CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4802|Reply: 9

Definisi usahawan

[Copy link]
Post time 23-2-2010 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Apakah definisi usahawan?

[size=130%]Definisi USAHAWAN
.....
Istilah usahawan dalam bahasa Inggeris ialah "entrepreneur".
Istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” - Richard Cantillon (1755).


  • Memikul sesuatu tugas
  • Berperanan seperti seorang Jeneral Perang
  • "Business is like going to war". A similar concept to Tsun Sze’s “Art of War”
  • Usahawan perlukan strategi untuk menang sama seperti dalam peperangan
    ....

Di Idonesia, usahawan digelar sebagai "WIRA NIAGA"
..

Kamus Dewan


  • Pedagang
  • Peniaga/Penjaja
  • Pengusaha/Petani
Usahawan (DEB 1970)
..

Di Terengganu, istilah usahawan disebut dengan lebih tepat iaitu "USAHAWANG"
..

[size=130%]Usahawanialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan atau menerajuiperniagaan sendiri serta mengembangkannya dari masa ke semasa demikemakmuran masyaratkat dan negara.
..
[size=130%]Takrif KEUSAHAWANAN

..... .
Keusahawananialah satu proses pewujudan dan pengembangan perniagaan secaraberterusan yang menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi sesebuahnegara. Bidang keusahawanan adalah satu bidang kerjaya yang profesyenal.

...
Teori KEUSAHAWANAN
..
Dalambidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawanyang konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin -(multi-disciplinary). Secara amnya, takrif usahawan boleh dikelompokkankepada empat kategori:

  • Ekonomi
  • Sosiologi
  • Psikologi
  • Pengurusan
..
Pertama: Perspektif Ekonomi
Mentakrifkanusahawan melalui sumbangan dan peranan yang dimainkan dalam pembangunanekonomi. Contoh: pengagihan sumber ekonomi yang efisyen, penyediaanpeluang pekerjaan, mencetuskan inovasi dll.
..
Kedua: Perspektif Sosial
Mentakrifkanusahawan sebagai satu generasi atau kelompok masyarakat yang menjadikankeusahawanan sebagai satu bidang kerjaya mandiri yang boleh mengubahstatus kehidupan. Contoh: survival masyarakat pendatang Cina, Indonesiadsbnya.
.. .
Ketiga: Perspektif Psikologi
Mentakrifkanusahawan dengan melihat kepada gelagat (behavior) serta ciri-ciriperibadi dan personaliti. Contoh: cara pengambilan risiko, puncakawalan diri, kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalandsbnya.
...
Keempat: Perspektif Pengurusan
Mentakrifkanusahawan sebagai pengurus strategik di mana peranan usahawan ialahuntuk memastikan perniagaan memperolehi keuntungan dan berkembang.Contoh: Alat-alat pengurusan strategik digunakan untuk mencapaiobjektif perniagaan.


sumber :
http://usahawanbistari.blogspot.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2010 05:09 PM | Show all posts
Apakah takrif usaahwan kecil, sederhana dan besar??

Bg aku usahawan kecil :Keuntungan RM0.00 hingga 30k sebulan.

usaahwan sederhana : Keuntungan RM30k hingga 100k sebulan

Usahawan besarrr : Keuntungan RM100k hingga juta2 sebulan...

Jadi aku adalah usahawan kecil...setaraf dengan minah jual burger kat depan sekolah atau Mak Minah jual
petai kat pasar borong Melaka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 05:39 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=fXGQGWVgpuI

video nih amat sesuai.....
ramai org judge bukan2 kat aku nie...
kdg2 penig jg.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 09:26 PM | Show all posts
1# saatchambizz

sesiapa yg ambik exam bisnes soalan ini pasti keluar

kalau aku boleh jwp mcm ni pasti aku dapat A

biar aku perjelaskan sikit

Ushaawan adalah saorang yg mengusahakan perniagaannya  sendiri yg

berdaya kreatif
Independent
Success
Knowlegeable
Focused
Minat
Berdaya saing
Mengambil peluang
Sihat tubuh badan
never saya penat.
dan banyak lagi

setiap yg aku tulis aku mapingkan atas mamping siap dengan pro and cons gitu.

agak2 berapa markah aku dapat ekk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 09:20 AM | Show all posts
4# PerKasa

baguss...
score A!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 11:16 AM | Show all posts
time belajar da amek subjek Asas Keusahawanan n Keusahawanan...tp belom jadi usahawan lagi...:geram:

Kirenye key kat sini usahwan is about
1)amek risiko
2)never give up
3)minat, bile minat xkan give up

ada faktor persekitaran seseorg minat biz n nak jadik usahawan...eg bapak die bukak kedai runcit, mak jual nasik lemak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-2-2010 05:34 PM | Show all posts
bsnes is praktikal...
bezanya macam org dengar cerita keenakan
kelapa bakar dengan org yg minum sendiri kelapa bakar...

dah lama x minum air kelapa bakar kmpg Melayu subang....
apa cita geng???
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 11:28 PM | Show all posts
5# saatchambizz

wah !tahun ni boleh lah grade
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2010 02:20 PM | Show all posts
8# PerKasa

heeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 09:48 AM | Show all posts
Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

1. Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
2. Kerja keras: sikap mabuk kerja.
3. Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
4. Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
5. Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
6. Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
7. Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
8. Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
9. Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.

Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.

source: kumpulan usahawan malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.234739 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list