|
Ekonomi negara diyakini terus berkembang – Pakar KUALA LUMPUR 25 Feb. – Pertumbuhan ekonomi negara diyakini terusberkembang tahun ini kerana pakej rangsangan yang diperkenalkankerajaan tahun lalu dilihat akan terus memberi impak positif.
Ditambah dengan model ekonomi baru yang bakal diumumkan kerajaan,beberapa pakar ekonomi berpendapat, momentum pencapaian pertumbuhan diluar jangkaan pada suku keempat tahun lalu dijangka berterusan padatahun ini.
Pensyarah ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr. Yew Siew Yongberkata, pertumbuhan di luar jangkaan ini adalah kesan daripada duapakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion yang diperkenalkankerajaan bagi mengatasi kesan krisis kewangan global 2008.
Katanya, dasar fiskal ini telah berjaya meningkatkan permintaandomestik selain mendorong kepada pemulihan beberapa sektor sepertiperkilangan dan prestasi eksport Malaysia yang kembali positif.
“Momentum ini dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negaratahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai pertumbuhanekonomi suku keempat 2009 melebihi jangkaan sekali gus memungkinkanpertumbuhan ekonomi bagi tahun ini meningkat satu atau dua peratusmelebihi sasaran awal iaitu lima peratus.
Bagaimanapun, Siew Yong berkata, dengan keadaan ekonomi negara yangterbuka, ia tidak menjanjikan pertumbuhan ekonomi mampu melebihisasaran yang ditetapkan.
Katanya, ini memandangkan banyak negara lain turut mencapaipertumbuhan ekonomi yang baik dan ia mungkin menyebabkan negaraterpaksa bersaing bagi mendapatkan pelaburan asing.
“Maka, kerajaan perlu memastikan polisi ekonomi yang dilakukanperlu bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa, agar kesinambungandaripada pertumbuhan lalu dapat diteruskan,” jelasnya.
Sementara itu, pakar ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata,beliau berasa lega dan gembira dengan pengumuman Najib kerana iasesuatu yang di luar jangkaan dan Malaysia antara negara yang berjayamelakukannya dengan baik.
Beliau berharap kerajaan memberi perhatian untuk meningkatkanpelaburan domestik oleh pihak swasta bagi menjana ekonomi supayapertumbuhan terus meningkat.
“Pertumbuhan positif lalu banyak dibantu oleh dua pakej rangsangankerajaan tetapi ia (pakej rangsangan) tidak boleh dilakukan lagi keranakeadaan ekonomi negara masih berada dalam keadaan defisit,” ujarnya.
Justeru beliau berkata, kerajaan perlu aktif menarik pelaburanasing kerana kesemua negara kini mula berusaha ke arah tersebut yangmemungkinkan persaingan sangat sengit kepada Malaysia.
Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan menyedari hal ini dan dasarmodel ekonomi baru yang akan diumumkan kerajaan merupakan jawapan yangakan menentukan kemajuan negara kelak.
Pensyarah ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. AmirHussin Baharuddin berkata, beliau bukan sahaja yakin ekonomi negaramampu mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak lima peratus malah mampumelepasi unjuran tersebut.
“Pertumbuhan ekonomi lima peratus adalah satu sasaran yang realistik.
“Tambahan keadaan ekonomi global yang mula menunjukkan tanda-tandapositif, sebagai negara membangun yang progresif, sudah pasti Malaysiamampu mencapainya,” katanya.
Beliau merasakan pelaburan swasta masih tidak berupaya untuk mempengaruhi dan menjana ekonomi negara dengan sempurna.
“Negara masih memerlukan pelaburan dari sektor awam dan selepas itubarulah pelaburan swasta diyakini berjaya menjadi nadi ekonomi.
“Selepas ini, kerajaan perlu mengutamakan pelaburan domestik keranaagak sukar kita hendak bersaing untuk mendapatkan pelaburan langsungasing (FDI).
“Sewaktu krisis ekonomi 1998, pelaburan domestik berjaya memperbaikikeadaan ekonomi negara, malah, syarikat dari negara kita kini sudahmempunyai keupayaan untuk melabur dalam negara,” tambahnya.
Beliau menjelaskan, tabungan yang sangat ketara oleh rakyat Malaysia juga boleh menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi.
“Dengan kadar bunga yang agak rendah ketika ini, perbelanjaan perluditingkatkan bagi merangsang pusingan ekonomi,” katanya sambilmenjangkakan tahun 2011 bakal menyaksikan tabungan rakyat Malaysia akanmeningkat.
ekonomi baik..bisnes pun kencang............................ |
|
|
|
|
|
|
|
Memang berita yang baik untuk semua. Harap2 kadar penggangguran di US dapat dikurangkan dengan segera. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|