View: 6076|Reply: 67
|
Ibu Bapa Keluar Kerja, Budak 11 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 7 Apartment Di Put
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh di apartment di Presint 5 di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada 6.55 petang.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa, Keisya Nawrah Md Rizal, berada di dalam bilik seorang diri kerana mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dan bilik berkunci dari dalam.
Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama kakak berusia 14 tahun dan adik lelaki berusia tujuh tahun manakala ibu bapa mangsa keluar bekerja.
Foto: Harian Metro
"Ibu bapa mangsa yang pulang kira-kira 6 petang mendapati bilik mangsa berkunci dari dalam, dan pintu hanya dapat dibuka menggunakan kunci pendua.
"Sebaik dibuka didapati mangsa tiada di dalam bilik, manakala tingkap dan jeriji terbuka. Ibu bapa mangsa bergegas ke tingkat bawah bangunan itu dan mendapati orang ramai sedang berkumpul melihat anaknya yang terbaring di atas lantai," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang kritikal diberikan rawatan kecemasan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 6.45 petang dan dibawa ke Hospital Putrajaya dengan ambulans.
"Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya, pada 7 petang.
"emeriksaan doktor mendapati mangsa patah kedua belah siku dan kaki kiri manakala punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.
Katanya, jeriji tingkap tidak berkunci dan hanya terdapat selak tanpa pengunci, manakala rumah itu juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau berkata, kes di klasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
baru jatuh bila blk keje...kakak adiknya mne? ish...ape cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 26-10-2021 01:03 PM
baru jatuh bila blk keje...kakak adiknya mne? ish...ape cite ni
Tula cerita macam ada tak lengkap.. bila mak pak ketuk pintu baru dia terjun ke? Semoga keluarganya tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Xleh bayang. Kronologi berita pn ntah pape. Ohh..metro. Patot la. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah... salam takziah utk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga nangsa |
|
|
|
|
|
|
|
macam baru je jatuh time mak pak balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita tak lengkap berapa lama budak ni jatuh? Knp mak pak cuma perasan bila bukak bilik?
11 tahun utk kanak2 tipikal ikutkan dah tak buas dan reti duk dendiam je.
Ramai je la ni mak pak tinggalkan je anak2 umur gini kat umah.
Anak buah iols umur 12 tahun pun dah boleh diharap jaga rumah.
Kakak iols masuk sepital anak dia tula masak jaga adik bagai.
Kagum gak iols dia dh boleh masak lauk, goreng bihun jadi elok je. Org dewasa pun ramai fail goreng bihun.
Tadi igt budak umur 6 tahun ke bawah rupanya dh besar juga. Maybe terjatuh kot nak ambik barang dia yg jatuh dr tingkap ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau jatuh ke terjun ni dik.. kalau terjun, kenapa? Kalau terjatuh, camne boleh jatuh. Budak 11 tahun dah tau rasa takut gayat semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar.. seriau la baca cerita2 mcm ni. Budak 11 tahun dah besar.. boleh harap dah jaga adik kt umah.. Takat duduk rumah pdpr.. okay aje.. takyah suruh memasak keluar ke apa dahla.
Ni pintu kunci.. well.. budak2 skrg mmg banyak duduk dlm bilik ngadap laptop.. kadang kunci pintu sbb taknak adik kacau.
Tapi taktau apa sebab dia jatuh. Budak dah besar bukan taktau bahaya. Kot nk amik barang ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 26-10-2021 01:43 PM
Kau jatuh ke terjun ni dik.. kalau terjun, kenapa? Kalau terjatuh, camne boleh jatuh. Budak 11 tahun ...
Dan kenapa pegi bukak jeriji tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak 11 tahun dah besar lah dah boleh fikir mana bahaya dengan tak
Katanya duduk kat rumah dengan kakak 14 tahun
Kat FB ada speku ntah2 dia gaduh dengan kakak dia
Suh polis siasat kakak dia sekali
Tapi pengkomen tu kena kecam terukkkk
Kata sangka buruk la takda otak la
Kesiannn |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak gril jenis boleh bukak..
tingkat 7 kan..
kalau ni mmg decision kau..
merana mak bapak kau seumur hidup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluraga. Tapi mcm something fishy cara kematian budak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti satu sekolah dan sana darjah dgn anak aku.. takde lg nampak kat gp parents bercerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam cerita tak abes ... ape2 pon takziah buat keluarga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm pukul 6ptg la baru jatuh kan? Pdpr pagi |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 26-10-2021 01:56 PM
kenapa pulak gril jenis boleh bukak..
tingkat 7 kan..
kalau ni mmg decision kau..
Ikut keselamatan bomba mmg kena ada grill yg boleh buka tapi kesilapan kat sini grill tu tidak ada mangga (pengunci) rasanya tu yg budak boleh buka emergency access kat grill tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg selalu curi keluar kot sblm ni lepastu tergelincir |
|
|
|
|
|
|
| |
|