suara pompuan semua type suara pop melayu gituhh..ok larr....yg laki mamat tembab tuh sedap suara dieee.....shahir plak macam tak suka jer ngan suara dieeyg lain biase jerrr...
Maulana Anak S Mariam, Saudara Haziq?10-Mar-2010 | Oleh: Murai Batu
KL, 10 MAC 2010: Sebelum ini, Murai Batu adamemberi bayangan bahawa salah seorang pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8)adalah rakan baik kepada seorang bintang AF. Dalam tekaan tersebut,tekaan hanya tepat pada bintang AF yang lahir dari musim yang ke-4 saja.
Namun,bintang AF4 tersebut bukanlah Salima AF. Maka, individu yangdimaksudkan menjadi pelajar AF8 juga bukanlah Afif si kekasih Salima.
Bagimenyelesaikan teka-teki tersebut, pelajar yang dimaksudkan adalahMaulana yang berasal dari selatan semenanjung. Manakala bintang AF4yang dimaksudkan pula adalah Haziq yang masih lagi diingati gayatangannya yang menggigil sewaktu menyanyi.
Murai Batudifahamkan, sewaktu Maulana menghadiri uji bakat AF8 di StadiumNasional, Bukit Jalil pada Sabtu 30 Januari lalu, Haziq adalah orangyang membawanya ke lokasi.
Malah, Murai Batu dapat tahu,Haziq sanggup menunggu Maulana sehingga rakan karibnya itu habis ujibakat. Nampaknya, pengorbanan kawan menunggu berbaloi kerana Maulanaakhirnya tersenarai sebagai pelajar AF8.
Dalam pada itu, MuraiBatu turut diberitahu bahawa Maulana ini juga bukanlah calang-calangorangnya. Jejaka berbadan tegap ini dikhabarkan terlalu fanatik dengandrama-drama Korea seperti I Am Sam.
Ada sumber turutmemberitahu Maulana sering menonjolkan fesyen dari Korea sekiranya diapergi bersiar-siar atau lepak bersama kawan. Lebih menarik, Maulana inimempunyai darah seni yang mana dia adalah anak kepada penyanyi veteraniaitu S Mariam.
Mungkin ramai yang kurang kenal dengan S Mariam.Namun, S Mariam adalah antara penyanyi era 60-an yang popular denganlagu Hilang Kekasih dan Hasrat Hati. Malah, S Mariam juga pernahberganding dengan kumpulan The Rythm Boys menerusi lagu A Go Go 67.
Mungkinkahbakat Maulana sehebat ibunya S Mariam? Dan, adakah Haziq pula banyakmengajar Maulan selok-belok menjadi pelajar AF. Kita tunggu dan lihatsaja.
MURAI BATU: Ada pelajar AF8 sudah perasan bagus. Siapa tu?