Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-11-2010 13:26
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein baru sahaja selesai merakamkan tiga lagu tema untuk drama bersiri ‘Ulik Mayang’ yang akan bersiaran di Slot Lagenda, TV3 dalam sedikit masa lagi.
“Malam kelmarin, Elly telah rakamkan tiga lagu untuk drama bersiri itu. Bukan lagu baru tetapi semuanya lagu lama iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”. Bermula esok, Elly akan ke Terengganu selama sebulan untuk penggambaran drama ini. Elly memegang watak utama sebagai Puteri Mayang Sari,” cerita Elly
tak sabar nak tengok elly berlakon huhu dah lama dia tak keluar tv. tapi apsal elly takde berlakon slot samarinda yang malam tu ek asyik slot akasia dn lagenda jer ..