CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1600|Reply: 0

Cadangan senaraihitamkan

[Copy link]
Post time 23-12-2009 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Cadangan senaraihitamkanOleh  MUHAMMAD DAYNE AZMIN
[email protected]
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Para peminjam yang gagal melunaskan bayaranpinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) mungkin disenaraihitam sekali gus menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman dariinstitusi kewangan lain.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omarberkata, beliau akan meminta Pengarah Urusan dan Ketua PegawaiEksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan membincangkancadangan itu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Credit Tip OffService Sdn. Bhd. (CTOS).
''Saya tidak pasti sama ada ia boleh dilakukan atau tidak, namun iamerupakan salah satu cara penyelesaian yang sedang difikirkan olehkerajaan dalam menangani peminjam TEKUN yang masih degil melunaskanpinjaman,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis PelancaranProgram Usahawan Tani Muda Jaya di Tapak Ekspo Pameran PertanianMalaysia (MAEPS), Serdang di sini hari ini.
Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan kegagalan TEKUN untukmemberi pinjaman kepada 16,000 permohonan tertangguh membabitkanpembiayaan RM350 juta.
Masalah tersebut timbul berikutan kekurangan dana akibat kedegilanpeminjam untuk membayar balik pinjaman seperti yang disyaratkan dalamperjanjian.
Setakat ini terdapat 40 peratus daripada 193,000 peminjam TEKUN tidak menjelaskan hutang mereka.
Noh juga berkata, tindakan tegas ke atas peminjam TEKUN itubertujuan mengubah persepsi orang ramai yang mendakwa pinjamanberkenaan tidak perlu dibayar.
''Mereka berkata ini adalah duit kerajaan dan kalau ini persepsiyang sedang berlaku dan tidak diperbetulkan, bimbang lagi ramaiusahawan yang tidak akan bayar pinjaman mereka.
''Macam mana lagi kerajaan nak buat, kita nak mengelak rakyatmeminjam daripada along tapi bila kita bermurah hati begini, ada jugasegelintir daripada mereka tidak mahu membantu balik kerajaan setelahmendapat bantuan,'' katanya.
Beliau juga berkata, 'Ops Kutip Dua' dengan slogan BerperangMengutip Hutang akan dilancarkan tahun depan untuk mengutip hutangdaripada peminjam TEKUN.
''Ketika Ops Kutip Satu dijalankan, kerajaan berjaya mengurangkanhutang lapuk sebanyak RM22 juta daripada RM137 juta dan kita harap akandapat jumlah kutipan yang lebih kali ini,'' jelasnya.
Menurutnya, kerajaan juga akan menubuhkan Kelab Komuniti TEKUN disetiap kawasan parlimen bagi membolehkan ahli-ahlinya bekerjasamadengan kerajaan bagi mengenal pasti peminjam.
''Ahli komuniti ini juga berkemungkinan diberi kuasa membuat kutipan hutang,'' katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list