CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3868|Reply: 4

Satu Keluarga Satu Syarikat kaedah terbaik elak masalah pembahagian harta pusaka

[Copy link]
Post time 17-12-2009 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Satu Keluarga Satu Syarikat  kaedah terbaik elak masalah pembahagian harta pusaka    Oleh Abdul Halim Yusof
                                

SEPERTI sudah menjadi kepercayaan umum bahawa harta yangdikumpulkan seseorang akan habis sampai ke tahap generasi ketiga ataucucu saja. Kalaupun tidak disebabkan diperhabis anak cucu, pembahagianharta pusaka juga menyebabkan pegangan kekayaan dan harta sesebuahkeluarga itu menyusut selepas generasi ketiga.

Sesungguhnya, keadaan penguncupan harta hingga dalam banyakkeadaan lain menyebabkan berlaku pertelingkahan keluarga kerana masalahpembahagian dan kesukaran menukar nama berikutan waris yang ramai diatas harta yang tidak sebesar mana, mengundang banyak masalah.
        
        
    Sebenarnya banyak kaedah lain boleh dilakukan dengan kekayaan atauharta sesebuah keluarga dapat dipertahankan tanpa menimbulkan masalahpembahagian di kalangan anak cucu hingga menyebabkan ramai antaramereka akhirnya bertelagah.

Antara kaedah paling mudah disempurnakan ialah menerusipenubuhan syarikat dan pemilikan saham di kalangan waris terhadapsesuatu harta atau estet mereka. Justeru, inisiatif yang diperkenalkanSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi kempen Satu Keluarga SatuSyarikat (1K1S) adalah antara kaedah terbaik mengelak masalahpembahagian harta pusaka di kalangan waris dan pada masa sama, programini akan meningkatkan pemilikan ekuiti terutama di kalangan Bumiputera.

1K1S yang bersandarkan kepada konsep ‘Pewaris PenjanaPendapatan Berterusan Keluarga’ dizahirkan untuk mencapai tiga matlamatutama iaitu meningkatkan pendedahan dan penghayatan budaya niaga,peningkatan pegangan ekuiti nasional Bumiputera dan pengagihan hartawarisan dengan lebih saksama. Kewujudan 1K1S membolehkan ahli sesebuahkeluarga mengetahui dengan lebih dekat dan secara praktikal mengenaidunia persyarikatan.
                                  Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) SSM, Rokiah Mohd Noor, berkatapendekatan 1K1S sangat relevan kepada keluarga yang belum mempunyaiatau tidak pernah memiliki syarikat sebelum ini.

“Kehadiran sebuah syarikat induk yang diberi amanah untukmenyimpan dan menjaga hartanah keluarga akan melahirkan semangat‘sayang’ kepada syarikat ini dan pentingnya syarikat ini dipeliharauntuk kepentingan bersama dalam keluarga,” katanya.

Menerusi pemilikan saham dalam sebuah syarikat yang memegangaset sesebuah keluarga, perasaan sayang terhadap milikan bersama ituakan menjadikan pemilik syarikat lebih prihatin dengan menganggap danmenjaga syarikat seperti menjaga diri sendiri.

Selain mengelak krisis keluarga berikutan masalahpembahagian harta pusaka, 1K1S juga bermatlamat meningkatkan peganganekuiti nasional Bumiputera. Justeru, semakin banyak keluarga yangmenyertai 1K1S, semakin banyaklah nilai hartanah Bumiputera yangdirekodkan secara rasmi dalam simpanan setiausaha syarikat dan SSM. Inibermakna sumbangan program ini kepada pegangan ekuiti nasionalBumiputera juga akan turut meningkat dengan ketara.
                                Apabila semua nilai hartanah menjadi pemilikan syarikat dalam bentuksijil yang dipegang ahli keluarga, masalah rumit seperti pembahagianharta kepada pewaris mengikut hukum faraid selepas kematian pemilikharta, tidak berlaku.

Paling penting ia turut dapat mengelak perselisihan fahamatau pergaduhan yang mungkin berlaku di kalangan pewaris jika nilaihartanah tidak dapat diagihkan secara adil dan saksama. Keadaan inijuga akan mengelak hartanah terbahagi kepada bahagian kecil danmenjadikannya tidak ekonomik untuk dibangunkan.

Dalam perkembangan berkaitan, kita tahu bahawa tidak semuaterutama Bumiputera mewarisi harta pusaka yang banyak hingga mewajarkanmereka menubuhkan syarikat. Justeru, dalam keadaan sebegini satu lagicara terbaik untuk menyemarakkan pendapatan rakyat adalah menerusikegiatan koperasi.

Masyarakat Malaysia daripada setiap lapisan dan golongantermasuk di luar bandar hendaklah disedarkan dan digalakkan untukmenyertai koperasi bagi mengubah cara pendedahan mereka dalam bidangperekonomian.

Selain meminjam wang untuk melaksanakan perniagaan kecilatau pinjaman peribadi bagi mengelakkan ahli berhutang daripada along,koperasi perlu dikembangkan untuk turut terbabit dalam kegiatanperekonomian seperti perusahaan pembuatan serta terbabit dalampemilikan kepentingan ekuiti syarikat besar terutama di kalangansenaraian awam.

Dalam hal inilah perlunya lonjakan paradigma denganpengurusan koperasi hendaklah disandang golongan profesional bagimengubah hala tuju badan ekonomi itu pada masa depan.

Seperti diakui Ketua Unit Pentadbiran Koperasi KakitanganKerajaan Terengganu Bhd (Kokitab), Mohd Abdillah Abu Bakar, koperasiadalah wadah paling berkesan menyemarakkan kegiatan perekonomian dikalangan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Koperasi kini bukan lagi sekadar untuk pinjaman segera bagiahli yang terdesak, tetapi ia perlu dirumus dan dipacu untuk menjadiejen membina kekayaan ahli menerusi kegiatan pelaburan, perusahaan atauterbabit dalam pegangan ekuiti dalam konglomerat,” katanya yangmengendalikan antara koperasi tertua di Malaysia itu.

Sejak koperasi pertama didaftarkan The Federated MalayStates Posts and Telegraphs Cooperative Thrift and Loan Society Limited(1922) dan koperasi rakyat pertama iaitu Syarikat Bekerjasama-samaKampung Tebuk Haji Musa, Kerian, gerakan koperasi kini sudah berkembangmenjadi satu bidang yang mempunyai aset terkumpul lebih RM55.7 biliondaripada lebih 6,000 koperasi yang disertai lebih enam juta ahli.

Untuk membantu golongan miskin tegar menerusi koperasi,kerajaan atau agensi yang berkaitan boleh memainkan peranan denganmenyuntik modal saham yang bersesuaian bagi pihak mereka denganpembayaran balik dipecah bahagi daripada dividen yang diperolehmenerusi pelaburan mereka.

Memang kita tidak boleh menghasilkan jutawan segera, tetapimenerusi kaedah ini kita dapat merumus kaedah membantu golongan miskindengan memberi kail, bukan ikan. Modal saham yang disuntik kerajaanboleh juga dijadikan asas cagaran untuk ahli berkenaan meminjam danabagi memulakan perusahaan kecil atau menambah pendapatan mereka.

http://www.bharian.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 07:53 AM | Show all posts
mana boleh org gomen buka syarikatla.....
tp kalau pegawai awam boleh plak jd pengarah syarikat tp bg pihak kerajaan la. tp pegawai awam ni bertambah kayala plak sbb gaji besar dgn elaun pengarah utk syarikat pegangan kerajaan pun bukan kecil2 anak tp banyak yg besar dan berjaya.
tp kebanyakan org melayu yg keje gomen x bleh buat apa yg disarankan....
koperasi ni pula kena bergerak bersama mana bleh 1 keluarga sahaja.....
kesimpulannya seperti mencurahkan air susu ke daun keladi.... takda kemana2 dan bermakna pun....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 08:00 AM | Show all posts
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1982
4.   Peraturan Baru
4.1    Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa :-  
(b) kakitangan Kerajaan tidak dibenarkan dilantik atas nama persendirian (private capacity) dalam lembaga pengarah bagi mana-mana syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 08:30 AM | Show all posts
tapi kan akak heran gak, ramai jer yg mcm zidlan ckap yg jadi ahli lembaga pengarah...dlm berbagai syarikat plak tuh..... camana eh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 04:00 PM | Show all posts
yg jd bod director dlm GLC tu sumer jaga kepentingan gomen ar....
klu dh ada share takan x nk letak bod director kot.....
tu yg kena lantik juga pegawai awam mostly dr MOF utk jd bod director tu....
tp apalah guna peg. awam ni melainkan makan gaji jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.265796 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list