CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2902|Reply: 16

Magika mampu cetus fenomena

[Copy link]
Post time 22-2-2010 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Magika mampu cetus fenomenaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH dan ihsan KRU STUDIOS

PENGARAH  filem Magika, Edry (tengah) diapit oleh abang-abangnya, Norman (kiri) dan Yusry.

SEJAK KRU Studios mengumumkan akan menerbitkan sebuah filem muzikalfantasi sekitar setahun setengah yang lalu, ramai yang menantikanpenghasilannya.
Apatah lagi, filem yang diberi judul Magika itu turut mempertaruhkan nama-nama besar dan popular industri hiburan tanah air dalam mewarnai filem kelima terbitan mereka.
Pada tayangan amal filem Magika di Cathay Cineleisure,Damansara, Selangor baru-baru ini, sekali lagi KRU menunjukkan taringmereka sebagai penerbit filem yang mempunyai visi tersendiri.
Mereka membuktikan Magika berjaya dihasilkan dalam konteks filem muzikal Malaysia tanpa mengikut acuan Barat.
Hasilnya juga, selama dua jam menonton filem ini tidak ada seorangpun yang merungut kebosanan kerana perjalanan ceritanya sungguhmenghiburkan!
Setiap watak mitos yang dilakonkan oleh para pelakonnya begitumenonjol dan meninggalkan kesan yang cukup besar biarpun hanya seketika.
Antara watak yang cukup menyerlah dalam filem Magika ialah Nenek Kebayan yang dijayakan dengan cukup cemerlang oleh Ziana Zain.
Ekspresi wajah serta penghayatan dalam menghidupkan watak tersebutmemang benar-benar menjadi dan Ziana berjaya menterjemahkan watakberkenaan mengikut acuannya sendiri.
Ning Baizura juga tidak kurang hebatnya dalam membawakan watakPuteri Gunung Ledang yang lari daripada apa yang pernah digambarkansebelum ini.
Selain watak Nenek Kebayan dan Puteri Gunung Ledang, Magikaturut menampilkan watak-watak legenda lain seperti Badang yangdilakonkan oleh Mawi, Pak Pandir (Aznil Nawawi), Mahsuri (VanidahImran), Norman Hakim (Awang), Nabil Ahmad (Orang Minyak), Saiful Apekdan kumpulan Senario (Hang Tuah dan lima bersaudara) serta Raja Azura(Mak Andeh).
Selain itu, Maya Karin turut beraksi dalam filem ini sebagai PuteriBunian, M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Sharifah Aleya (Bawang Merah),Sharifah Amani (Bawang Putih), Adibah Noor (Mak Halia) dan KRU sendirisebagai Pokok Bersaudara.
Tidak dilupakan, dua teraju utamanya, Diana Danielle dan Fimie Donyang memegang watak sebagai adik-beradik bernama Ayu dan Malik.
Secara ringkasnya, Magika mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama Magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Sewaktu berada di Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Percayalah, apabila Magika ditayangkan pada pertengahan tahun ini, tidak mustahil untuk filem pertama arahan Edry Abdul Halim ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tanah air.
Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada KRU kerana terusberani menampilkan pembaharuan dan variasi kepada audiens sinematempatan.
Memang harus diakui, Magika bukanlah sebuah filem yangsempurna kerana dalam menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi sepertiini, masih lagi ada kekurangannya terutama aspek penceritaan.
Jika membicarakan dari segi aspek teknikal pula, masih banyak ruangyang dapat diperbaiki khususnya penataan seni, kostum mahupun tata rias.
Jika KRU berani menambahkan sedikit lagi kos penerbitannya yang sebanyak RM2 juta itu, tidak mustahil mereka mampu menjadikan Magika sebuah filem muzikal yang ekstravaganza.
Edry yang ditemui selepas tayangan filem berkenaan berkata, diagembira dengan respons positif daripada mereka yang hadir menontonfilem sulung arahannya itu.
Tetapi, kata Edry, itu bukan satu petanda untuk dia berasa puas hatikerana masih lagi banyak ruang yang harus diperbaikinya untuk menjadiseorang sutradara filem yang disegani.
Menyambung bicara, Edry tidak menafikan cabaran dan tanggungjawabyang harus dipikulnya dalam menjadikan ia sebuah filem muzikal yangmampu dinikmati sebaik-baiknya.
Sebetulnya, Magika sudah berlegar dalam kotak fikirannyahampir lima tahun lalu. Cuma, dia tidak begitu yakin untukmerealisasikannya sehinggalah diberi peluang oleh abang sulungnya, Norman.
Kata Edry, sewaktu menulis skrip dan lakon layarnya, dia sudahmembayangkan pelakon yang dimahukannya dalam membawakan setiap watakdalam filem Magika.
Ini termasuklah watak fiksyen, Puteri Gunung Tahan yang sepatutnya dilakonkan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Cuma, rezeki tidak berpihak kepada Edry apabila Siti tidak dapat menerima tawaran tersebut atas sebab-sebab tertentu.
"Sepanjang 30 hari penggambaran, tiada masalah besar yang sayahadapi dan semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yangdirancang," cerita Edry penuh semangat dan teruja saat diajak berbicaramengenai buah tangan sulungnya itu.
Magika menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi menariksekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Universiti Putra Malaysia,Putrajaya, Ulu Yam dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Namun, matlamat utama Edry dalam Magika adalah untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem muzikal Malaysia yang kuat unsur-unsur Melayunya.
Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimanapantang-larang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayuditonjolkan dalam filem ini.
"Pada saya, tidak perlu untuk mencedok mahupun mengikut acuan Baratkerana apa yang kita ada sudah cukup kuat untuk menzahirkannya kebentuk filem.
"Inilah masanya untuk kita memperkenalkan kembali budaya yang semakin hari semakin jauh ditinggalkan.
"Memang saya sengaja tonjolkan semua itu dalam filem ini sekali gusmemberikan pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahutentang pantang-larang Melayu," jelasnya yang turut menyelitkan unsurkasih sayang dan kekeluargaan dalam filem Magika.
Pada masa yang sama, Edry juga mengakui, bukan mudah menghasilkan sebuah filem muzikal kerana perlu menitikberatkan aspek lagu.
Menerusi Magika, Edry menghasilkan 14 buah lagu baru yang mana liriknya pula terhasil daripada skrip filem berkenaan.
"Setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyikan serta melakonkan watak masing-masing.
"Daripada situ, filem ini menjadi menarik kerana variasi lagu yangditampilkan serta bentuk nyanyian masing-masing yang menghidupkan lagibabak-babak dalam Magika.
"Salah satu tujuan saya dan KRU Studios menerbitkan filem ini adalahmahu mendidik serta membuka minda masyarakat tentang genre filemmuzikal yang masih lagi asing di negara ini," ujarnya sambilmemberitahu album runut bunyi (soundtrack) Magika akan diedarkan tidak lama lagi.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).
Anak ketiga daripada empat beradik ini juga memaklumkan dia bersedia menjadi seorang pengarah filem muzikal seandainya Magika mencatatkan kutipan pecah panggung.

Lakonan ziana mendapat pujian. sure meletop filem ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 02:18 PM | Show all posts
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mcam seruuu banget neyh,.!~
nga' sabar neyh mau nontonnnnnnnnnnnnnn

bile tarikh tayangan ney???
motip aku ckp indon???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:24 PM | Show all posts
hope kak jiana dapat pelakon terbaik taon nie:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:27 PM | Show all posts
dah tgk thriller dalam youtube..memang best..tak ley blah watak puteri gunung ledang oleh ning...hahhaah!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 02:33 PM | Show all posts
dah tgk thriller dalam youtube..memang best..tak ley blah watak puteri gunung ledang oleh ning...hahhaah!!
Pygmalion Post at 22-2-2010 14:27

puteri gunung ledang dah gumuk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 03:15 PM | Show all posts
puteri gunung ledang dah gumuk
selimutpurple Post at 22-2-2010 14:33



ha yesssssssss tapi tetap bersuara seperti kambing yang tersepit kat pagar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2010 03:26 PM | Show all posts
macam bes jer...leh ler gi tngk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 03:46 PM | Show all posts
dah tgk thriller dalam youtube..memang best..tak ley blah watak puteri gunung ledang oleh ning...hahhaah!!
Pygmalion Post at 22-2-2010 14:27


trailer sayang..bukan thriller...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2010 05:21 PM | Show all posts
Trailer die memang convincing.. Chantik sangat. kalo bawak kat luar negara, mau laris macam Bedtime stories tu... Rdry kene bawak filem ni ke luar negara. biar macam Hikayat Merong Mahawangsa tu. 25 buah negara dah stuju nak edarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:38 PM | Show all posts
Trailer die memang convincing.. Chantik sangat. kalo bawak kat luar negara, mau laris macam Bedtime stories tu... Rdry kene bawak filem ni ke luar negara. biar macam Hikayat Merong Mahawangsa tu. 25 b ...
zeonite Post at 22-2-2010 17:21

lom pepe ag dah 25 negara bersetujuk... harus malatop....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 09:38 PM | Show all posts
ha yesssssssss tapi tetap bersuara seperti kambing yang tersepit kat pagar...
Pygmalion Post at 22-2-2010 15:15

kan... seronok sangat......................
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 12:39 AM | Show all posts
cam best jer... nak kena g tengok nig...
apepun lagu mawi dgn diana tu mmg best huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 11:41 AM | Show all posts
biler kuar citer ni..aku x ssabar nak tgk watak bwg putig bawang merah ngan akak jena ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 02:17 PM | Show all posts
biler kuar citer ni..aku x ssabar nak tgk watak bwg putig bawang merah ngan akak jena ni
watachiwa Post at 23-2-2010 11:41


Filem tu ade ura2 kuar pada bulan septetmber. tapi the exact date masih tak tau.. pape pun layan lah dulu sountrack lagu tu yg dijanka kuar pada mac ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:03 PM | Show all posts
la lambat lg ke..aku ingat skool holiday mac ni dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 06:17 PM | Show all posts
la lambat lg ke..aku ingat skool holiday mac ni dah
watachiwa Post at 23-2-2010 15:03


tu ler... selimut pown berdebar2 tunggu muvie tu kuo...x per ... bulan 3 nie layan teater gamat dulu... yezaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2010 08:04 AM | Show all posts
Betul tu. Dulu edry pernah cakap. stratergi tu penting. die mengambil cerita adnan sempit sebagai contoh. Filem tu sgt box office sebab ditayangkan pada waktu yang bersesuaian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059378 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list