CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 10

Budak Lembam 3 Tahun Ditumbuk Dan Ditampar Oleh Teman Lelaki Ibu

[Copy link]
Post time 29-10-2021 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Kecewa kerana terlepas kelahiran anaknya, seorang lelaki di Singapura menumbuk dan menampar anak perempuan teman wanitanya yang berusia tiga tahun.


Lelaki berusia 24 tahun itu pada Isnin (25 Oktober) mengaku bersalah mendera kanak-kanak tersebut yang kini berusia lima tahun.


Dua lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan akan dipertimbangkan apabila dia dijatuhkan hukuman pada 10 Disember.




Gambar Hiasan




Lelaki tersebut dilaporkan sedar bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah perkembangan mental yang perlahan.


Semua pihak yang terlibat dalam kes ini tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.


Lelaki tersebut dikatakan menjalinkan hubungan dengan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 23 tahun.


Suspek mula tinggal bersamanya teman wanita dan anak perempuannya pada Februari 2019.


Pada 22 Februari tahun lalu, kira-kira jam 3 pagi, teman wanitanya itu sakit untuk bersalin dan ambulans dipanggil untuk menghantarnya ke hospital.


Suspek bagaimanapun terpaksa mencari individu yang boleh menjaga mangsa sebelum dia boleh pergi ke hospital.


Dia kemudiannya memutuskan untuk menghantar kanak-kanak tersebut kepada neneknya.


Kecewa kerana dia terlepas saat kelahiran bayinya yang baru lahir, lelaki tersebut melepaskan kemarahannya kepada kakak-kanak tersebut yang menangis sewaktu dalam perjalanan ke flat neneknya.


Dia dilaporkan menumbuk pipi kanan gadis itu sebanyak tiga kali dan menampar mukanya, untuk menghentikan tangisannya.


Nenek mangsa yang dikejutkan dengan kehadiran suspek dan cucunya itu pada awal pagi kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke biliknya untuk tidur.


Beberapa jam kemudian, dia bangun untuk memeriksa kanak-kanak tersebut sebelum ternampak kesan lebam di muka serta kecederaan lain di badan mangsa.


Neneknya menyoal kanak-kanak tersebut mengenai kecederaannya dan dia hanya menjawab "Ayah, mama".


Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis.


Kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Dia mengalami lebam di pipi selain kesan parut di dagu, dan kecederaan lain.


Mangsa kemudian tinggal bersama saudara mara sebagai langkah keselamatan yang ditetapkan apabila ibunya melawatnya.


Namun atas permintaan kanak-kanak tersebut, dia kembali tinggal bersama ibunya dan suspek pada 3 Jun tahun lalu.


Pihak berkuasa bagaimanapun akan mengadakan lawatan tidak berjadual untuk memeriksa keadaan mangsa. -CARI


Sumber: mStar Online/ Yahoo News
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 11:06 AM | Show all posts
Ya Allah... kesiannya budak tu.. mak apa mcm tu x ada perasaan belas bila jantan keparat yg ko jadikan boifren tu belasah anak kau.. aku bengang betul betina cmni.. lebih syg jantan x guna dari anak sendiri.. ikut berbakul2 nak maki ni.. tpi mengucap jela tenangkan diri hari Jumaat ni.. hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
RinIna: Ya Allah... kesiannya budak tu ...
Dah mengandung benih jantan tu. Tu yang takmo lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:01 PM | Show all posts
Kaka tak peduli nak marah jugak wpun hari nie Jumaat yg mulia...mak mmg babis...lelaki tu mmg laknat
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan kalau berboipren, berlaki baru & jantan tu dera or buat tak senonoh pd anak kau, gunala akal tu, and blah la cepat2...  Buat apa nak hidup dgn jantan tak guna gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannyaa..tp jarang bdk gegel lembam kan..selalu lelaki..
mak ok ke ank di tampar eh..xpedih ke perut dh kandung 8 bln sdp2 bf tampar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
fortiori13 replied at 29-10-2021 07:29 PM
Pompuan kalau berboipren, berlaki baru & jantan tu dera or buat tak senonoh pd anak kau, gunala akal ...

Skrg pukul....kot2 nnt dirogol budak tu, mesti si ibu takguna tu tetap backup si jantan keparat  penyumbang benih. Ni tktau la bangsa apa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 09:51 PM | Show all posts
mak nye punnn... kesian budak tu.. kalau ye pn marah.. giler ape pukul budak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 10:41 PM | Show all posts
Baguslah sipelaku sudah ditahan oleh pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
That diccqq too bomb agaknyaaa
Biarlah anak lembam di aniaya
Yang penting aku berlakiiiii
Dah siap ada anak pun
Anak lembam kalau mati pun tak heran dahhh agaknya
Dua2 pelesit

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
mamastoney replied at 29-10-2021 07:54 PM
Skrg pukul....kot2 nnt dirogol budak tu, mesti si ibu takguna tu tetap backup si jantan keparat  p ...

budak tu kan kata ‘ayah..mama’ melayu lah tu sis.  Satu lg yg bother me here..fuh sgt liberal eh diorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.593081 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list