CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6683|Reply: 31

Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang

[Copy link]
Post time 14-8-2010 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fauziahmad at 14-8-2010 07:29

80 peratus anak muda Islam negara ini tak sembahyang. Ini merupakan peratusan yang banyak. Punca utama gejala sosial dan jenayah ialah kerana terlalu ramai yang tak sembahyang.

Semalam13 ogos 2010 , 4 kes buang bayi di lapurkan. Itu yang lapor, kita tak tahu yang buang dalam hutan atau yang tak jumpa. Masalah sosial semakin parah.

Ekoran itu perbagailah cadangan di buat apabila masalah berlaku, bila tak berlaku atau media tak lapor, masing-masing menteri lena. Semalam Dato Sharizat kata nak hukum gantung sampai mati. Ya memang baik. Tetapi dato, adakah dato ajak anak muda kita solat. Dato cakap di pucuk tetapi masalah di akar amat parah. Masalah di bawah parah dan bernanah.

Kita kena fokus masalah ini. Kita kena wujud suasana keagamaan dalam jiwa anak muda Islam. Jangan biar mereka masuk neraka. Perdana Menteri dan barisan menteri Islam, ajaklah anak muda sembahyang dan belajar agama. Dalam masjis apa sekali pun, ajaklah rakyat sembahyang.

Peruntukan 1 minit untuk ajak orang sembahyang, cukup memberi kesan besar kepada masyarakat

Buat secara menyeluruh, sebagai contok, kementerian penerangan boleh iklan di TV, bila rasmi majlis boleh selit ucapan ajak orang solat, iklan di media dan sebagainya.


http://cpintrass.com/blog/agama/ ... da-kita-solat/.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 08:15 AM | Show all posts
ade jgk orng sembahyang tapi maen betina, maen no ekor, fitnah sane sini, cmmne tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 09:02 AM | Show all posts
ade jgk orng sembahyang tapi maen betina, maen no ekor, fitnah sane sini, cmmne tu
AHMADVW Post at 14-8-2010 08:15



   depa kata takpe, yang penting tiang ugama telah dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:25 AM | Show all posts
ade jgk orng sembahyang tapi maen betina, maen no ekor, fitnah sane sini, cmmne tu
AHMADVW Post at 14-8-2010 08:15



    Kalau kita masih berterusan melakukan maksiat, bermakna solat yg kita lakukan selama ini, ialah solat yg tiada kualiti.

   Suka saya berkongsi artikel ini (credit to terjah.com)

Persoalannya, mengapa masih wujud juga umat Islam seawal usia balighhingga sempurna rukun usia tua masih rancak melakukan ketaksiran ataukemungkaran. Jangan kita sempitkan skop kemungkaran hanya pada aspekperlakuan sahaja. Kemungkaran dan keji itu kita mungkin dilakukanseseorang itu pada dirinya sendiri, kepada pihak kedua atau orangketiga secara lisan, perbuatan, sumbangan kewangan, idea yang akhirnyaakan mendatangkan dosa kepada dirinya atau mempromosikannya supayaorang lain juga bersama-sama menikmati dosa. Di mana silapnya ?Sedangkan semuanya bersolat tidak pernah tinggal.

Selayaknya solat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupanseseorang. Orang yang memelihara solat, kehidupannya dipenuhi dengankejayaan, keberkatan dan kebahagiaan. Solat juga mempunyai pelbagaikelebihan daripada aspek perubatan dan kesihatan antaranya, solat yangikhlas dan khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaandan menjadikan tubuh badan sihat serta cergas.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar tidak mendapat pakej yang telah dijanjikan itu. Di mana silapnya?

Berdasarkan neraca ilmu, pemerhatian dan penghayatan masyarakatsekeliling hampir 10 tahun, dapatlah disimpulkan bahawa terdapatbeberapa aspek perlu diperbaiki dan dibaikpulih sebelum pakej yangdijanjikan dalam surah al-Ankabut ayat 45 dapat diperolehi dan kesansampingannya dianugerah Allah SWT.

1. Solat Dirasanya Sah, rupanya Tidak Sah

1.1. Wuduk Yang Tidak Sah
- Cara mengambil wuduk yang tidakbetul ( tidak mendapat tunjuk cara yang betul dari guru yang haq).Apabila wuduk tidak sah, maka solat automatic tidak sah. Anak kuncisolat adalah wuduk yang sempurna. Oleh itu, jangan belajar secara teoridari buku, berjumpa dan berguru dengan ustaz yang haq.

1.2.  Rukun Solat Tidak Cukup
- Rukun Solat adalah 13perkara. Jika 1 daripadanya tidak dibuat secara sempurna maka solatnyaadalah sifar ( 13-1 = 0 bukannya 12). Kebanyakan umat Islam akan rosaksolatnya ketika Iktidal.

Bukan hanya dikalangan akar umbi, terdapat juga dikalangan ImamMasjid, Ustaz, Pensyarah Phd tidak terkecuali kantoi ketika Iktidal.

        Ketika solat terdapat 4 tempat yang perlu ada padanya THUMAKNINAH  iaitu:
        1.2.1 Rukuk Serta Thumakninah
        1.2.2 Iktidal Serta Thumakninah
        1.2.3 Sujud Serta Thumakninah
        1.2.4  Duduk antara 2 sujud serta thumakninah.

        Pengertian Thumakninah

Thumakninah asal maknanya tenang dan tetap tidak bergerak-geraktidak bergoncang-goncang dan tidak bergegar. Maksudnya di sini, iaitudiam selepas bergerak dan tetap anggota sekira-kira ada perengganantara bangun dan tunduk.
      
Thumakninah ini syarat bagi sah rukuk, iktidal, sujud dan duduk antaradua sujud. Sekiranya tidak ada thumakninah pada rukun-rukun itu,bererti Solatnya TIDAK SAH.
        
Oleh itu, berhati-hatilah ketika berdiri iktidal….JANGAN BERGERAK-GERAKTANGAN , JANGAN BERGOYANG-GOYANG TANGAN , TETAP TANGAN DISISI PAHA atauKIAM Seperti waktu membaca Fatihah sebelum rukuk. Yang penting janganBergerak.. sekurang-kurang sekadar UCAPAN SUBHANALLAH.

HENDAKLAH DIAM TETAP ANGGOTA macam ketika kawad dalam perbarisan.AWAS!!! Jangan sebab satu perkara rosak semuanya. Sia-sia ..penatsahaja amalan tidak diterima rupanya..RUGINYA.

Iktidal Serta Thumakninah

Soalan   :  Apakah yang dimaksudkan dengan iktidal?
Jawapan: Iaitu kembali kepada keadaan sebelum rukuk ; dengan carakembali berdiri betul bagi orang yang sembahyan berdiri dan kembaliduduk yang lurus bagi orang yang
sembahyang duduk.

Soalan  ;   Apakah yang dimaksudkan dengan Thumakninah pada iktidal?
Jawapan : Iaitu Tetap anggotanya seperti keadaan sebelum rukuk , jikakeadaan sebelum rukuknya itu berdiri , maka wajib tetap semula iaberdiri itu, dan jika keadaan sebelum rukuk itu duduk ,
maka wajib tetap semula ia duduk itu.

Bermula detik ini, tuan-puan yang berbahagia, boleh membuatpemerhatian, berapa ramai dikalangan umat Islam yang bersolat yangtidak sah ,gara-gara TIDAK BERTHUMAKNINAH KETIKA IKTIDAL, bangun darirukuk, tangan masih goyang-goyang sekali dua terus ke rukuk sujud.

1.3. Bacaan Fatihah Yang Tidak Sempurna WAKAF, WASHOL ATAU SAKHTAH.

Ketika membaca fatihah , kita digalakkan membaca secara wakaf satu ayatsatu ayat. Ertinya 7 kali wakaf atau berhenti kerana Nabi membacanyasecara wakaf. Tetapi MASALAHnya, ketika membaca ramai yang merasakandia membaca secara wakaf TETAPI sebenarnya dia membaca secara SAKHTAH ,seperti kita baca dalam surah Yassin pada mim marqhadina..sakhtah..haza…….maka tidaklah SAH BACAANNYA..tidak sahsolatnya.

Oleh itu, kita kena faham maksud bacaan secara wakaf. Apabila kitahendak membaca maka kita ambil nafas dan kita terus membacanya .
Contohnya begini.

1. [Ambil Nafas]  dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm (1) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

2. [Ambil Nafas baru ] dan baca alhamdulillaahi rabbil 'aalamiiiiiin.(2)     wakaf .[baki nafas dibuangkan]

3. [Ambil Nafas baru ]   dan baca  Arrahmaanirrahiiiiiimm(3)  wakaf .[baki nafas dibuangkan]
   
4. [Ambil Nafas baru ]   dan baca  Maalikiyau middhiiiiiinn.(4) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

5. [Ambil Nafas baru ] dan baca Iyyaakana'budu waiyyaakanasta'iiiiiinn.(5) wakaf .[baki nafas dibuangkan]

6. [Ambil Nafas baru ]   dan baca   Ihdinaoshirataol mustaqiiiiiimm.(6) wakaf .[baki nafas dibuangkan]
               
7. [Ambil Nafas baru ] dan baca Siratoallazi na an'amta'alaihim 'airilmaghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7) wakaf .[baki nafas dibuang)

Oleh yang demikian, jika kita baca tanpa wakaf dan membuang sisa bakiudara yang ada dan menyambungnya tanpa kaedah washol maka bacaan kitaSALAH .

Bagaimana cara nak washol , di sini saya hendak berkongsi satu kaedah wasol dan wakaf iaitu berhenti pada AKHIR ayat 1457.

KAEDAH WASHOL  DAN WAKAF PADA AYAT 1457.

1. [Ambil Nafas] dan baca Bismillaahirrahmaanirra hiiiiiimm (1)wakaf .[baki nafas dibuangkan] AKHIR AYAT 1

2. [Ambil Nafas] dan Baca [ alhamdulillaahi rabbil'aalamiiNARrahmaanirrahiiMIMAalikiyaumiddhiiiiiinn. wakaf .[bakinafasdibuangkan) a.yat 2+3+4 AKHIR AYAT 4
            
3. [Ambil Nafas baru ]   dan baca   Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iiiiiinn.(5) wakaf .[baki nafas dibuangkan] AKHIR AYAT 5
            
4. [Ambil Nafas baru ] dan baca Ihdinaoshirataol mustaqiiMASIratoallazina an'amta'alaihim 'airil maghdho bi'alaihim waladhoaaaaaliiiiiinn.(7)ayat 6+7 wakaf .[baki nafas dibuangkan] AKHIR AYAT 7

         
        Begitulah adanya.. Bukannya mudah sesuatu yang hebat hendak dikurniakan Allah kepada hambanya.

Dan tidak hairan ramai umat Islam yang masih berleluasamengerjakan kemungkaran lisan, perbuatan dan sebagainya sama adadigelar atau minta digelar ustaz, tok guru atau umat biasa yang tiadaapa-apa bergelar atau pingat.

Akhir kata;

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ketepian
Bersusah payah belajar berguru
Baru sembahyang kita berkualiti bermutu diterima Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:26 AM | Show all posts
itu la yg menyedihkan dalam masyarakat kita..
bukan saja tak solat tapi tak pandai solat,tak pandai baca quran,tak pandai mengucap pun ada....bukan pak menteri jah lena,ibu bapa pun duk lena sekali...bapa dgn anak pun sama2 tak solat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:33 AM | Show all posts
itu la yg menyedihkan dalam masyarakat kita..
bukan saja tak solat tapi tak pandai solat,tak pandai ...
nickname Post at 14-8-2010 11:26



Fenomena menyedihkan ni kita boleh lihat di masjid2 dan surau2 ketika Ramadan ni...yg mana muka2 amat jarang berjemaah, datang ke masjid utk solat Isyaq dan seterusnya terawih..(baguslah..bersangka baik bahawa Ramadan ini menjadi titik tolak utk mereka terus beristiqomah solat berjemaah).

Masalahnya, bagi yg lemah pemahaman rukun2 solat, dan setahun sekali berjemaah, mereka akan mengikut IMAM.

Sedih bila lihat ada IMAM yg kerana nak mengejar 20 rakaat terawih, membaca Al Fatihah secara EKSPRESS. Dimana wakaf nya? Betulkah wakafnya? (boleh rujuk artikel di posting awal yg saya paste)

Dan amat amat susah sekali nak jumpa Imam terawih yg baca doa iftitah, sebelum memulakan bacaan Al Fatihah. Ya, doa ini hukumnya sunat, tapi ia penting. Dan benda yg sunat, dibuat di dalam bulan Ramadan, pahalanya....bayangkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2010 11:57 AM | Show all posts
thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:32 PM | Show all posts
Fenomena menyedihkan ni kita boleh lihat di masjid2 dan surau2 ketika Ramadan ni...yg mana mu ...
RedDevils Post at 14-8-2010 11:33


ada jugak pi solat terawih sebab ada morih ..hu hu..tp tu la lagi ramai lagi meriah kan...


mengejar kuantiti tapi kualiti terabai...mcm tu baik buat 8 rakaat je...dah la makmum pulak yg jenis jarang2 berjamaah,nak pulak yg jarang solat kena 20 rakaat terkejut..


banyak hal2 solat yg perlu dititik beratkan..bila baca artikel tu rasa takut pulak solat kita pun belum sempurna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 12:39 PM | Show all posts
Suka saya nak berkongsi motivasi ringkas  dengan forumer sekalian...mudahan motivasi ini membawa manfaat utk kita semua..

--Kita bersolat terawih ni kadangkala tak boleh lari dari rasa penat/lenguh kaki/lenguh lutut, especially bila yg buat 20 rakaat tu..ataupun kadangkala bila baru masuk rakaat ke 8 dah sakit2 lutut....mungkin ini mengurangkan sikit motivasi kita utk beribadah..ditambah pula kadangkala rasa mengantuk tiba.

-bagaimana menaikkan motivasi kita kembali, supaya kita segar dan bersemangat, seolah olah baru memulakan rakaat pertama terawih kita ni?

-apa yg saya buat ialah bila menghadapi situasi ni, ingatlah kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW yang solat sehingga bengkak kaki baginda.Apabila di tanya oleh Aisyah, baginda menjawab "Salahkah utk aku menjadi hamba yg bersyukur"..lebih kurang begitu..

-So salahkah kita berkorban sakit/lenguh kaki sikit, sedangkan amalan kita tak akan sama dgn amalan Nabi Muhammad SAW...sedangkan Nabi pun rela begitu atas dasar bersyukur atas nikmatNya, inikan pula kita...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:52 PM | Show all posts
nak membaiki diri
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 01:21 PM | Show all posts
salam,

bacalah quran dan terjemahan2 nya
relatedkan dengan isu dan perkara2 dikelilingi kita
insyaAllah...
pasti kita insaf dan solat pasti tak akan tinggal
teruskan belajar cari ilmu teruatama ilmu agama
seiring dengan ilmu dunia
ingat ,
kita  menuju kematian
menuju pencipta kita Allah swt
untuk apa kita dicipta
tak lain hanyalah untuk tunduk dan patuh padaNya...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 01:43 PM | Show all posts
sama2 lah kita memperbaiki solat kita denga lebih sempurna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 04:18 PM | Show all posts
Maksud saya di tread ini, saya mau pemimpin UMNO cakap sikit dan minta anak muda ni tunaikan sembahyang dengan sempurna. selama ini mereka amat berat bercakap soal ini. kalau tak sembahyang berat sikitlah, anak muda ni mudah lalai.

Nasihat lah sikit. 1 minit cukuplah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 04:21 PM | Show all posts
ada jugak pi solat terawih sebab ada morih ..hu hu..tp tu la lagi ramai lagi meriah kan...


...
nickname Post at 14-8-2010 12:32 PM


soal 20 atau 8 tak jadi hal, itu mereka dah solat, yang jadi isu yang kenal tikar sembahyang, yang tak pernah dan tak tau solat. Itu yang saya mau mesej ini sampai ke PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 04:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 10:18 AM | Show all posts
Reply 4# RedDevils


    Sangat informatif!  Terima kasih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2010 09:35 AM | Show all posts
Najib perlu sekali sekala menjadi imam .... br pemimpin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 01:41 PM | Show all posts
Najib perlu sekali sekala menjadi imam .... br pemimpin.
voizze Post at 16-8-2010 09:35



    xtau den nk komen apo..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:12 PM | Show all posts
PAS pun sama dah 50 thn ditubuh  kate berdakwah utk Islam ape hasilnye.. bbrp puluh ribu yg dah masuk Islam, dari tak solat pegi solat kat masjid ade figure  hasil PAS tu ??
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 04:40 PM | Show all posts
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..............
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list