View: 2804|Reply: 36
|
"Berbakul Kena Maki Sampai Tak Ingat Yang Mana Paling Kesat,"- Emma So
[Copy link]
|
|
Kredit foto - Instagram Emma Sofea via BH Online
Dek kerana watak antagonis dalam drama i-Tanggang Mother of All Lies, Emma Sofea menerima berbakul-bakul maki hamun sehingga sukar mengingati kata-kata paling kesat yang diterima dalam laman sosial.
Gara-gara watak tersebut, Emma menerima kecaman hebat daripada warga maya yang terbawa-bawa emosi sehingga ke dunia realiti, termasuk ‘menyerang’ di laman sosial miliknya untuk meluahkan kemarahan.
Bukan sahaja dalam ruang mesej langsung Instagram (IG), malah platform media sosial seperti Facebook dan Twitter turut dilemparkan kecaman terhadap watak Esra yang dibawakan gadis berusia 15 tahun itu gara-gara bersikap kurang ajar yang keterlaluan.
Menurut Emma, bukan mudah membawakan watak Esra yang panas baran dan kurang ajar, memandangkan dirinya bukanlah remaja yang bersikap sedemikian.
Kredit foto - Instagram Emma Sofea via BH Online
Namun kerana tertarik dengan kelainan jalan cerita drama ini, beliau mencabar diri menerima tawaran watak yang berbeza, biarpun antagonis.
Ternyata, Emma telah berjaya watak ini dengan baik kerana ia telah memberi impak kepada penonton.
Akan tetapi harapnya penonton tahulah membezakan antara lakonan dan dunia realiti di mana ia pastinya langsung tiada kaitan dengan kehidupan sebenar Emma kan? -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Sheolss ni ke bapak tonggang tonggeng dekat rumah tapi sheolss pulak menonggeng tepi semak sambil menanti abangnya ambil untuk menonggeng atas motosikal pulak. tapi best siri ke drama ni |
|
|
|
|
|
|
|
Drama i-tanggang ni nampak interesting tapi mzz tak pernah tengok. Ok lah drama melayu ada bawa cerita mcm ni pasal munchausen ni. Mzz tahu pasal munchausen ni pun sbb the act, ada satu episod 9-1-1, dalam IT pun ada watak yg mak dia mpbs, mommy dead etx. |
|
|
|
|
|
|
|
Best jgk citer ni.
Sakit hati tgk sherly merlis
Sampai hati bt anak mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan. yang tu watak lain
|
|
|
|
|
|
|
|
not bad drama ni. my husband yg jenis tak layan drama melayu pun boleh layan siri ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
first time tgk budak ni berlakon cerita Wizards of Warna Walk kat disney channel. jadi anak afdlin. memang nampak budak ni berbakat la. |
|
|
|
|
|
|
|
i-tanggang drama lain dr yaing lain...yg aku menyampah sekarang the hotel..balik2 iklan kat astro..pembunuhan tak msuk akal |
|
|
|
|
|
|
|
tgk klip klip kat IG.. mcm best. tapi iols takdak astro muahahah.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols suke dia cakap..
hahahaha... bagus budak moga berjaya dalam lakonan akan datang..
cerita ni pun okay je.. takde la mcm cite melayu lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Chop, mmg tajuk thread potong2 ke skrg.
Jenuh Iols pikir sape Emma So. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni anak pelakon mana2 ke? lakonan dia mmg mantap! muka pun boleh tahan cantik Semoga terus sukses |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-10-2021 09:12 AM
Sheolss ni ke bapak tonggang tonggeng dekat rumah tapi sheolss pulak menonggeng tepi semak sambil me ...
bukan la kak dud.. dia ni anak org kaya yg spoil dan kurang ajar dgn parents. Selama je dia belasah mak dia sb gaduh tak nak pegi sekolah. Cita2 dia nk jd youtuber. Baru 16thn dlm cerita ni
iols mmg minat cerita ni dan lakonan dia mmg mantap |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct replied at 20-10-2021 01:18 PM
bukan la kak dud.. dia ni anak org kaya yg spoil dan kurang ajar dgn parents. Selama je dia belasa ...
Oooo yang spoilt brat tu yachhh.
Yang sorang lagi adik is hero remaja tu pun muka nak lebih kurang kan... Memang deorang ambil pelakom muka biasa2 dalam drama ni tapi lakonan semua meletop, si hero remaja tu pun iols expect heolss kayu tapi not bad lakonan dia... Bertiang2 lah meninggalkan jahlok dan abam tah masa zaman debut. |
|
|
|
|
|
|
|
Best drama ni. Menarik untuk ditonton setiap cerita tu.
Yg munchausen by proxy tu boleh tgk The Act series kalau berminat nak tgk Gypsy Blanchard punya story. Sebijik Joey King berlakon jadi gypsy.
And I dulu mehkan nadhir nasar jadi hero remaja. Sebab bukan muka typical hensem dambaan acik2 tanah melayu. Tapi setelah tgk 2 drama dia, mamat ni ada bakat besar. Selayaknya ko menang hero remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap IT Cari kena tambah length field untuk tajuk. Terus crop...hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia ada iras pelakon indo yg dh arwah tu.
Muka jenis gini mmg sesuai watak kuang hajo. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols duk tengok cerita ni kat tiktok je. Memang pelakon dia semua pandai berlakon la. Esra ni memang geram tengok. Rasa nak bagi pelempang je. Memang menjadi watak dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|