CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2238|Reply: 17

Wany Hasrita Tak Nak Dedah Kekasih, Rahsia Kisah Cinta Dengan Juruterbang

[Copy link]
Post time 15-10-2021 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Nyata, bukan mudah menjadi insan tersohor, apatah lagi, usia menghampiri 30 tahun. Pastinya soalan jodoh sering diasak kepada penyanyi tinggi lampai, Wany Hasrita.


Pernah dikaitkan dengan beberapa artis lelaki, beberapa tahun lalu, namun, kini penyanyi lagu Belenggu Rindu memilih mengunci mulut setiap kali diasak mengenai teman istimewa.


Kurang selesa membicarakan secara terbuka soal hati selagi belum ada ikatan sah, wanita berusia 29 tahun itu menegaskan, hanya akan memperkenalkan jejaka bertuah yang berjaya menambat hatinya apabila tiba masa yang sesuai.


Add Image Caption Here





Bagaimanapun, biarpun mengunci mulut, namun, timbul desas-desus Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah bakal menamatkan zaman bujang, beberapa bulan lagi, baru-baru ini.


Diaju sejauh manakah kebenaran teman istimewanya seorang juruterbang, calon Top 5 kategori Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu enggan mengulas.


"Saya mohon maaf, jika boleh saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.


"Sejujurnya, setakat ini, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana belum perancangan rasmi. Kad kahwin pun belum ada lagi.


"Namun, jika pasti dan tarikh perkahwinan sudah ditetapkan, saya akan berkongsi dengan anda semua," katanya.


Diasak bila mahu mendedahkan identiti jejaka bertuah, Wany sekali lagi mohon maaf, malah menganggap belum masanya mengulas soal ini.


"Saya tiada niat mahu merahsiakan identiti 'si dia' sebenarnya. Bukan takut dirampas kerana semua ini kerja Tuhan, namun saya banyak belajar daripada kesilapan.


"Selain itu, saya menjadikan kisah cinta rakan artis sebagai iktibar.


"Bagi saya, biarlah soal cinta menjadi misteri, buat masa ini. Apabila semuanya sudah pasti, barulah saya akan buka mulut kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang perhubungan yang terjalin," katanya.


Terdahulu, Wany mendedahkan kepada BH, perancangan mahu mendirikan rumah tangga sudah ada, namun mahu melunaskan impian yang belum tercapai sebelum berkahwin.


Sebelum ini, impiannya menghadiahkan ibu sebuah rumah sudah tercapai. Kini, Wany memiliki impian lain membelikan sebuah rumah untuk ayah pula.


Apabila sekali lagi dikecam mengenai pemakaian tudung, malah, ramai menganggapnya banyak berubah, Wany enggan memanjangkan isu berkenaan.


"Soal imej, tiada apa yang boleh saya komen. Saya mohon maaf kepada warga netizen dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan pakaian saya.


"Tiada apa yang mengganggu fikiran, saya anggap hanya perkara biasa. Saya terapkan dalam hati, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan saya kena terima dengan hati terbuka," katanya.-CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni cantik. Elok la rahsia kan kisah yang belum mekar.

Btw kami tak pernah minta pun retis2 dedah kekasih mereka yach sebab yang tak dedah kekasih tu kebetulan semua muka haus macam buruh kontrak bancuh simen dan kelindan lori balak. Yang retis jenis show off terus bf tu semua helok2 jah rhoper BF mereka macam Elfira Loyy. Janna nick (walaupun bf iras2 beruk macam poji nawawi) etc. Kalau rupa macam Bam Tah, Syafi Tee atau Hun Haqeen, kalau iols pun iols tayang 24 jam, ig iols tu iols akan post gambar bf setiap jam sampai kena block oleh kawan2 sampai deorang konfius tu ig iols ke ig jejantan. Rhoper2 haus elokkk simpan je dalam laci dik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 02:10 PM | Show all posts
Baguslah pendirian dia.selagi lum ade ikatan yg sah tak mau gembar gembur kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 03:25 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-10-2021 01:37 PM
Sheols ni cantik. Elok la rahsia kan kisah yang belum mekar.

Btw kami tak pernah minta pun retis2 d ...

gitu pengucapan kaka dude.

eloklah x umumkan. cuols nak kahwin jah nnt cerita. bukan apa, takut hujan di tgh hari karang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 15-10-2021 03:25 PM
gitu pengucapan kaka dude.

eloklah x umumkan. cuols nak kahwin jah nnt cerita. bukan apa, taku ...

Tu pun bergantung bakal lakinya herlok ke tidak, kalau tak heelokkk choiiii! Ko agih kad jemputan sudah, tak payah war2 kan pada media. Agittew...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 04:11 PM | Show all posts
OK la nih.. Lindung privasi, lindung rahsia.. Menang bersama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali boipren si wany ni dengan boipren najwa latip tu sama. Kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntong dpt pailet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau dicaras ke u ols
Atau risau kantoi cerita2 yg tak enak didengar
Koser la u ols nak reveal ke taknak reveal ke
No one cares
Haus career sehaus wajah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilot mmg target retis2 top eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis FMC semua nak cover makwe pakwe.Da serik lah tu controversi yg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni code lain untuk "boyfriend saya tak hensem"... mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
You do you dik.. kau takyah layan netijen ni, modal dia balik2 aurat, tudung ulang sampai ajm… menyampah aku dgn org2 fefeeling holier than thou ni,
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhh stok paling biasa untuk retis is abe pilot yachhh

Tak bagi can awek2 marhaen macam iol nak snag sorang abe pilot
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2021 10:44 AM | Show all posts
baguslah rahsia. bgtau masa nk nikah je nnti
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2021 07:53 PM | Show all posts
Edited by wirazam at 17-10-2021 07:56 PM
nakkomenjugak replied at 16-10-2021 06:40 AM
Wahhhhh stok paling biasa untuk retis is abe pilot yachhh

Tak bagi can awek2 marhaen macam iol nak  ...

Boleh je kalau u nak snag sorang..gi je lah lalulalang kat airport klia tu..pastu ala ala buat sedih menangis..untung2 ada pilot berhenti bagi saputangan utk u lap airmata tiruan tu...
Tapi make sure u tau bila international flight mas mendarat dan ambik pot yg dekat pilot keluar tu...all the best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot pun suka artis yg boleh generate income... Sgt membantu jika kerja terganggu.... Klu sama airline ada risiko... So no big deal lah.... Pepun jodoh.... Jgn caraz kecuali dipinang nombor 1..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 10:48 AM | Show all posts
aku rasa kan, laki tu ngurat dia dr ig..
pasu dia stalk laki tu, tgk gmbr kat overseas bagai..
so terdetik dlm hati why dont i give this guy chance..
untung2 boleh travel selalu..
btw pilot ni walaupun rupa hauk, sbbkan dia pilot, auto elok.. ada style..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071230 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list