View: 3026|Reply: 14
|
Projek jejak Pemborong
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ctredzuan at 19-2-2010 07:17
Post Last Edit by demimasa at 18-2-2010 22:46
Salam semua,
Saya dalam perancangan untuk memulakan projek pemborong. Plan nak cari dalam 2-4 orang rakan kongsi. Ringkasan projek tersebut seperti dibawah :
1) Modal : 40K - 50K seorang.
2) Jenis Barangan : Pakaian, accessories atau apa saja yang berpotensi.
3) Lokasi : GM Plaza, Jalan Kenanga atau Jalan TAR
4) Sumber barang : China, Jakarta, Vietnam, Bangladesh, Pakistan etc
5) Ciri-ciri rakan konsi dicari: Komited dan fulltime, amanah, tidak berkira dalam bekerja dan waktu kerja, kerja kuat sama2 dan untung pun bahagi sama2, muslim, kalau boleh jangan tinggal jauh sangat dr area kl ( saya dok kat seremban ), kalau boleh dari pelbagai background ( saya ex-banker ) so partner lain harap ada background lain so bila digabungkan diharap boleh jadi partnerhip yang mantap.
6) Plan tu nak buka satu kedai dulu dan bila dah stabil akan buka satu demi satu kedai yang lain.
Jika ada sesiapa yang ingin beri pendapat amatlah dialu2kan.
Kepada yang berminat nak join pula bolehler pm saya.terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak start sendiri demimasa? susah ni kalau first time berniaga terus nak buat partnership dengan orang yang tak kenal.....walau ada agreement tebal manapun kita manusia....awalnya agree profit los and responsibility sharing kemudian bila lost mengamuk.....invest nak tapi datang kedai taknak...alasan sibuk kerja |
|
|
|
|
|
|
|
2# izzuddin
yer lah ....
knapa x mula kan dengan aper yg ada..
target nak biz aper...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih diatas pendapat tuan2 sekelian. Saya amat hargai. Sememangnya kalau tak ada jalan lain aku akan gerak solo juga nanti. tapi sekarang ni aku cuba buka option untuk buat partnership. memang ada keburukannya partnership tapi kebaikannya pun banyak juga. kalau boleh aku nak impliment cara cha ya berniaga. selama 15 tahun aku kerja bank bhgn pinjaman dulu aku kaji kebanyakan cha ya yg berjaya adalah yang buat perniagaan secara partnership. sole-proprietor ni ada juga yg berjaya tp agak slow sikit. aku pernah tanya dengan dia org pasal benda ni. menurut mereka kalau partnership ni boleh gerak laju diatas beberapa faktor terutamanya dari segi pengumpulan modal,networking dan mudah dapat idea hasil perbincangan sesama mereka. kalau solo maklumlah apa pun kena pikir sendiri so mapping idea tu limited sangat. menurut mereka satu petua untuk berjaya dalam partnership ni ialah semua partner kena anggap entiti business bukan kita yg punya tapi kita ni sebagai pekerja sahaja. so semua org kena patuh dan follow peraturan. dalam kepala buang tanggapan kita ni boss dan boleh buat ikut suka. kawalan cashflow paling penting. setiap cek nak keluar semua org kena sign hatta jumlah yg kecil pun supaya tak berlaku miss use of fund. Aku tau agak sukar untuk aku gerakkan idea ni tapi aku mencuba juga mana tau terjumpa partner yg boleh satu kepala dan mempunyai satu matlamat yang sama. pasal baru atau lama dah kenal ni aku tak kesah sebab kawan2 yg dah lama kenal pun kadang2 tak leh pakai juga. partner yg baru kenal pun rasanya tak ada masalah sebab kita akan set kan tools yg perlu diguna pakai dan juga akan ada kaedah exit point jika ada partner yg tak perform atau tak ikut peraturan yg dipersetujui bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa mungkin kau dah tersalah faham maksud partnership dan networking cha ya nun alif ni........
partnership pada mereka ialah bekerjasama......sebagai contoh berpersatuan....berkonsortium...berkoperasi seperti saudara sinar, rakan2 lain dalam cari forum dan banyak forum lain cuba ketengahkan.....
bila berkongsi atau kerjasama maka MOQ dapat direndahkan dan harga kos dapat direndahkan......... |
|
|
|
|
|
|
|
maksud perkongsian dalam perniagaan cina hanyalah sebagai proksi tanpa seabrang kuasa yg hanya mahu gunakan nama untuk meluluskan sesuatu proses...
connection pula adalah persatuan, kawan org2 kaya,dan pertubuhan dimana disitu bleh mendapat tunjuk ajar dan backup jika sesuatu perkara akan berlaku kepada perniagaan mereka.
tokeynya tetap satu atau 2 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
hi, jom join satusaujana. |
|
|
|
|
|
|
|
pergh..mmg mantap ni..tp modal tu tinggi sgt pada aku..so bg mereka yg mampu melabur dan berpengetahuan dalam bisnes dan berani mencuba bolehlah join. |
|
|
|
|
|
|
|
nak join....tp xberani pule....belum penah try bisnes besar2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
modal bosa bona lah demimasa
den pon ado plan nak cari partner buka biz
target bulan 6 nie
modal 10k-15k sorang
nak bukak biz printing kek somban/kl/selangor
kot2 berminat leh lah keep in touch
p/s - rasanya cam ponah tgk id nie kek porem sobolah kojap tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by demimasa at 18-2-2010 23:00
modal bosa bona lah demimasa
den pon ado plan nak cari partner buka biz
target bulan 6 nie
modal 10k-15k sorang
nak bukak biz printing kek somban/kl/selangor
kot2 berminat leh lah keep in touch
...
tenuk_belang Post at 17-2-2010 03:56
Modal tu boleh adjust sebenarnya sebab aku target nak kumpul 100k. so kalau 4 org maka sorang kena kuar 25k lah. aku letak amaun besar tu sajer je sebenarnya. aku sendiri pun tak tau lagi mana nak cekau amaun sebesar tu. tapi bila dah ada plan dan target nak tak tak nak kenalah usahakan mencari. baru ada thrill. pasal business printing insyaallah kalau business pertama ni dah stabil nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada semua pendapat2 yg diberi termasuklah pm2 kepada saya. Saya hargai sangat semua pendapat2 saudara. Insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan mulakan pelan bertindak. doakanlah saya berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
demimasa ,kalau anda ada modal dalam rm25k - 40k, elok mulakan sendiri dulu, kalau tempat yg anda spot mcm gm plaza, jalan tar tu lbh kepada jual kain2 , dgn modal rm25k tu dah besar sangat2 dah tu utk mulakan sendiri business ni.. anda mula dulu, kalau ada permintaan tinggi utk produk tersebut boleh lah cari rakan kongsi slps ni ..
kalau nak share modal rm100k, tak berbaloi rasanya cuma ke gm plaza, ke jalan kenanga, elok terus ke china bawah bimbingan sinar @ shah [hiven] |
|
|
|
|
|
|
|
demimasa ,kalau anda ada modal dalam rm25k - 40k, elok mulakan sendiri dulu, kalau tempat yg anda spot mcm gm plaza, jalan tar tu lbh kepada jual kain2 , dgn modal rm25k tu dah besar sangat2 dah tu ut ...
ctredzuan Post at 19-2-2010 07:17
wll said....... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar berkongsi..
thn lepas ada kawan share 3 org beli 2-3 jenis barang drp China dan ship 1 kontena ke malaya..modal +-23k..sampai malaya almost 70% barang2 tu dijual /ditolak borong..
dlm masa 2 bulan dah pulang modal dan yg paling best profit bleh dapat lebih kurang modal yg dilaburkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|