CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74042|Reply: 518

update: tuanku muhammad faris petra - Sultan Muhammad V!!

  [Copy link]
Post time 18-5-2010 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 22-9-2010 15:58

Selasa Mei 18, 2010
Tengku Muhammad Faris Bakal Dimasyhur Sebagai Sultan Kelantan?

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.

Bagaimanapun pihak Istana Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri serta enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus berkenaan.

Malah beliau turut menyatakan tidak layak untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan kerana hanya bertugas sebagai pegawai kerajaan.

"Saya tidak tahu (pertabalan sultan), saya tak layak komen tentang perkara ini... saya hanya pegawai sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa tulisan di blog-blog yang mengatakan Pemangku Raja akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dalam masa terdekat.

Blog-blog berkenaan juga mengatakan dengan pertabalan Tengku Muhammad Faris, ia akan menamatkan krisis Istana Kelantan yang berlanjutan sehingga hampir setahun sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering.

Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 14 Mei tahun lalu berikutan serangan jantung.

Seiiring dengan itu, Tengku Muhammad Faris dilantik sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lalu.





aku rasa dah tiba masanyer bagi ku yeh ni jadik sultan kelantan.... sultan pung tengah sakit tak leh nak buat aper aper.... bagi ajer anak dia jadik..... buat tadbir kelantan tu..... kalu dah dimasyhurkan .... mungkin tadak ler lagik krisis ke hulu... krisis ke hilir kat kelantan sana   hah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2010 10:35 PM | Show all posts
tunggu n lihat jela...pegawai istana pon xmau komen
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:36 PM | Show all posts
bole ka pemangku diangkat jadi sultan tatkala al-sultan yg ada msih idup?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:39 PM | Show all posts
x kesah sapa2 pun jd soltan...xde kesan secara langsung
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:51 PM | Show all posts
bole ka pemangku diangkat jadi sultan tatkala al-sultan yg ada msih idup?
PEPPERMAN Post at 18-5-2010 22:36


boleh aje....undang2 tubuh kerajaan negeri ada..tapi aku tak tau seksyen mana...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 10:51 PM | Show all posts
adat istiada permasyhuran sultan kat kelantan mcm mana kekdahnyer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2010 10:52 PM | Show all posts
demo loni xserupo mulo
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:48 PM | Show all posts
kalau sultan dah diluar kemampuan utk menjalankan tugas... mungkin perlu ade pengganti bg memastikan segala hal ehwal agama dan adat istiadat serta hal ehwal dewan undangan negeri dapat berjalan lancar..

ini penting bg memastikan keberkesanan utk pihak kerajaan negerti terutamanya utk berfungsi sbg kerajaan yang berkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 12:19 AM | Show all posts
klu da sultn sedia ada nk jln pon x leh cmne nk tadbir negeri..bg je kt pemangku sultan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 06:50 AM | Show all posts
Reply 8# carihairil


aku rasa dalam kes Kelate, kalo al-sultan tak mampu, permaisuri boleh menjalankan tanggung jawab
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 06:53 AM | Show all posts
Pegawai istana kini kritikal, Pemangku Raja sumbang RM100,000

KOTA BHARU 18 Mei - Pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd. 50, yang cedera parah akibat ditembak semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Palekbang, Tumpat hampir dua minggu lalu, kini berada dalam keadaan kritikal.

Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, ia disebabkan jangkitan kuman terhadap beberapa organ penting seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang mangsa.

Menurutnya, pakar-pakar perubatan memaklumkan mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan tahap keselamatan Ramli kembali stabil setelah kritikal sejak dua hari lalu.

"Ramli yang tidak sedarkan diri, kini dibantu oleh alat bantuan sokongan tetapi saya amat kagum dengan kemudahan di hospital ini yang setanding dengan hospital-hospital di Kuala Lumpur.

"Pakar-pakar sedang mencari jalan untuk memulihkannya selepas jangkitan kuman di organ pentingnya memberikan kesan yang amat teruk," katanya kepada pemberita selepas melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Abdul Halim turut menyampaikan sumbangan peribadi Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebanyak RM100,000 kepada isteri Ramli, Maznah Mustafa.

Pada 5 Mei lalu, sepasukan pakar perubatan telah mengeluarkan peluru pada badan Ramli yang ditembak lima hari sebelum itu.

Tiga hari kemudian Ramli telah menunjukkan perubahan dengan memberikan tindak balas dan keadaannya semakin stabil.

Pesara tentera itu juga sudah mampu menggerakkan mata dan tangannya apabila ditanya ahli keluarga mengenai keadaan dirinya ketika itu.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, Tengku Muhammad Faris amat mengambil berat terhadap perkembangan Ramli sejak dimasukkan ke ICU.

"Saya dan pegawai-pegawai Pejabat Sultan Kelantan telah dititah untuk melawat Ramli dan berjumpa dengan keluarga beliau.

"Pemangku Raja memang mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa, malam tadi saya melaporkan perkembangan terkini kepada tuanku dan baginda memberi sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 serta berharap keluarga Ramli bersabar," katanya.

Tambahnya, Tengku Muhammad Faris berharap pihak polis dapat menyiasat dan menyelesaikan kes tersebut dengan segera mengikut undang-undang.

Sementara itu, Maznah berkata, beliau tidak meninggalkan suaminya sejak dia berada di wad tersebut dan sentiasa membacakan surah Yasin di sisinya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja kerana memberikan sumbangan dan amat prihatin dengan nasib yang menimpa suami saya," katanya.

**harap yg buat angkara durjana nie ditangkap dan dapat pembalasan setimpal!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 06:57 AM | Show all posts
Hal2 sultan nie aku s berapa nak faham...sebab aku bukan sultan ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 09:21 AM | Show all posts
x kesah sapa2 pun jd soltan...xde kesan secara langsung
TanSriJess Post at 18-5-2010 22:39



aku dah agak dah. TS Jess punye komen mesti camni punye
aku pong x kisah sapa nak jd sultan
sbb tak effect KPI balanced scorecard aku pung utk thn 2010 nih
x memberi kesan pun pd bonus, gaji dan esos aku
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:35 PM | Show all posts
Reply 1# amazed

amazed...ni ikhlas aku tegur kau....
thread dgn tajuk ni sepatutnya ko tk buka.....pegawai istana pun x mau ulas jd isu ni tk sesuai jd tajuk thread......sgt tk sopan kita bincang  terbuka.......
hormatilah PRK & adik2 nya yg sdg dukacita krn ayahanda derang masih gering.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:38 PM | Show all posts
tunggu n lihat jela...pegawai istana pon xmau komen
chewan Post at 18-5-2010 22:35



tau pun......jd jgn lak korang memandai nk bahas hal ni.....diam je la.....wait n see......lagik baik dr rumors.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply  carihairil


aku rasa dalam kes Kelate, kalo al-sultan tak mampu, permaisuri boleh menjal ...
PEPPERMAN Post at 19-5-2010 06:50


cantik ko punye pengetahuan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 02:48 PM | Show all posts
bole ka pemangku diangkat jadi sultan tatkala al-sultan yg ada msih idup?
PEPPERMAN Post at 18-5-2010 22:36

Boleh berdasarkan perlembagaan negeri.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:54 PM | Show all posts
Ari ni baru 19/5....ader 5 days lagik...macam2 boleh jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 02:58 PM | Show all posts
Reply  amazed

amazed...ni ikhlas aku tegur kau....
thread dgn tajuk ni sepatutnya ko tk buka... ...
gasing_pakoh Post at 19-5-2010 14:35


Ada betulnya kata gasing...

Thread ni pasal isu yg belum sahih, hearsay aka fitnah yg dikutip dari blog2....

Kalau nak letak RA utk sementara pun elok jugak...

Dah confirm nanti bolehlah open balik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:00 PM | Show all posts
PRK kena pakai bullet proof vest 24 jam utk 4-5 hari yg akan datang....

bodyguard dia pun dah meninggal ari ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.080147 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list