View: 2001|Reply: 6
|
Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggi
[Copy link]
|
|
Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggiKUALA LUMPUR 15 Dis. - Peralihan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada asasnya bergantung kepada kejayaan dan kegagalan usahawan negara.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini sedang bersaing dengan negara-negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan jurang kelebihan yang ada.Beliau berkata, negara kini sedang terperangkap sebagai sebuah 'Negara Berpendapatan Sederhana', terhimpit sebagai pengeluar bergaji rendah tetapi pembawa perubahan yang pantas.Biarpun begitu, para usahawan negara kini berada di barisan hadapan untuk berada di pasaran global, tambahnya.Berikutan itu, adalah penting sebarang keputusan pelaburan dibuat oleh para usahawan dan pasaran kolektif.''Untuk melepaskan daripada perangkap ini, negara perlu melakukan perubahan fundamental termasuk mengubah kepelbagaian kepada pengkhususan dan membina kepakaran pembuatan sedia ada untuk melepasi kawasan-kawasan tertentu.''Kita perlu melakukan pembaharuan dan memulakan usaha meningkatkan momentum pertumbuhan tinggi untuk memastikan visi 2020 menjadi realiti,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Ernst & Young kelapan, malam ini.Muhyiddin berkata, usahawan juga perlu mengubah pengumpulan modal kepada inovasi termasuk nilai tambah sumber berasaskan industri.Tambahnya, untuk menggunakan sumber-sumber pertumbuhan, mulai sekarang usahawan tempatan perlu lebih fokus dan menyelaras usaha mengenal pasti jurang kelebihan dalam ekonomi global.Menurut beliau, para usahawan mempunyai berbagai platform membina transformasi dengan mengambil kelebihan lokasi geografi dan kepelbagaian kebudayaan dan peluasan kelompok industri sedia ada.Untuk itu, usahawan-usahawan perlu mengenal pasti peta pengeluaran global melalui peluang pengkhususan dalam peringkat pengeluaran secara spesifik.''Ini bukan lagi mengenai suntikan lebih banyak input tetapi bagaimana jumlah input yang sama boleh mewujudkan lebih banyak pengeluaran,'' ujar beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggiKUALA LUMPUR 15 Dis. - Peralihan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada asasnya bergantung kepada kejayaan dan kegagalan usahawan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini sedang bersaing dengan negara-negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan jurang kelebihan yang ada.Beliau berkata, negara kini sedang terperangkap sebagai sebuah 'Negara Berpendapatan Sederhana', terhimpit sebagai pengeluar bergaji rendah tetapi pembawa perubahan yang pantas.Biarpun begitu, para usahawan negara kini berada di barisan hadapan untuk berada di pasaran global, tambahnya.
Berikutan itu, adalah penting sebarang keputusan pelaburan dibuat oleh para usahawan dan pasaran kolektif.''Untuk melepaskan daripada perangkap ini, negara perlu melakukan perubahan fundamental termasuk mengubah kepelbagaian kepada pengkhususan dan membina kepakaran pembuatan sedia ada untuk melepasi kawasan-kawasan tertentu.''Kita perlu melakukan pembaharuan dan memulakan usaha meningkatkan momentum pertumbuhan tinggi untuk memastikan visi 2020 menjadi realiti,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Ernst & Young kelapan, malam ini.
Muhyiddin berkata, usahawan juga perlu mengubah pengumpulan modal kepada inovasi termasuk nilai tambah sumber berasaskan industri.Tambahnya, untuk menggunakan sumber-sumber pertumbuhan, mulai sekarang usahawan tempatan perlu lebih fokus dan menyelaras usaha mengenal pasti jurang kelebihan dalam ekonomi global.Menurut beliau, para usahawan mempunyai berbagai platform membina transformasi dengan mengambil kelebihan lokasi geografi dan kepelbagaian kebudayaan dan peluasan kelompok industri sedia ada.
Untuk itu, usahawan-usahawan perlu mengenal pasti peta pengeluaran global melalui peluang pengkhususan dalam peringkat pengeluaran secara spesifik.''Ini bukan lagi mengenai suntikan lebih banyak input tetapi bagaimana jumlah input yang sama boleh mewujudkan lebih banyak pengeluaran,'' ujar beliau
aku tolong perenggangkan |
|
|
|
|
|
|
|
2# sinar_inspirasi
thanks sir..... |
|
|
|
|
|
|
|
oleh itu... jom cari modal2 byk2.. dan jadi pemborong... ramai dikalangan kita tak de modal byk.. serta peniaga kecil.. yg ada kemampuan aku jemput utk jadi pemborong.. byk benda yg bleh di borongkan...
sediakan modal sahaja... yg kurang modal tu.. buat kecik2 dulu sambil2 cari lagi modal.. dan ikut aturan biasa... jgn endah tak endah syarat2 penting utk dptkan suntikan modal dari bank atau mana2 agensi...
bermula dari skrng... cukupkan syarat tu.. sabar hadapi dugaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
pendapatan tinggi boleh... tapi mesti selaras dgn productivity...
kalau tidak.. kos jd tinggi and msian product tak competitive...
ends up gaji tinngi.. inflasi pun menjadi2... |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang rasa punca barang menjadi2 naik kerana gaji gomen sentiasa naik.. dan gomen macam overstaf dan un utilise...byk kerja usahawan terbelangkai pun sebab staf gomen buat kerja slow dan sentiasalah takder di pejabat mereka, alasan yg paling tak suka dengar yelah pergi kursus... (sebab pergi kursus pun cost to gomen juga kan).. tapi performance makin teruk... bila pegi kursus, kerja dia, pegawai lain tak tau nak buat...
mmmm.... payment on float jugak.. sebab pegawai sign inden pergi kursus, alamat tak sempatlah nak kejar closing account 31 december ni... |
|
|
|
|
|
|
|
6# hazel23
hmmm.. tak pasti apa masaalah sebenarnya..
kadang2 terlalu sangat suka surat menyurat..
kes benar... sesama jabatan kerajaan tunggu kelulusan jabatan lain lebih setahun..
5 jabatan berlainan dari 3 kementerian berbeza berutus2 surat tak selesai jugak...
akhirnya mintak kita tolong selesaikan...
pergi jumpa sendiri.. half a day jumpa sumer yg berkenaan..
petang besok both approval letter kuar...
kesulitan dgn pegawai2 antara berlainan jabatan ni..
saper yg nak panggil saper datang jumpa...
takut salah protokol....... yg senang hantar surat jer.....
main sorong papan tarik papan........ hehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|