CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 16

Berjaya tarik minat orang muda ke IB

[Copy link]
Post time 22-2-2010 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Berjaya tarik minat orang muda ke IB Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

GANDINGAN tiga vokal Aizat, Siti dan Faizal buat pertama kali yang memukau ramai.

HANYA senyuman tanda puas meleret di bibir setiap penonton yanghadir ke Konsert Satu Suara di Istana Budaya hujung minggu lalu yangmenggabungkan tiga penyanyi popular negara.
Gabungan Faizal Tahir, Aizat dan penampilan istimewa Datuk SitiNurhaliza benar-benar meninggalkan kesan buat peminat tiga penyanyiitu.
Meskipun tiada gimik yang ditampilkan, penampilan mereka bertigasudah cukup kuat untuk membuatkan konsert anjuran Siti NurhalizaProduction (SNP) itu cukup sukses.
Siti Nurhaliza yang bertindak sebagai penerbit konsert tersebutmenjelaskan selama tiga hari konsert berlangsung, SNP telah mencapaimatlamatnya untuk meremajakan Istana Budaya yang sinonim denganpersembahan kelas satu itu.
"Saya rasa dari segi matlamat untuk menarik minat orang muda ke IBtelah berjaya dan apa yang saya lihat penonton semuanya sangat sportingdan memberi kerjasama yang sangat baik," ujarnya.
Menariknya pada konsert yang diiringi oleh pemuzik Orkestra SimfoniKebangsaan itu semua lagu Siti diubah kepada susunan muzik rock, malahSiti sendiri berduet bersama Faizal dan Aizat menerusi lagu Sejati, medley Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Relaku Pujuk, Ibukota Cinta, Kau Kekasihku selain lagu solo Biarlah Rahsia.
"Seronok juga menyanyikan lagu rock dan saya gembira bila lihatpenonton suka dengan apa yang kami lakukan. Sebab selalunya saya akanmendendangkan lagu balada tetapi konsert kali ini sangat berbeza,"katanya.
Meskipun genre rock dilihat amat cocok dengannya, tetapi Siti tidakakan menerbitkan album rock atau bersatu dalam sebuah album bersamaFaizal dan Aizat.
"Album rock itu tidaklah, sebab saya rasa lebih selesa denganlagu-lagu yang saya bawakan sekarang. Lagipun Konsert Satu ini telahmenyatukan kami bertiga. Kira ini antara koleksi persembahan terbaiksaya bersama mereka berdua," ucapnya.
Jelas Siti, jika pada masa hadapan terdapat permintaan untukmenggabungkan mereka bertiga dalam sebuah konsert Siti tidak akanmenolak kerana sudah selesa bekerja dengan penyanyi yang disifatkannyamempunyai kelebihan tersendiri.

BIAR hanya muncul menerusi penampilan, Siti tetap memberi impak penuh bermakna.

"Kalau ada lagi tawaran untuk bergabung saya tidak akan menolak.Jika ada dengan penyanyi lain pun saya okey tetapi banyak perkara yangharus diteliti terlebih dahulu sebelum menerima tawaran sebegitu,"ujarnya.

Faizal ambil pil


Satu Malaysia sudah tahu bahawa Faizal Tahir kini sedang bergelutdengan penyakit yang agak kritikal dan menyebabkannya terpaksamembataskan pergerakan.
Malah, ketika berlangsungnya Konsert Satu Suara, Faizal sepatutnyamenyanyi bersama tongkat tetapi demi peminat dan persembahan yangmenarik, dia melawan sakit dan memberi persembahan yang cukupmenghiburkan.
Faizal juga dilihat amat bijak berkomunikasi dengan penonton dan mengubah mood penonton supaya turut serta dalam persembahannya.
"Sakit, sakit juga. Saya terpaksa tahan. Hari pertama saya tidakambil pil penahan sakit kerana saya tahu tidak elok jika terlalubergantung kepada pil itu. Tetapi selepas hari pertama, saya terpaksamengambil pil tahan sakit kerana kesakitan itu cukup menganggukonsentrasi dalam persembahan saya.
"Cerita sakit saya tolak tepi bila saya berada di atas pentas. Itutanggungjawab saya sebagai penyanyi. Penonton yang membayar untukmenyaksikan persembahan harus mendapat pulangan yang berbaloi,"tuturnya.
Walaupun menahan sakit, Faizal cukup berpuas hati denganpersembahannya dalam konsert tersebut dan menyifatkan Siti sepertiseorang guru kepadanya.
"Walaupun saya lebih tua daripada Siti tetapi mengikut pengalamandalam industri seni dia lebih tua daripada saya. Banyak tunjuk ajaryang telah Siti berikan kepada saya dan Aizat," ucapnya lagi.
Bercerita tentang pemilihan lagu, Faizal memberitahu setiap laguyang dipilih dibincangkan bersama supaya perjalanan persembahanberjalan dengan lancar.
"Semua lagu dipilih bersama bukanlah ikut kepala saya sendiri. Kamiberbincang dengan pengarah muzik Lee Sze Wan. Ada antara lagu yangdipilih saya tidak pernah nyanyikan sebelum ini dan telah berada lamadalam fikiran," katanya yang cukup seronok membuat persembahan bersamaAizat.
Faizal yang mendapat tepukan paling gemuruh sepanjang konsert itu mendendangkan lagu solonya seperti, Sampai Syurga, Adrenalin, Mahakarya Cinta, Batu dan Golek, Selamat Malam, Cuba, Bencinta serta medley barisan lagu kumpulan Queen. Antaranya, Bohemian Rhapsody, Who Wants To Live Forever dan We Are The Champions.

Aizat ketakutan


Jika Siti dan Faizal mempunyai lebih pengalaman dalam persembahankonsert dan nampak yakin dalam setiap apa yang mereka lakukan di ataspentas, Aizat pula terus-terang menyatakan kegugupannya tatkala berdiridi atas pentas Istana Budaya.
"Saya memang takut kerana ini konsert pertama. Saya akui banyakbenda yang kurang tetapi saya telah beri yang terbaik. Berganding puladengan Datuk Siti dan Faizal yang kita tahu hebat di pentas, saya rasadiri sangat kecil.
"Apapun saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama merekadan buat persembahan di Istana Budaya. Bukan semua orang dapat buatpersembahan di sini. Kira ini pengalaman saya yang cukup berharga,"tuturnya.
Tambah Aizat yang turut bermain piano dan gitar dalam konsert itumengatakan sebagai penyanyi dia tidak pernah berasa puas denganpersembahan yang diberikan kerana tahu dirinya mampu berika yang lebihbaik.
"Untuk konsert ini kami semua telah bersedia dan membuat sesilatihan bersama dalam tiga kali. Tetapi waktu latihan dan konsertsebenar amat berbeza, bila berlatih tempat duduk semua kosong tetapibila konsert, kerusi semua penuh dan banyak mata yang memandang setiapgerak-geri saya," ujarnya.
Sepanjang konsert itu berlangsung pujian harus diberikan buat Aizat.Dia antara penyanyi termuda yang layak meloloskan diri untuk berada dipentas Istana Budaya.

AIZAT dan Faizal berjaya menggalas kepercayaan yang diberikan oleh Siti Nurhaliza Production dengan baik.

Bagaimanapun, usia memang memainkan peranan. Aizat harus menggilaplagi skil komunikasinya bersama penonton yang dilihat masih kurangberbanding dua penyanyi yang lebih senior.
"Itu saya akui, saya masih kurang kerana ini pengalaman pertama.Perasaan gugup pun saya tidak dapat atasi, inikan pula nak bercakapdengan penonton seolah-olah tiada apa yang berlaku," bicaranya.
Oleh sebab itu, Aizat memilih untuk berbicara bersama penontonmenerusi lagu yang didendangkan tetapi liriknya diubah seolah-olahAizat bercakap dengan penonton.
Dalam konsert itu, selain mendendangkan barisan lagunya seperti I Go, Pergi, Kau Aku dan Lagu Kita, anak muda berusia 21 tahun itu turut berduet bersama Faizal Tahir menerusi lagu Percayalah, Ratuku, I Don't Wanna Miss A Thing dan Always.
Aizat juga menyanyi secara medley lagu kumpulan Beatles yang berjudul, I Am Walrus, Yesterday dan I Want To Hold Your Hand serta lagu Mat Disko dan Thank You Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 01:02 PM | Show all posts
alamak lagi skali sori x prasan ada dh article ni camno nk delete aku pnya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:12 PM | Show all posts
mst best konsert ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:31 PM | Show all posts
alamak lagi skali sori x prasan ada dh article ni camno nk delete aku pnya?
sicomel Post at 22-2-2010 13:02


ko edit info thread & letak citer lain ... tu jer cara tak nak thread sama
nak delete cuma MOD jer boleh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:37 PM | Show all posts
kali ni kosmo baik plak. hmm... ok la tu. tp maybe wartawan ni ok, x bias. x busuk hati mcm yg dua tiga kerat tu. kt article ni ada gambar FT sorg je. gambar besar lagi tau.....   i like!!!! seingat aku gambar yg sama sebijik mcm yg dlm article utusan bru2 ni, yg pakai tshirt QUEEN. tp gambar ni xde dlm online, kt paper je ada.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 01:38 PM | Show all posts
ko edit info thread & letak citer lain ... tu jer cara tak nak thread sama
nak delete cuma MOD jer boleh!!!!
santubung Post at 22-2-2010 13:31


ok ok. tengkiu. mmg ada citer lain nk letak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2010 02:05 PM | Show all posts
ok ok. tengkiu. mmg ada citer lain nk letak.
sicomel Post at 22-2-2010 13:38


satu lagi article dalam New Sunday Times
column Shuib On Monday
tajuk "Kudos To The Faizal-Siti-Aizat Show"
penulis puji sakan Faizal sbb ader skil komunikasi yang baik .... suara FT memang power
dia cakap mlm tu fans FT lbh ramai (based on jeritan & sorakan pada FT sepanjang konsert)

aku beli paper tu tapi tak der masa nak scan!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:13 PM | Show all posts
7# santubung

santubung please scan.. aku nk baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 02:18 PM | Show all posts
satu lagi article dalam New Sunday Times
column Shuib On Monday
tajuk "Kudos To The Faizal-Siti-Aizat Show"
penulis puji sakan Faizal sbb ader skil komunikasi yang baik .... suara FT memang po ...
santubung Post at 22-2-2010 14:05


online mmg takde ke? aku ada cari gak tp takde. x tau la klu terlepas pandang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:21 PM | Show all posts
online mmg takde ke? aku ada cari gak tp takde. x tau la klu terlepas pandang.
sicomel Post at 22-2-2010 14:18


setakat ni aku x jumpa..klu ade aku dh tepek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 02:23 PM | Show all posts
7# santubung


please la scan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 05:19 PM | Show all posts
kali ni kosmo baik plak. hmm... ok la tu. tp maybe wartawan ni ok, x bias. x busuk hati mcm yg dua tiga kerat tu. kt article ni ada gambar FT sorg je. gambar besar lagi tau.....   i like!!!! seingat a ...
sicomel Post at 22-2-2010 13:37


kosmo lain sket dr utusan coz die letak pasal faizal byk celoteh tu kt bhg gosip si marilyn bukan bhg laporan konsert..
metro pun sama, pasal konsert die review ok je..tp kt bhg gosip ade plak kisah aizat..

utusan pelik sket.. haha.. dia buat sekali harung..bercampur2..konon nk sensasi lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 06:47 PM | Show all posts
7# santubung


please la scan
washere2 Post at 22-2-2010 14:23


esoklah aku scan!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 07:37 PM | Show all posts
kosmo lain sket dr utusan coz die letak pasal faizal byk celoteh tu kt bhg gosip si marilyn bukan bhg laporan konsert..
metro pun sama, pasal konsert die review ok je..tp kt bhg gosip ade plak ki ...
snowey_dey Post at 22-2-2010 17:19


utusan pelik skit? hahaha.. no... pelik banyak!!! kosmo pn lebih kurang je dgn utusan. utusan lebih kosmo kurang. lebih kurang le tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 07:39 PM | Show all posts
esoklah aku scan!
santubung Post at 22-2-2010 18:47


cepat2 le scan. slps subuh aku nk baca nway, paper the star xde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 07:10 PM | Show all posts
mana cik puteri santubung nih? dh balik sarawak jaga gunung ke? jgn marah...  cepat2 le scan. x sabo dh ni nk baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 08:01 PM | Show all posts
mana cik puteri santubung nih? dh balik sarawak jaga gunung ke? jgn marah...  cepat2 le scan. x sabo dh ni nk baca.
sicomel Post at 23-2-2010 19:10


sabar2!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.278132 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list