View: 3846|Reply: 10
|
Nano Tech Discussion...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 2-4-2010 09:08
skarang nie banyak sesangat barangan yg menggunakan nanotehnology kat pasaran... ada yg jual air pakai nano technology, makanan nano technology, baju pompuan nano technology n mcm2 lagi.. nano technology tu amende sebenarnya? mengikut kefahaman aku, nano technology tu adalah pembangunan/penciptaan bahan diperingat molecule.
so, bila org2 mlm nie bagi penerangan aku jadi confused.. mcm confident je diorg.. is it possible pada tahun 2010 nie bahan yg dicalimed as menggunakan nanotechnology produced in masses?
setau aku, microchip pakai few molecules tu pun masih peringkat experiment lagi n menelan belanja berjuta2.
mintak pandangan korang.. tq. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hee..bgus2..pnah terpikir tp tak pnah plak nk tnye..bgus ni..cpat jwp sape salesman or girl yug suka benor guna ayat ni..aku sllu hurm..hurm..blah trus...hee |
|
|
|
|
|
|
|
tmbhn sedikit dr wikipedia..
Nanoteknologi ialah satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Pada
dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa
semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan
bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadilut sinar (tembaga); bahan-bahan
yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); danpenebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-
kejayaan cemerlang dalam nanoteknologi telah menghasilkan alat-alat solek dan losen-loesen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar
kalis air. Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
- satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
- dua dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
- tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Ringkas
Nanoteknologi melangkaui lewat abad ke-19 apabila sains koloid mula-mula berakar umbi. Walaupun tidak dirujuk sebagai "nanoteknologi" ketika itu, teknik-teknik yang sama masih diterimaguna pada hari ini untuk mensintesiskan banyak daripada bahan-bahan pada saiz nanometer.
Sebutan pertama bagi sesetengah konsep nanoteknologi (tetapi sebelum penggunaan nama itu) adalah dalam "Masih Terdapat Banyak Ruang di Bawah" ("There's Plenty of Room at the Bottom)", sebuah ceramah yang disampaikan oleh ahli fizik Richard Feynman kepada Persatuan Fizikal Amerika di Caltech pada 29 Disember 1959.
Istilah "nanoteknologi" ditakrifkan buat pertama kali oleh Norio Taniguchi, Profesor Universiti Sains Tokyo, pada tahun 1974 dalam kertas kerjanya, "Mengenai Konsep Asas 'Nanoteknologi'," sebagai berikut: "'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."
Pada dekad 1980-an, idea asas untuk takrif ini diperiksa dengan teliti oleh Dr. Eric Drexler. Beliau mempromosikan keertian teknologi untuk fenomena-fenomena dan peranti-peranti skala nano melalui ucapan-ucapan dan buku-bukunya, "Enjin-enjin Penciptaan: Era Nanoteknologi Yang Akan Datang" (Engines of Creation: The Coming Era of Nanotechnology) dan "Sistem-sistem Nano: Jentera Molekul, Pengilangan dan Pengiraan" (Nanosystems: Molecular Machinery, Manufacturing, and Computation, ISBN 0-471-57518-6) dan disebabkan beliau, istilah itu memperoleh maksud kini.
Nanoteknologi dan nanosains bermula pada awal 1980-an dengan dimajukan dua perkara: kelahiran sains kelompok dan penciptaan mikroskop penerowongan imbasan (scanning tunneling microscope - STM). Kemajuan ini mendorong kepada penemuan fuleren pada 1986 dan nanotiub karbon beberapa tahun kemudian. Mikroskop daya atom dan mikroskop terowong imbasanmerupakan dua versi pertama pengesan yang memperkenalkan nanoteknologi.
Teknologi kini menggunakan istilah 'nano' tidak terlalu berkaitan dan agak jauh dengan matlamat teknologi perubahan dan istimewa bagi cadangan pengilangan molekul, tetapi istilah tersebut sering membawa kepada idea tersebut. Maka, mungkin berbahaya yang "buih nano" akan terbentuk daripada penggunaan istilah tersebut oleh para saintis dan usahawan untuk mendapatkan keuntungan, tanpa menghiraukan (dan mungkin kurang) minat dalam kemungkinan perubahan kerja yang lebih kelihatan berwawasan tinggi dan jauh.
Peralihan sokongan yang berasaskan janji cadangan seperti pengilangan molekul untuk projek yang lebih biasa juga mungkin akan menimbulkan pandangan sinis yang tidak wajar terhadap matlamat paling hebat tersebut: seorang pelabur yang tertarik oleh pengilangan molekul yang melabur dalam 'nano' hanya untuk mendapatkan yang sains bahan tipikal memperolehkan keputusan yang mungkin menyimpulkan yang semua idea tersebut hanyalah satu gembar-gembur, tidak mampu untuk menghargainya yang semua ini boleh dimungkinkan dengan kekaburan istilah itu. Dalam kata lain, sesetengah telah berbalah yang publisiti dan kecekapan dalam bidang yang berkaitan yang dijanakan oleh bantuan seperti projek 'nano ringan' adalah berharga, walaupun tidak langsung, dalam kemajuan kepada matlamat nanoteknologi.
Nanoteknologi merupakan bidang kesimpulan yang didokumenkan dalam monograf nota kaki "Gembar-gembur Nano: Kebenaran di Sebalik Desas-desus Teknologi Nano" (Nano-Hype: The Truth Behind the Nanotechnology Buzz). Kajian yang telah diterbitkan tersebut (dengan kata-kata oleh Mihail Roco, ketua NNI) menyimpulkan yang apa yang dijual sebagai "nanoteknologi" merupakan sebuah penyusunan semula sains bahan, yang membawa kepada "industri nanotek yang dibina hanya berasaskan penjualan tiub nano, wayar nano dan yang sepertinya" yang akan "berakhir dengan beberapa pembekal menjual barangan sampingan dengan jumlah yang banyak."
Bahan yang bertambah secara nanoteknologi akan mengurangkan berat dan diikuti dengan bertambahnya kestabilan dan kegunaan.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
- risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
- risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
- risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
teknologi nano sekarang belum cukup advance lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada grop makcik2 dtg rumah promote baju harga beribu.. katanya baju special berteknologi nano mengeluarkan infrared...
cara mengesan infrared. since infrared x nampak ngan mata kasar...
1. ambik remote tv/astro
2. on kan camera, camera hp pun bleh
3. halakan camera tu kat led remote tu n tekan button remote
4. imej led kat dlm camera/hp akan flashing.. tapi x nampak kat mata kasar.
bila test kat baju nano tech tu x de apa2 effect pun... |
|
|
|
|
|
|
|
nano mengeluarkan infrared cam lawak jer aku dgr..
kalo baju tu berteknologi nano, hari ni boleh jadi t shirt, besok jadi kemeja..
KITT dalam knight rider ada nano guard.. |
|
|
|
|
|
|
|
yerlah nak buat mcm mana kan.. diorg yg lebih lama makan garam (katanya)... everyweek ada business class/talk (MLM) belajar pasal latest technology (err.. diorg ckp). tu blum citer bab commission satay n pyramid lagi..
aku buat programming sket2 tu bleh aa.. bila google pasal product2 nano diorg nie, banyak pada malaysia n china/taiwan.. detailed technology documentation/whitepapers from europe n japan mcm x de aa pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni, barangan runcit yg pakai teknologi nano yg betul2 punya hanyalah gula2 nano...hahaha
jangan percaya sangat kat salesman ni...kekadang tu, micro ngan nano pun tertukar, dok bercerita pasal nano...diorang cuma cut & paste apa yg bos diorang citer tanpa betul2 memahami perkara tu...apatah lagi untuk kaji balik... |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni, barangan runcit yg pakai teknologi nano yg betul2 punya hanyalah gula2 nano...hahaha
jangan percaya sangat kat salesman ni...kekadang tu, micro ngan nano pun tertukar, dok bercerita pasal nano...diorang cuma cut & paste apa yg bos diorang citer tanpa betul2 memahami perkara tu...apatah lagi untuk kaji balik...
ada lagi sekarang?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|