CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11709|Reply: 17

Misteri Rumah Tua [ AKAN DATANG di TV9 ]

[Copy link]
Post time 17-2-2010 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 18-2-2010 13:09

IGAUAN MIMPI DALAM MISTERI RUMAH TUA

Setelah selesai rancangan reailti hiburan kanak-kanak Idola Kecil 2, kini muncul mereka telah memanjangkan lagi bakat nyanyian mereka kepada bakat lakonan menerusi drama bersiri Idola Kecil Misteri Rumah Tua. Drama bersiri ini akan dibintang oleh adik-adik Idola Kecil 2 seperti Dayana (Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Amerullah), Azzam (Muhammad Azzammuddin B. Lop Hisham), Arill (Muhamad Fhazrill B. Fesol), Maulud (Mohd Farid B. Mohd Azmi), Ain (Zur’Ain Bt Abd Rahim), Fienaz (Syafienaz Shari), Tasha (Nurul Natasha Bt. Jaffri), Nurul (Nurul Ain Sollehah) dan Jiha (Noranajihah Yunus) dan Sam (Khor Bin Sam).

Misteri Rumah Tua akan memulakan penggambarannya di sekitar Hulu Pangsun, Hulu Selangor sepanjang cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Cina iaitu bermula hari ini, 12 hingga 21 Februari 2010. Drama bersiri yang merangkumi tiga episod ini akan disiarkan di TV9 pada cuti sekolah iaitu 15, 16 dan 17 Mac 2010 jam 7.00 malam.

Adik-adik Idola Kecil 2 ini juga akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Illya (Senario) yang melakonkan watak sebagai bapa tiri Dayana dan Arill serta Fizz Fairuz sebagai bapa kpd Azzam.

SINOPSIS
Kisah ini bermula apabila Azzam yang baru kematian ibu sentiasa mengalami mimpi ngeri yang penuh misteri di mana di dalam mimpi itu Azzam sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian gaun putih. Kanak-kanak tersebut yang dilakonkan oleh Dayana seolah-olah mengajak Azzam ke suatu tempat seperti ingin menunjukkan sesuatu. Azzam menceritakan mimpi ngerinya kepada bapanya tetapi atas nasihat doktor, bapanya telah membawa Azzam pulang berehat di kampung kerana menyangka Azzam berada di dalam keadaan trauma kerana kematian ibu kesayangan.

Azzam ingin membuktikan bahawa itu semua tidak benar. Ketika pulang ke kampung, dia melihat sebuah rumah usang yang sering muncul di dalam mimpinya. Azzam dengan bantuan sepupu dan rakan-rakan, nekad untuk menyiasat rumah misteri yang sentiasa muncul di dalam mimpinya. Apabila tiba di rumah tersebut, mereka dapati rumah itu didiami oleh seorang lelaki yang tidak pernah bercampur dengan jiran tetangganya.

Sikap ingin tahu Azzam berlipat ganda apabila dia melihat kelibat seorang budak perempuan di hadapan rumah itu yang seakan-akan budak di dalam mimpinya. Misteri mimpinya bertambah apabila budak perempuan di dalam mimpinya itu menangis dan meminta Azzam menyelamatkannya. Dengan ditemani sepupunya, Azzam berjaya memasuki rumah itu dan telah bertemu dengan Arill, seorang budak lelaki yang kurus yang diikat dan dikurung.

Segala teka-teki telah terjawab apabila Arill memberitahu ayah tirinya (Illya Senario) yang mengalami sakit jiwa telah mendera dia dan kakaknya, Dayana, setelah kematian ibu mereka. Situasi menjadi semakin cemas apabila lelaki kurang siuman itu menangkap dan turut mengurung Azzam di dalam rumah itu. Apakah kesudahan drama menarik ini? Sampai bilakah roh Dayana akan terus menghantui Azzam?

Untuk mengetahui kisah lanjut, jangan lupa untuk menontonnya pada 15, 16 dan 17 Mac 2010 (Isnin, Selasa dan Rabu) nanti. Pastinya peminat setia Idola Kecil 2 akan terpaku melihat gelagat dan telatah adik-adik kecil yang bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah dalam lakonan juga.

Misteri Rumah Tua di bawah pengarahan Zafran Aziz dan penerbitan eksekutif Kamarul Zamli Ramly diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd untuk TV9.

sumber---> http://www.budiey.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2010 10:03 PM | Show all posts
aloh..
igt citer mistteri rumah tua noor kumalasari tuhh..
yg citer baby kuar mulut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:05 PM | Show all posts
adeh....15, 16, 17 feb...lepas daa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 11:35 PM | Show all posts
aiyaaaa
15,16  17 MAC daaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 11:56 PM | Show all posts
4# JulietTheOrange


erk..   malu....malu
mate dah kero...daaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 12:09 AM | Show all posts
salah taip la... aku pun nmpk feb la. septtnya mac kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2010 12:15 AM | Show all posts
6# hijau88



tu la ijo...kat atas FEB...kat bawah plak MAC
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 12:14 PM | Show all posts
wah...harus iols tunggu nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2010 01:09 PM | Show all posts
dah edit
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 09:40 AM | Show all posts
erm korang pernah tengok tak..filem Misteri Rumah Tua lakonan Noorkumalasari...yang dia jadi patung...ada orang jumpa then bawa balik rumah....pantanglarang diier tk boleh kena air..kalau terkena air..nanti dia akan bertukar jadi manusia....kebetulan masa diorang bawa balik tu..lepas tu ujan lebat.....dan titisan air kena pada patung Noorkumalasari ni laa....dan dia terus tukar jadi manusia..(tphantulaa)...kepala boleh pusing...360 darjah..then beranak keluar ikut mulut....tk silap..asalnyer..dia kena rogol kot...dah ingat2 lupa citer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 10:49 AM | Show all posts
nasib baik siaran waktu malam leh tgk sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:06 PM | Show all posts
aku pun ingt cite MRT yg nor kumalasari berlakun tu...
seram gilos cite tu..
nak2 time kepala nor tu berpusing time drebar teksi (kut) maki dia sbb dia x bayar tmbang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 04:54 PM | Show all posts
ya bener...gue pun ingat MRT yg noorkumalasari tu..

ingat lg..mase tgh tgk citer tu kt kg dlu ramai2 ngan sedara mare..tibe2 tadek letrik..huuhuhuhhu..terjerit kitaorg..dh le mase tu bukak tingkap pintu bagai...

serammmmmmmmmmmmmm...

tanak tayang balik ke ehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 02:14 AM | Show all posts
stuju.... stujuuu...

tayang la balik citer noorkumalasari tu... citer2 hantu dulu lg takut dari citer antoo skrang...

citer antu skrang byk elemen omputih....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 10:11 AM | Show all posts
erm korang pernah tengok tak..filem Misteri Rumah Tua lakonan Noorkumalasari...yang dia jadi patung...ada orang jumpa then bawa balik rumah....pantanglarang diier tk boleh kena air..kalau terkena air. ...
dzaraa Post at 19-2-2010 09:40


kawe pernah tgk citer ni dulu2...mmg seram giler..

harap2 ada la stesen tv nak ulang tayang balik citer ni... ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 02:56 PM | Show all posts
aloh..
igt citer mistteri rumah tua noor kumalasari tuhh..
yg citer baby kuar mulut..
TumblerTK Post at 17-2-2010 22:03



    ha'a.. ingatkn filem misteri rumah tua tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 11:55 PM | Show all posts
Reply 14# ctna


   
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:14 AM | Show all posts
ha'a.. ingatkn filem misteri rumah tua tu..
dn_vision Post at 30-6-2010 02:56 PM



    lisa pun ingat yg tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065297 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list