View: 146481|Reply: 2506
|
/ Presidential Suite 5 / CHE AHMAD SHAHIR hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 29-5-2010 19:14
warning: sila post setelah suite lama cukup 100 pages...
ps. on the move neh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 31-5-2010 00:16
Fasa Shahir
Oleh MURSHID EUNOS
[email protected]
2010/05/30
SHAHIR...usaha kerasnya membuahkan hasil berbaloi.
STATUS juara program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 8 bukan lagi igauan. Malah Ahmad Shahir Zawawi menyifatkan sandaran itu bagai mati hidup semula selepas namanya pernah tersingkir di minggu ketujuh daripada gelanggang pencarian seni nyanyian itu.
Ketika bercakap dengan Selebriti, Selasa lalu, lelaki berusia 22 tahun ini mengakui masih terkejut dan menganggap usahanya selama ini untuk menjadi seorang penghibur akhirnya terbalas.
saya sememangnya tidak menyangka untuk memegang gelaran ini apatah lagi selepas nama saya pernah tercicir. Namun benarlah kata orang, kalau sudah rezeki, ia tidak ke mana-mana. Saya hanya memandang kemenangan ini sebagai satu cenderahati buat diri sendiri selepas bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan mingguan.
namun apa yang menarik untuk saya kongsi adalah pengalaman dan perasaan saya sepanjang minggu kesembilan yang mana saya diserap semula ke akademi. Jujurnya saya rasa bersalah, segan dan tertekan kerana peluang yang diberi itu bagaikan satu beban yang sangat berat untuk saya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Saya takut jika gagal mempersembahkan apa yang patut saya berikan kepada pengundi yang tidak pernah jemu menyokong saya selama ini.
rasa segan dan bersalah yang penuh menyelubungi itu, saya simpul menjadi semangat buat diri bagi memberikan sesuatu yang melangkaui kemampuan saya selama ini. Alhamdulillah usaha dan komitmen saya itu berbaloi akhirnya. Apa yang lebih menambah keyakinan saya apabila dua lagu yang saya nyanyikan benar-benar menyentuh selera peribadi terutamanya lagu baru ciptaan Edry Abdul Halim iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang punya kekuatan tersendiri baik dari aspek lirik dan susunan muziknya,?katanya.
Bintang yang menjadikan penyanyi tersohor, M Nasir dan Jamal Abdillah sebagai inspirasi dan paksi ilhamnya ini berjaya memikat jutaan penonton pada malam Sabtu lalu dengan turut menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku.
Mengakui pilihan muziknya iaitu pop rock dan balada lebih mesra masyarakat hingga mampu mengangkatnya sebagai juara AF, Shahir mengharapkan keajaiban akan terus mengiringinya hingga berjaya memiliki album solonya sendiri satu masa nanti. Setakat ini, pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan Pengetua AF8, Norman Abdul Halim yang mengetuai empayar perniagaan kumpulan KRU sudah pun melancarkan kompilasi album bintang AF8 yang turut memuatkan single Shahir itu.
Peluang berada di kelompok bintang AF ini sudah cukup memberinya satu jalan pantas ke industri hiburan. Malah Shahir yang sememangnya memasang angan bergelar penyanyi sejak di bangku sekolah lagi menyifatkan sokongan yang diterima terutamanya di malam akhir itu hanya sebagai satu pembakar semangat dan tidak sekali membuai fasa populariti dalam sekelip mata itu.
saya sedar akan impak daripada program AF kerana sebelum ini saya sendiri adalah salah seorang daripada pengikut setianya. Justeru saya sudah faham dan boleh membaca sendiri tahap populariti yang pasti melekat pada setiap peserta. Fasa itu hanya bersifat sementara sekiranya usaha dan disiplin tidak bergerak seiring.
saya tidak mahu populariti yang datang melimpah hari ini terus melalaikan saya sebaliknya saya sudah menyediakan perisai sendiri bagi memastikan laluan saya mengecapi status penyanyi berkualiti itu tidak terkambus begitu saja. Hadirnya saya melalui AF adalah ikhlas bagi menjadi seorang penyanyi yang mampu memberikan seribu kematangan dan kerjaya yang baik,?katanya.
Memandang jauh ke hadapan, Shahir masih lagi menanti aturan perjalanan kerjayanya selepas ini daripada pihak AESB. Meskipun mengakui ada kata-kata yang membuka laluan kepadanya menjadi pelakon dan cabang seni lain, Shahir tetap dengan pendiriannya untuk membina nama sebagai penyanyi dulu bagi menguatkan jenamanya yang masih hijau.
saya hanya ingin menguatkan lagi kemampuan saya dalam nyanyian. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki terutamanya dari aspek vokal dan persembahan untuk tampak sempurna seperti penyanyi popular lain. insya-Allah jika diberi peluang, saya ingin memastikan kerjaya saya sebagai penyanyi akan terus berkembang dengan menyuntik kelainan dalam gerak persembahan. Saya tidak mahu kelihatan seperti artis sedia ada kerana risau peminat akan jemu. Apa yang penting saya perlu fokus dan tidak mencampur-adukkan dengan soal lain,?katanya.
Relevan atau tidak, AF masih lagi menjadi pilihan ramai penonton setiap kali ditayangkan meskipun sudah lapan tahun menghiasi skrin televisyen. Walaupun ramai yang menyelar program realiti itu bagai hilang sengatnya, namun tatkala nama Shahir dijulang menjadi juara, pesona dan perhatian masih diberikan kepadanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 1-6-2010 00:30
DIariku Shahir di Astro Ria
May 31st, 2010
Astro RIA kongsi perkembangan Shahir selepas kemenangan AF8
Selepas menepati ramalan ramai apabila muncul juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) pada pertandingan akhir program realiti televisyen nombor satu negara di Bukit Jalil baru-baru ini, kehidupan Shahir ternyata telah mengenjak ke satu tahap yang lebih tinggi apabila beliau mula memasuki fasa baru dalam kehidupannya iaitu dunia hiburan tempatan.
Astro RIA (saluran 104) dengan bangganya meneruskan inisiatif untuk memberikan hiburan untuk seisi keluarga dengan membawakan sebuah lagi program yang bakal membawa para peminat Shahir mengikuti perkembangan terbaru dan perjalanan Juara AF8 Shahir; bermula dengan kemenangannya sehingga merealisasikan satu tujuan, satu harapan dan satu destinasi menjadi realiti melalui program Diariku匰hahir yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010.
Menurut Pengurus Saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi, 揝ebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga terhadap para peminat Shahir yang telah memberi sokongan padu sehingga membawa kepada kemenangannya, kami membawakan sebuah program yang akan terus mendekatkan peminat dengan Shahir walaupun selepas program Akademi Fantasia berakhir.
Diariku匰hahir yang akan bersiaran selama 30 minit sebanyak lapan episode akan memberi fokus kepada perjalanan sulung Shahir selepas bergelar juara terutamanya semasa proses rakaman album dan lagu singlenya.
Pelbagai gelagat dapat dilihat terutamanya tentang semangat dan kesungguhannya dalam bergelar seorang artis.擺/color]
Diariku匰hahir juga bakal melihat Shahir dibimbing oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan kerenah dunia hiburan pada setiap episod. Di antara bidang-bidang yang diberikan fokus untuk membimbing Shahir ialah semasa latihan persembahan, berhadapan dengan peminat, temubual dengan media, pengurusan masa, penampilan dan fesyen, keupayaan untuk berbicara dengan khalayak ramai, promosi album dan tarian dalam persembahan.
Bukan itu sahaja, Diariku匰hahir juga bakal melihat Shahir mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dicuba sebelum dia menceburi dunia hiburan seperti menerbakan pesawat ringan.
Para peminat Shahir juga berpeluang untuk melihat Shahir mencipta sebuah lagu istimewa yang memberi makna istiemwa dalam hidupnya.
Jangan lupa untuk saksikan perkembangan terbaru Shahir melalui Diariku匰hahir pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 6 Jun 2010, hanya di Astro RIA.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok dah page 100...mana suis nak bukak lampu ijau kat umah ni?..kiikikikik |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kakJAHku at 31-5-2010 01:02
HARAP SHAHIR INGAT
PESAN ABG2 SAUJANA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Jgnlah hilang kesucian di wajah nya...dek krn debu dunia yg kotor,
jgnlah hilang keimanan di jiwa nya krn leka dgn nikmat dunia,
jgn lah hilang senyum di bibirnya, krn cacian yg menyakitkan....
kekal kan kerendahan hatinya begitu....dan selamanya begitu...
sejak dr rahim ibunya..hingga ke akhir hayatnya... andai ini jlnMU ......utknya....
bimbinglah dia YaAllah...krn kami menyayanginya
from:saujana.net.my
|
|
|
|
|
|
|
|
hoi hoi hoi.... |
|
|
|
|
|
|
|
nk book utk gmbr2 shahir jgk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni book utk video2 shahir |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum........ Moga kita bahagia, dan sejahter kat umah baru ni................... |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni plak utk gmbr2 teladan...(fanz amik gmbr pegang2 n peluk2 tgn shahir) |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni untuk artikel2 psl shahir
p/s:jgn marah ye seribulan... |
|
|
|
|
|
|
|
setelah letih merempit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|