View: 74540|Reply: 193
|
Almarhum Sultan Iskandar (1932-2010), Sultan Johor berjiwa rakyat
[Copy link]
|
|
Daulat yang diabadikan
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Tidak pernah sehari pun semasa hayat Almarhum Sultan Iskandar, waktu itu tidak dipenuhi dengan eksplorasi yang berkaitan dengan minat baginda dalam pelbagai
bidang. Baginda amat dekat dengan rakyat.
NAUNGAN diraja di bumi Darul Takzim dan harapan pembelaan rakyat nyata terlihat kesinambungannya apabila Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.
Putera ketiga Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad itu dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang sepanjang melayari kehidupan sebagai kanak-kanak.
SULTAN ISKANDAR memegang tampuk pemerintahan sebagai
Yang di-Pertuan Agong dari tahun 1984 hingga 1989.
Bermula dengan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru, Johor, Almarhum seterusnya melanjutkan pelajaran di English College yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, iaitu antara institusi pendidikan peringkat menengah yang terunggul di ibu negeri Johor.
Bertitik-tolak daripada semangat dan kecintaan yang tinggi terhadap penerokaan ilmu, baginda telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di Trinity Grammar School, Australia pada tahun 1952.
| KEGEMBIRAAN terpancar ketika upacara pelantikan cucu baginda sebagai Raja Muda Johor.
|
Selepas setahun, baginda mengembara ke Isle of Wight di United Kingdom untuk mengikuti pengajian di Upper Chime School selama tiga tahun.
Sejurus pulang dari perantauan dan kembali ke pangkuan keluarga di Johor pada 1956, baginda terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service. Baginda bertanggungjawab menerajui Jabatan Hal Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan ketika itu.
| ALMARHUM Sultan Iskandar (kiri) menunaikan solat bersama Tun Mahathir Mohamad ketika baginda berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong.
|
Seperti keinginan seorang belia yang penuh dengan pengalaman dan kesungguhan, Tunku Iskandar diingati pada zaman muda baginda sebagai seorang juruterbang terlatih.
Namakan saja model pesawat ringan dan sederhana, semua itu pernah dikemudi baginda hingga meninggalkan rasa kagum dalam kalangan mereka yang menyaksikan aksi baginda di ruang angkasa.
| SELAIN aktiviti belayar, motosikal kuasa tinggi dan sukan udara, Almarhum Sultan Iskandar juga amat meminati permainan golf.
|
Begitu juga dengan sahsiah baginda sebagai putera raja yang berdisiplin.
Ternyata itu semua berkat latihan asas ketenteraan yang diperoleh baginda dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Cinta baginda datang pada 1956. Tunku Iskandar telah mengahwini Kalsom Abdullah dari Cornwall, United Kingdom dan dikurniakan dengan empat orang anakanda termasuk Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim (yang kini dilantik menjadi Pemangku Raja).
| TIADA jurang yang memisahkan hubungan antara Sultan Iskandar dengan rakyat jelata.
|
Sejurus perkahwinan itu berakhir sekitar 1961, baginda bernikah pula dengan Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad yang merupakan kerabat diraja Kelantan. Perkongsian hidup baginda berdua dikurniakan enam orang cahaya mata.
Pemasyhuran
Pada zaman kanak-kanaknya baginda biasa dipanggil dengan gelaran Mahmud oleh saudara dan sahabat terdekat. Baginda telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor dari 1959 hingga 1961, sebelum menjadi Raja Muda dari 1966 hingga 1981 oleh ayahanda baginda, Sultan Ismail. Baginda dilantik semula sebagai Tunku Mahkota pada 29 April 1981.
| ALMARHUM Sultan Iskandar (berdiri kiri) bersama kekanda, adinda serta ayahanda dan bonda baginda.
|
Tidak lama selepas itu, ayahanda baginda, Sultan Ismail mangkat dan sehari selepas itu, Tunku Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat pada tarikh 11 Mei 1981.
Sebagai pelarasan hierarki, adinda baginda, Tunku Abdul Rahman telah diangkat sebagai Tunku Bendahara Johor.
Pada 5 April 1982, Sultan Iskandar telah diberi penghormatan khas sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ia dilihat sebagai satu perlambangan unggul iaitu seorang sultan berkarisma yang bertindak sebagai payung kepada sebuah institusi ilmu tersohor di selatan tanah air.
| ALMARHUM Sultan Iskandar melayan cucundanya sambil diperhatikan Sultanah Zanariah pada upacara perasmian KD Sultan Ismail di Pusat Latihan Perajurit Muda (Pularek) di Kota Tinggi, Johor pada tahun 2005.
|
Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa menjalin hubungan yang rapat dengan Majlis Agama Negeri atau dengan pentadbiran jabatan berkenaan melalui pegawai-pegawai tinggi seperti Yang Dipertua Jabatan Agama, Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam atau Mufti Negeri.
Peristiwa indah
Sesungguhnya peristiwa yang paling indah bagi kerabat diraja Johor dan sekalian rakyat jelata adalah apabila Persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia yang ke-129 memilih untuk menabalkan Sultan Iskandar sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984.
Sepanjang lima tahun menerajui kedudukan tertinggi dalam tampuk pemerintahan negara, baginda disanjung sebagai ketua agama dan bangsa yang sangat mengambil berat perjalanan politik negara.
Rata-rata titah baginda berkaitan perkembangan politik negara sering kali bersulam dengan pesan mengenai hal ehwal dan nasib rakyat yang perlu dijuarai.
Nama Sultan Iskandar paling dihargai dalam kelompok populasi Orang Asli khususnya di negeri Johor. Nasib golongan itu yang sehingga kini masih meneruskan kehidupan di pedalaman dan jantung belantara itu adalah agenda penting bagi baginda.
Betapa istimewanya hubungan antara kerabat diraja Johor dengan golongan itu jelas diketahui umum. Difahamkan bahawa mana-mana Orang Asli yang mempunyai masalah mengenai survival dan penganiayaan persekitaran tempat tinggal mereka akan dibenarkan menghadap baginda secara terus di istana bagi mencari penyelesaiannya.
Kalau hendak bercakap tentang aktiviti yang digemari baginda, mungkin tidak kehabisan ceritanya. Selain menyemai minat berburu, Sultan Iskandar juga gemar bermain polo, tenis, skuasy dan sukan luncur layar.
Selain itu, sebelum konsep Kembara Mahkota dipopularkan oleh putera baginda, Tunku Ibrahim, minat terhadap motosikal berkuasa tinggi sudah pun bermula dalam pekarangan istana negeri.
Bercakap tentang kemahiran, baginda memang memahami segala komponen motosikal hinggakan tidak punya masalah meleraikan dan memasang semula setiap komponennya.
Selain keterujaan yang diteruskan dalam bidang sukan udara, baginda juga amat meminati golf. Kalau punya waktu terluang untuk diri sendiri, padang hijau Royal Johor Country Club pasti akan dikunjungi baginda untuk menguji kehandalan memukul bola golf.
Tidak ketinggalan juga, baginda juga memiliki koleksi haiwan peliharaan yang pelbagai. Bagaikan santuari istimewa, tetamu Istana Bukit Serene di Johor Bahru pasti mengetahui tentang burung merak yang berkeliaran bebas di halamannya. Begitu juga dengan minat baginda terhadap peliharaan lain seperti rusa dan buaya.
Setelah kemangkatan baginda semalam, nama Almarhum Sultan Iskandar terus disanjungi. Segala kenangan dan jasa yang ditinggalkan baginda adalah umpama daulat yang akan terus diabadikan dalam ingatan segenap rakyat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dr. M: Sultan penyayang
PUTRAJAYA 22 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat dan penyayang.
Bekas Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ramai yang tidak memahami cara-cara baginda bertindak sehingga kadang-kala ada rakyat berasa takut terhadap baginda.
''Baginda rapat dengan rakyat, cuma kadang-kadang cara baginda menyebabkan orang berasa takut.
''Sedangkan baginda ialah seorang yang sangat baik," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Beliau mengulas tentang kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor malam ini.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Dr. Mahathir yang sudah mengenali Almarhum sejak menjadi Ahli Parlimen sekitar 1966 berkata, perhubungannya semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan dari 1984 sehingga 1989 adalah amat baik.
''Saya dapat khabar baginda sudah mangkat, baginda sakit sudah lama. Masa baginda jadi Yang di-Pertuan Agong, saya menjadi Perdana Menteri, hubungan kami baik malah sejak sebelum saya jadi menteri, sudah kenal baginda.
''Baginda ada cara sendiri, kadang-kadang orang tidak faham tetapi saya tidak ada masalah.
''Saya boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa, bila jumpa hari Rabu (sebelum mesyuarat Kabinet) kami berbual panjang, bukan sahaja mengenai kerajaan tapi tentang perkara lain juga," katanya dalam nada sebak. |
|
|
|
|
|
|
|
Peka masalah rakyat - Pemimpin
JOHOR BAHRU 22 Jan. - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail sebagai kehilangan besar kepada rakyat negeri ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, justeru sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda, semua program dan aktiviti parti dibatalkan.
"Kemangkatan baginda amat dirasakan kerana Almarhum merupakan Sultan berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil tahu tentang masalah rakyat.
"Saya juga mempunyai banyak pengalaman manis bersama baginda. Malah Almarhum sentiasa memberikan sokongan dan semangat kepada saya baik semasa menjadi wakil rakyat mahupun semasa tidak menyandang apa-apa jawatan dalam Kabinet, " katanya.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar juga menyifatkan kemangkatan baginda satu kehilangan besar kerana Almarhum merupakan seorang yang berpengalaman dan sentiasa mendampingi rakyat hingga dihormati semua.
"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat baginda dan saya percaya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim yang kini Pemangku Sultan akan dapat meneruskan pemerintahan yang adil dan saksama.
"Saya juga mempunyai pengalaman manis dengan Almarhum dan dapat melihat cara baginda bergaul terutama ketika saya berada dalam kerajaan," katanya.
Jelas Syed Hamid, pengurniaan pingat Setia Mahkota Johor (SMJ), Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) oleh baginda yang membawa gelaran Datuk adalah jasa Almarhum yang tidak akan dilupakan sampai akhir hayat.
Menurutnya, apa yang membanggakan kesemua pingat itu dikurniakan oleh baginda sendiri dalam majlis rasmi di Istana Besar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsul Bari Jamali berkata, seluruh rakyat Johor akan merasai kemangkatan seorang raja yang amat dihormati dan berjiwa rakyat.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor berkata, sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda, pihaknya telah membatalkan semua program parti dan kemasyarakatan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad terkejut dan tidak menduga mengenai kemangkatan baginda.
"Hari ini saya berada di Sibu, Sarawak bagi menghadiri majlis rasmi. Saya cukup terkejut apabila dimaklumkan berita ini kerana sebelum ini dimaklumkan kegeringan baginda tidak serius.
"Apa yang saya boleh terjemahkan, Allah sayangkan baginda, baginda mangkat pada hari Jumaat yang kalau mengikut ulama muktabar, seseorang yang meninggal pada hari Jumaat memang mulia di sisi Allah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah..arini aku memakai baju itam dan bertudung putih..selama 7hari semua warga Johor kena berkabung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah..arini aku memakai baju itam dan bertudung putih..selama 7hari semua warga Johor kena berkabung....
purpleungu Post at 23-1-2010 08:54
berkabung ni bukan sampai 40hari ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah..arini aku memakai baju itam dan bertudung putih..selama 7hari semua warga Johor kena berkabung....
purpleungu Post at 23-1-2010 08:54
camtu ke... org johor yg takde baju itam, masalah gak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
konfom ke berjiwa rakyat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Iskandar (1932-2010)
2010/01/23
JOHOR BARU: Sultan of Johor Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Al-marhum Sultan Ismail, passed away at 7.15pm yesterday. He was 77.
Menteri Besar Datuk Ghani Othman made the announcement on TV3 at 11.20pm.
He also announced that the new ruler would be proclaimed before the burial at 2pm today.
Ghani, who was in Chennai earlier as part of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s entourage to India, had returned home on a special flight.
The body of Sultan Iskandar was transported from Puteri Specialist Hospital to Istana Besar at 11.15pm.
It was accompanied by members of the Johor royalty, state exco members and state religious department officers.
The ambulance was escorted by police and Johor Military Force personnel to Istana Besar for final rites.
Ghani also announced that the people could pay their last respects at Istana Besar from 9am to 10.30am today while VIPs would be able to do so from 11am to noon.
Those wishing to pay their last respects will have to adhere to the respective dress codes.
Sultan Iskandar will be buried at the Mahmoodiah Royal Mausoleum at 2pm.
The menteri besar also announced a seven-day mourning period for the people of Johor and 40 days for the royal family.
The national and state flags will also be lowered to half mast for a period of seven days.
Sultan Iskandar was admitted to Johor Specialist Hospital late on Thursday for an unspecified illness.
He had undergone a coronary bypass operation in the United States in 2000 and had a bout of bronchitis in January 2008, which saw him being admitted and treated at the hospital.
Earlier in the day, the head of the Johor Council of the Royal Court, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, announced the appointment of Tunku Mahkota of Johor Tunku Ibrahim Ismail as the regent.
“The Council of the Royal Court hereby decided under Clause 9(1)(b) and 9(2) First Section of the Johor State Constitution 1895, after receiving the medical report from three medical specialists, to appoint Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar,Tunku Mahkota Johor, as the regent to carry out the duty of the ruler during the illness of Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar,” he had said at Istana Besar.
The brief solemn ceremony was held at the banquet hall of Istana Besar at 5.15pm.
[table][/table]Tunku Ibrahim, 51, was flanked by his son, Raja Muda of Johor Tunku Ismail and brother, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid, when he took the oath of appointment.
Also present were State Legislative assembly Speaker Datuk Mohd Ali Hassan and state executive council members.
This is not the first time Tunku Ibrahim was appointed regent.
He was first appointed to the post on April 25, 1984 when Sultan Iskandar was appointed the eighth Yang di- Pertuan Agong.
He was installed as the Tunku Mahkota of Johor on July 3, 1981 at
the age of 22.
Tunku Ibrahim is married to Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah and they have five sons and two daughters. |
|
|
|
|
|
|
|
berkabung ni bukan sampai 40hari ker?
asher Post at 23-1-2010 10:45
40hari utk kerabat diraja.. kalu rs2 ko kerabat diraja, kenalah kabung 40hari.. kalu x, nnt kena saman rm3k!! |
|
|
|
|
|
|
|
konfom ke berjiwa rakyat....
HangPC2 Post at 23-1-2010 15:09
tu aku xsure la.. tp kematian dia ni org kata ada kaitan dgn harta di singapura yg dia tuntut 5thn lps.. |
|
|
|
|
|
|
|
konfom ke berjiwa rakyat....
HangPC2 Post at 23-1-2010 15:09 kes askar mengamuk di KL pada 1987 ada kaitan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
tu aku xsure la.. tp kematian dia ni org kata ada kaitan dgn harta di singapura yg dia tuntut 5thn lps..
harungemang Post at 23-1-2010 21:33 harta karun? batu putih? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape kene mengene kmatian dgn hrte? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by harungemang at 24-1-2010 09:01
Ape kene mengene kmatian dgn hrte?
hepycutey Post at 24-1-2010 01:28
ada yang cakap.. semuanya sebab sultan ade tuntut harta di temasek atau lebih Dikenali sbgi Singapura beberapa tahun lalu..walhal ade yg lebih layak dapat...perbuatan itu meninmBulkan kemarahan bg mereka yg layak terima... n people say..it want stay long.... apapun maybe secara kebetulan atau sebetulnya mmg dah sampai ajal utk die.... wallahualam..
sememangnya isu Kesultanan johor byk yg belum terjawab...sebab mungkin sejarah boleh di ubah atau sejarah belum terungkai............kalau dengar cerita dari org tua lama2.. agak lain dari buku dan iNternet ini.. pelik kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau yg almarhum sultan pernah derma RM1 juta kat umno? |
|
|
|
|
|
|
|
11# harungemang
harta mende beb? nenda almarhum ada banyak tanah kat spore... dan kawan aku pun salah sorg drpd yg menuntut bahagian tu tapi aku rasa tak dapat lagi sebab kawan aku pun masih sengkek lagi...
aku rasa sultan tak tolak lagi kot tanah tu kat spore... |
|
|
|
|
|
|
|
pe crita famili caddy yg mati kena kayu golf tu skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
18# Acong
dah kaya raya agaknya...dpt pampasan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|