CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8120|Reply: 37

Pinjaman TEKUN

[Copy link]
Post time 28-6-2010 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Maklumat yg diterima..kalau dah ada sila merged

Nak Beli No Plate Kereta Sampai RM66,550 Mampu, Nak Berniaga Barang Make Up Pinjam Tekun Oleh Satu Hala Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar balik dia rendah dan murah, nak tumpang ambik kesempatan jugak tu. Tekun tu biarlah untuk orang-orang Melayu yang baru nak merangkak dalam dunia perniagaan dan tidak ada duit yang banyak. Ini, orang macam Siti Nurhaliza dan suami yang boleh berbelanja beli jam ratus-ratus ribu, nombor plate puluh-puluh ribu pun ada hati nak mohon jugak. Memang parasit. Sekali lagi penulis hendak tanya, ada keperluan ke untuk orang-orang seperti ini memohon? Pengajaran di sini ialah kerajaan perlu tegas dalam memastikan dana Tekun yang semakin mengecut itu tidak disalurkan kepada  golongan peniaga atau individu yang sebenarnya berkemampuan. Jangan orang seperti Siti Nurhaliza ini pun hendak diberikan pinjaman jugak. Tak tercapailah matlamat Tekun kalau macam tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 10:07 AM | Show all posts
dalam hal ni... patut marah dato' siti ker.. atau marah TEKUN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 02:13 PM | Show all posts
ntahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 02:37 PM | Show all posts
kalau memenuhi syarat dan kelayakan why not
dah tentu dato siti  bole bayar balik pinjaman tekun tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 06:12 PM | Show all posts
memang tak patut tapi kena bijak guna peluang dan leverage.

meminjam adalah salah satu leverage dlm bisnes kan?

donald trump pun meminjam even dia mampu tanggung buat satu2 projek tu sendiri, kan?

itu juga dinamakan penguasaan. Ko ada cash 1 juta. Tapi ko layak meminjam 2 juta lagi. Why not guna peluang yg ada kan?

Life is unfair, so, get used to it.

Aku bukan nak backing Datuk K dgn CT, tapi setahu aku itulah standard cara org berjaya berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 07:20 PM | Show all posts
pada pendapat saya TEKUN yg salah, sebab kalau orang biasa tanpa kabel dekat setahun atau setahun lebih baru lulus. tapi rasenye Siti mesti cepatje lulus. dah tu dapat penuh lak tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 07:36 PM | Show all posts
Aku pinjam 50 ribu dapat 5 ribu.. tu pun lepas  setahun  tahun setengah apply..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:51 PM | Show all posts
sama cam aku aku mohon 10 ribu dpt 4ribu itu pun setelah setahun lebih memohon
mcm nak mampus baru leh dpt
agaknya dato siti mohon brp lama ekk blh dpt pinjaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 07:49 AM | Show all posts
salam...

Persoalan yg harus di jawab :

1)  adakah saudara/i tanya tekun siti buat loan tekun @ lihat kt laman sesawan je

2) apa perbezaan usahawan tekun dgn rakan niaga tekun.

3) baca dan faham syarat2 pinjaman tekun.


ini semua penting supaya kita tidah mudah melatah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:26 AM | Show all posts
Siti jadi rakan niaga tekun. tak pinjam pun sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 10:31 AM | Show all posts
ini nak cerita pasal siti ker pasal tekun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:21 PM | Show all posts
sebelum kita melatah. kena la selidik dulu.. xpasal2 kita dpt dosa free..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 02:29 PM | Show all posts
rakan niaga tekun tu ape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:02 PM | Show all posts
PROGRAM RAKAN NIAGA

Pengenalan
Program TEKUN Rakan Niaga merupakan kerjasama strategik di antara TEKUN Nasional dengan syarikat yang kukuh (bona fide) dan berdaya maju dalam sesuatu bidang untuk berkongsi kejayaan bagi tujuan berikut:
(i)          Melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju;
(ii)          Mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada bakal-bakal usahawan melalui khidmat bimbingan dan sokongan;
(iii)          Membiayai usaha niaga yang berdaya maju;
(iv)         Memajukan lagi syarikat-syarikat rakan niaga yang menyertai program ini; dan
(v)         Mencapai sasaran dan matlamat TEKUN Nasional.


Melalui program ini, Syarikat Rakan Niaga akan :
(i)          Menyediakan konsep perniagaan termasuk khidmat nasihat / konsep / imej perniagaan / susun atur premis;
(ii)          Membekalkan produk / perkhidmatan / stok (untuk perniagaan);
(iii)          Membekalkan konsep projek / benih / bahan / peralatan/ infrastruktur (untuk pertanian / penternakan / pembuatan);
(iv)         Memilih usahawan yang berpotensi dan komited;
(v)         Melatih dan membimbing bakal usahawan;
(vi)         Menyediakan panduan dan manual / prosedur untuk menjalankan perniagaan;
(vii)         Memantau perkembangan perniagaan dan memperbaiki serta menasihat usahawan; dan
(viii)          Memberi bimbingan dan khidmat nasihat berterusan kepada usahawan.


Usahawan baru dan sedia ada yang ingin memohon pinjaman dibawah Program Rakan Niaga
Pinjaman kepada usahawan baru dan sedia ada untuk menjalankan perniagaan melalui berdasarkan usahasama pengusaha dan TEKUN Nasional secara berpakej.

Aktiviti
Perniagaan berpakej seperti produk kecantikan, makanan sejuk beku, pusat tuisyen dan lain-lain jenis perniagaan yang akan ditentukan:

Syarat Kelayakan Asas

    * Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
    * Mempunyai lesen perniagaan/ permit / daftar perniagaan yang sah.
    * Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan/projek
    * Satu pinjaman untuk satu isi rumah.
    * Tidak mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik
    * Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM20,000.00

Syarat Tambahan
Syarat-syarat tambahan bagi pinjaman TEKUN Rakan Niaga akan ditetapkan berdasarkan kepada MOU/perjanjian dengan pengusaha terlibat bagi sesuatu pakej pinjaman.

Jumlah Pinjaman
Pinjaman yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM50,000.00.

Tempoh Pinjaman dan Kaedah Bayaran Balik
Tempoh pinjaman adalah di antara 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran balik pinjaman akan dibuat sebulan sekali bergantung kepada persetujuan peminjam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:05 PM | Show all posts
Reply 14# rimbun08

tq for ur effort.i pun ade baca kat web TEKUN.tp alangkah bestnye kalau ade kwn2 forum ni yg ade first hand information
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 11:03 AM | Show all posts
smlm baru je pi pej TEKUN..skrg kalau nk pinjam amik masa 4-5bln utk tau lulus atau tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2010 12:48 PM | Show all posts
bukan 4 hinga 5 bulan...  setahun lebih kak oii.. tu onn paper jer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 12:49 PM | Show all posts
saya pun kerja bahagian customer service.. janji2 tu untuk convince kan hati peminjam je... kalau tak peminjam banyak tanya macam2.. jawapan utk selamatkan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 07:09 PM | Show all posts
omg...terpaksa la pinjam dgn bank kalo begitu...hmmm!!

http://[email protected]/
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 08:13 PM | Show all posts
Maklumat yg diterima..kalau dah ada sila merged

Nak Beli No Plate Kereta Sampai RM66,550 Mampu, N ...
norbaya Post at 28-6-2010 09:50



    Yang peliknya kenapa diluluskan..x kan x tahu siapa mereka..salah pihak TEKUN jugak la...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.091890 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list