|
Post Last Edit by zeonite at 28-2-2010 00:18
file:///C:/DOCUME%7E1/bacang/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.png by Ashraf Abd Manaf | 26 Feb 2010 file:///C:/DOCUME%7E1/Krulez/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpg file:///C:/DOCUME%7E1/Krulez/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg Penyanyi serta pelakon hebat Ziana Zain bukanlah satu nama baru didalam industri seni tempatan. Dia pernah melibatkan diri denganpelbagai projek filem dan drama serta menghasilkan beberapa albumstudio. Namun di pentas teater, ibu kepada empat orang cahayamata inimengakui dia masih terlalu mentah.
Berpeluang mendekati wanita jelita ini selepas tamat pementasan teater'Antara...' yang diarahkan Ellie Suriaty di Istana Budaya semalam,Ziana memberitahu teater tersebut benar-benar membuatkan hati kecilnyatersentuh.
Dia bukan sahaja tersentuh dengan jalan cerita teater tersebut yangdisifatkannya sangat bagus malah tersentuh kerana baru kini dia sedarbetapa peritnya untuk mementaskan sebuah teater tanpa mendapat sebarangpenajaan atau sokongan kewangan daripada mana-mana pihak.
"Kita semua tahu 'Antara...' dihasilkan sempena sambutan Maulidur Rasuldan mengangkat kisah Nabi Adam dan Hawa. Sebagai orang Islam, jalancerita serta mesej yang dipaparkan sangat bagus. Apatah lagi pada hariini kita sering dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial yangkebanyakannya melibatkan orang Islam sendiri.
"Selain jalan cerita yang bagus, baru kini saya tahu betapa sukarnyauntuk menghasilkan sebuah teater Islamik tanpa sokongan kewangan yangmencukupi. Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu akan hal ini.Tetapi apabila sudah melibatkan diri barulah saya sedar penggiat teatersebegini seharusnya diberikan sokongan oleh semua pihak. Sepatutnyabadan-badan korporat berganding bahu untuk mengangkat teater ini,"ujarnya yang sebak apabila mengenangkan perkara tersebut.
Tambahnya, walaupun hanya terlibat sebagai penyanyi di dalam'Antara...', namun dia dapat memahami kesukaran Erma Fatima yang tidakpernah berputus asa untuk mendapatkan sokongan daripada semua pihakagar 'Antara...' tetap dipentaskan.
"Saya cukup kagum dengan penggiat teater yang sanggup berkorban demimenghidupkan seni teater di Malaysia. Malah saya mendapat tahu,adakalanya bayaran yang mereka dapat tidak setimpal dengan usaha yangmereka lakukan.
"Namun atas nama minat dan tanggungjawab, mereka bersatu padu danberkorban menjalani sesi latihan yang ketat agar segalanya berjalanseperti yang dirancang," ujarnya yang menyanyikan lagu "Tahajjud Cinta"dan "Pintu Rindu" dalam teater tersebut.
Oleh sebab itu, pelakon filem 'Maria Mariana' ini berharap agar pihakmedia dan penonton memberikan sokongan kepada 'Antara...' yang muladipentaskan pada 26 hingga 28 Februari.
Selain Ziana, penyanyi-penyanyi popular yang terlibat dalam pementasan'Antara...' ialah Jamal Abdillah, Hattan, Iqwal, Wana serta Azlan &The Typewriter.
Komen penyanyi lain yang terlibat dalam 'Antara...':
Hattan
Apabila saya melibatkan diri dalam teater ini, ia bukanlah kerana duitsemata-mata. Tetapi atas dasar rasa tanggungjawab untuk menyampaikanmesej yang baik kepada seluruh masyarakat. Jadi saya berharap agarsemua peminat memberikan sokongan kepada teater ini kerana saya percayamereka yang menontonnya pasti akan mendapat sesuatu yang berguna buatdiri mereka.
Jamal Abdillah
Saya sungguh bersyukur kerana dapat sekali lagi bekerjasama dengan ErmaFatima. Saya juga bersyukur kerana Allah memberikan saya suara untukterus memberikan kenikmatan kepada penonton yang menyaksikan teaterini. Teater ini sangat bagus dan sarat dengan mesej yang berguna.Impian saya cuma satu iaitu mahu melihat 'Antara...' mendapat sambutanyang menggalakkan daripada masyarakat kita.
Azlan & The Typewriter
Saya tidak tahu nak cakap apa, tetapi apa yang pasti 'Antara...' sangatbagus di tonton dan saya berharap agar semua peminat memberikansokongan kepada 'Antara...' Saya juga bersyukur kerana dapat sama-samamelibatkan diri dalam teater ini kerana pada saya ini adalah satupengalaman baru yang sangat berharga.
|
|