View: 7419|Reply: 8
|
Bom ikan masih berleluasa di pantai timur Sabah
[Copy link]
|
|
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-2.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-3.png
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-4.png
TAWAU: Kegiatan menangkap ikan menggunakan bom di perairan negara, terutamanya di pantai timur Sabah, didapati masih berleluasa dan polis tidak akan berkompromi dengan nelayan yang terbabit, kata pegawai pemerintah Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Supt Khaled Che Lah hari ini.
Katanya, nelayan terbabit mengambil jalan mudah untuk mendapatkan hasil laut dengan menggunakan bom ikan yang berbahaya.
"Ramai nelayan, terutamanya di Semporna, gemar menggunakan bom ikan tanpa menghiraukan keselamatan diri, orang awam dan penyelam," katanya kepada Bernama.
Khaled berkata, perbuatan mendapatkan hasil laut dengan menggunakan bom ikan boleh mengakibatkan kemusnahan pelbagai spesies hidupan laut termasuk batu karang.
Katanya, bahan peletus yang digunakan untuk bom ikan ini dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan dijual pada harga RM10 hingga RM15 seunit.
Mereka yang didapati bersalah menggunakan bom ikan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Bahan Letupan dan Kakisan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. - Bernama
===============
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100121145531/Article/index_html
betul ke kegiatan ini masih berleluasa di sabah? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berleluasa tu x tau....tp masih d buat org...iyaa kot..
Mcm dekat Sandakan...ikan dia fuhhhhhhh superb! Tp jgn silap..klu ikan merah tu, beli udah la 18 ringgit sekilo...luaran cantik berkilat...insang...merah2....tapi isi dia hancur...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
isi hancur mana lah sedap...nak makan pun dah tak lalu....
diorg ni mmg tk de akal agak nye... nak untung cepat je...
kawasan batu karang mmg byk spesies ikan sebab sumber makan sume bertumpu kat situ... mmg syurga bagi hidupan laut... tapi batu karang ni nak membesar punya lah amik masa beratus tahun.... nak besar 2 cm pun makan masa 2,3 tahun... mmg tak patut... |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga hairan, kalau bom ikan, isi ikan hancur, masih boleh makan ke?
tak kan setelah mereka bom ikan tu, isi ikan hancur di laut, nelayan perlu kutip isi ikan? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kutip isi ikan kat laut tu... dalaman hancur lah..contohnye perut hancur... ni sah tak penah beli ikan kat pasar, |
|
|
|
|
|
|
|
ikan tuh masih intact se-ekor. tak la bersepah mcm popcorn kena baling kat air...cuma dalaman nye dah hancur..kot la..becoz in my case yg sia pernah rasa..ikan tuh nda hancur pun ..ekekekek...... |
|
|
|
|
|
|
|
macam maner yer kiter nak tahu ikan tue kena bom ke tak,
faktor luaran lahh yang kiter nak tahu,bab dalaman tue sesudah
kita beli n masak baru tahu ikan tue telah dibom.
tolong bagi inform kay |
|
|
|
|
|
|
|
klu dr segi luaran, biasanya :
ikan sulig (bhs melayu, nda tau) - mesti ada cedera di badan bekas panah. kalau cantek, konpom kena bom. sebab? ikan nih bermain di batu karang. pakai pukat susah. klu badan berkuasa, klu nmpk ikan neh dijual d pasar & cantek, penjual nya skalik kena tangkap.
ikan lain - perut berderai.elakkan. kdg2 bukan bom tapi secara generalnya lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kegiatan menangkap ikan menggunakan bom di perairan negara, terutamanya di pantai timur Sabah masih berleluasa. Aktiviti sebilangan nelayan yang tidak menghiraukan keselamatan diri dan pengguna mengambil jalan mudah untuk mendapatkan hasil laut dengan menggunakan Bom ikan. Ia bukan sahaja memberikan kesan negetif kepada pengguna malah ianya juga menyebabkan kemusnahan pelbagai spesies hidupan laut termasuk batu karang. Diharapkan kepada pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti nelayan di perairan Sabah yang tidak bertanggungjawab ini agar tidak berleluasa. Bom ikan yang diperolehi oleh nelayan ini juga perlu disiasat. Mereka yang didapat bersalah juga perlu dikenakan tindakan mengikut akta yang ditetapkan (akta bahan letupan). |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|