|
Semakin pening pilih protege
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
2010/03/25
ZIANA bersama lima peserta yang dipanggil semula untuk uji bakat.
Ziana adakan semula uji bakat pilih peserta yang layak ke Mentor musim keempat
OLEH kerana sukar membuat pilihan siapa yang layak menjadiprotegenya, penyanyi Ziana Zain mengadakan semula uji bakat bersamalima peserta yang disenarai pendek dari lebih 300 yang hadir ke ujibakatnya beberapa minggu sudah. Lima peserta yang dipanggil sekali lagi Jumaat lalu ialah FifyEmielia Shazlin Ahmad Nurshaidi, 20; Nur Azreen Rahim, 25; Nor FazrahBahari, 23; Ketty Natalia Rasul, 23 dan Syaifaana Mohamed Subri, 24,kerana mereka dilihat antara yang berpotensi untuk bergelar protegenya.Walaupun sudah disenarai pendek, sesi uji bakat itu tidak berlangsunglancar kerana Ziana sekali lagi menghadapi kesukaran memilih seorangyang terbaik. Dia yang dibantu komposer Ajai dan pengurusnya LisaAryanti pada sesi itu sekali lagi menghadapi kesukaran untuk memilihseorang daripada dua yang dirasakan penyanyi itu sebagai terbaik.
Oleh kerana masih lagi sukar membuat pilihan, Ziana terpaksamenonton kembali nyanyian dua peserta yang terbaik untuk membuatpenilaian akhir. Ziana sukar melepaskan salah seorang daripada duapeserta itu kerana mereka masing-masing mempunyai kelebihan dankekurangan tersendiri.
Penyanyi itu bagaimanapun menafikan cerewet sehingga mengadakan ujibakat sebanyak dua kali, namun Ziana mempunyai alasan tersendiri kenapaberbuat demikian. Sebagai seorang penyanyi yang mempunyai pengalamanluas dalam bidang nyanyian, dia tidak mahu pengalamannya dikongsikankepada orang yang tidak sewajarnya.
“Saya mahu mencari yang terbaik supaya hasilnya nanti memuaskan.Saya buat begini kerana saya mahu memuaskan hati sendiri.Sekurang-kurangnya saya berkongsi pengalaman dalam bidang nyanyian padaorang yang sepatutnya.
“Ketika sesi uji bakat yang pertama tempoh hari, bukan tiadapeserta yang bagus. Bagaimanapun ketika itu saya belum berjumpa denganpeserta yang mampu membuatkan saya kagum.
“Saya mahukan protege yang versatil. Kita bagi apa pun dia mampubuat, iaitu protege yang boleh menyanyikan semua jenis lagu tak kirabalada, irama Malaysia mahupun pop. Saya juga mahukan seorang protegeyang mudah dibentuk dan tidak besar kepala,” katanya yang sudahbersedia mendidik pelapisnya.
Selain mencari peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian untukmenyertai Mentor 4, penyanyi ini turut mencari peserta yang mempunyairupa paras.
Katanya, dia harus berbuat demikian kerana masyarakat kita kataZiana masih lagi mementingkan rupa paras walaupun mereka mengakui sudahberfikiran terbuka.
“Masyarakat negara kita sebenarnya masih lagi menilai selebritiberdasarkan rupa paras, walaupun mereka mengatakan tidak lagi bersikapsebegitu.
“Oleh sebab itu, saya harus memilih protega yang sekurang-kurangnyamempunyai sedikit rupa paras yang boleh memikat orang,” katanya yangbersedia menghadapi segala kritikan yang bakal dilemparkan terhadapnyaselaku mentor.
Penyanyi itu berkata, dia menerima tawaran TV3 kerana sudahbersedia berkongsi ilmu walaupun mengakui dirinya sendiri masih dalamproses pembelajaran.
Ziana juga berkata, seboleh mungkin dia mahu menjadi mentor yangboleh bertolak ansur kerana tidak mahu membuatkan protegenya tertekan.
Namun protege yang akan bersama dengannya perlu tahu bila waktumereka perlu bekerja dan bila pula waktu untuk bermain. Ziana jugamemberitahu dia mencari protege yang ingin menjadikan bidang nyanyiansebagai satu tanggungjawab bukan sekadar hobi semata-mata. |
|