PM | Show all posts
Photos from Drama Muzikal Astro: Kau & Aku --> http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:48 PM | Show all posts
Photos from Drama Muzikal Astro: Kau & Aku --> http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 10:50 PM | Show all posts
Wahh..org conquer thread ni sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 12:07 AM | Show all posts
thanks for the nasi tambah uols.... nampak mcm best je kansssssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 11:48 PM | Show all posts
From Facebook Group Drama Hiburan: Kau & Aku--> http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717

* Ralat - Kau & Aku bukanlah sebuah DRAMA MUZIKAL tetapi DRAMA HIBURAN. Apakah kelainannya? Sama-samalah kita nantikan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:37 PM | Show all posts
Taken from murai.com.my

Pelakon Kau Dan Aku Bermain Cinta


KL, 12 OGOS, 2009:  Ketika ini drama yang padat dengan lagu-lagu menarik, Kau Dan Aku lakonan bintang Akademi Fantasia (AF) serta pelakon remaja Malaysia sedang rancak dalam pembikinan dan akan berakhir tidak lama lagi.

Sebelum ini, Murai Batu hanya dengar Aril dan Akim saja yang terlibat dengan projek usahama antara Malaysia dan Indonesia ini. Rupa-rupanya  ramai lagi terbabit seperti Mila, Ika Nabila, Raja Farah, Anita Baharom, Amar Anak Wayang, Chichi dan pelakon kegemaran Murai Batu, Azizah Mahzan.

Buat masa ini Murai Batu tidak mahu lagi sentuh tentang cerita drama itu tetapi mahu bergosip tentang cerita yang berlaku di luat set penggambaran. Amboi, dengar kata ada drama cinta juga telah berlaku yang lebih real dan realiti lagi.

Mulanya, Murai Batu dengar khabar pelakon Puteri Fateen semakin intim dengan pelakon kacak Farish. Menurut sumber, mereka berdua ini kerap dilihat keluar bersama dan ia telah menimbulkan desas-desus bahawa mereka sedang bercinta.


Bukan saja itu, Murai Batu dimaklumkan Mila kini semakin rapat dengan Aril. Hai, tak marahkan buah hati rahsia awak tu Aril? Tidak ketinggalan, Ika Nabila pula digosipkan sedang main perasaan dengan salah seorang pelakon Indonesia.

Tengah-tengah bershooting, kekasih Raja Farah pula membuat kunjungan mengejut ke Jakarta. Haa... buat spotcheck ke melepaskan rindu?

Dan dalam sibuk melayan cerita cinta pelakon Kau Dan Aku, tiba-tiba terdengar pula ada insiden panas yang melibatkan Azizah Mahzan dan seorang pelakon. Desas-desus heboh mengatakan berlaku insiden pergaduhan antara kedua pelakon itu. Hai betul ke Kak Zah? Mungkin tegur-tegur manja kot?

Tak apalah, bagi sesiapa nak tahu kisah selanjut mengenai drama berlagu yang dijangka mendapat sambutan hangat ini, anda juga boleh ke laman Facebook Kau dan Aku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:43 PM | Show all posts
Taken from murai.com.my

  



Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 01:22 AM | Show all posts
ada nari2 gak laa kan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 12:28 PM | Show all posts
bestnya, sungguh colourful!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 02:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2009 09:55 AM | Show all posts
Tk sabar nk tgk drama "kau dan aku" ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 07:25 PM | Show all posts
macam best jer......1st episod mst tgk nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 09:27 AM | Show all posts
ble start tayang ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2009 03:56 PM | Show all posts

KAU & AKU [Setiap Sabtu, 10mlm, ASTRO RIA][Mulai 24 Oktober ini]

Post Last Edit by jac_diehard_fan at 20-10-2009 23:50

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2009:  Bermula Sabtu, 24 Oktober 2009, drama bersiri terbaru yang paling ditunggu-tunggu, Kau & Aku akan ke udara di Astro Ria. Drama yang dilakonkan oleh ramai artis popular terutama bintang Akademi Fantasia (AF) itu dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan khususnya remaja.

Dramaitu dibintangi oleh Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila, Raja Farah,Azizah Mahzan, Riezman, Sherry Merlis, Sabrina Ali Khan, penyanyi NurulHuda Wahab, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom serta bakat Astroseperti Farish, Zoey dan Amar.  

Pengurus Saluran Astro RIA,Khairul Mizan Shagul, berkata inilah drama bersiri yang terbesarterbitan Astro yang dihasilkan untuk tatapan penonton setia Astroterutama sekali golongan remaja yang mengikuti program AF.

"Kami yakin Kau & Aku bakal menarik perhatian penontonapabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang AF. Selain lakonan,penonton juga boleh melihat aksi artis-artis ini menari dan menyanyipada setiap episod. Lebih menarik, terdapat 10 lagu terbaru untuk dramaini seperti Kau & Aku (Akim & Mila), Menatap Matamu (Aril) dan Jika Kau Berubah Fikiran (Mila)," katanya pada sidang media drama itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Kau & Aku turut mengundang beberapa bintang AF yang lain seperti Hafiz, Stacy dan Dafi yang membuat penampilan istimewa.

Dramaini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impiandan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Disinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya diantara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namunsegalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watakyang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.

Sumber murai.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.140486 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list