Saya nak kongsikan pengalaman saya sewaktu bercuti di rumah saudara di Linggi, Negeri Sembilan beberapa tahun lalu. Peristiwa itu sehingga kini masih melekat di fikiran dan membuatkan saya tertanya-tanya apakah yang berlaku pada hari itu benar atau sebaliknya?
Saya ada saudara di Linggi, tak ingat sangat bagaimana ada pertalian dengan mereka kecuali semuanya sudah tua dan beruban. Saya dan abang saya datang melawat mereka semasa cuti. Bagi seorang kanak-kanak yang berasal dari bandar, ia bagaikan satu kejutan budaya. Udaranya yang sejuk, bunyi kicauan burung sepanjang masa, jeritan monyet di sebalik hutan hijau dan dialek penduduk yang tidak begitu difahami.
Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan selain merayau di hutan atau pergi berjalan di pasar. Rumah yang kami duduk itu adalah rumah tradisional (rumah kayu + tiang tinggi). Saya pernah mengintip melalui celah papan lantai kayu ke bawah tanah bila ternampak sesuatu yang sedang bergerak, menakutkan juga.
Saudara mara melarang kami keluar pada waktu malam, kononnya ada hantu yang berkeliaran di luar rumah. Kalau berdegil, kami akan diculik oleh hantu. Kisah seperti ini kita semua pernah dengar sebelum ini. Tetapi kali ini, kisahnya mungkin berlainan.
Nenek saudara saya kebiasaannya akan mengumpul sisa makan malam di atas daun pisang dan diletakkan di luar pintu belakang rumah. Bila saya bertanya, apakah makanan itu untuk anjing? Dia sekadar menggelengkan kepala dan enggan menjelaskan lebih lanjut. Pintu belakang pula ditutup dengan parang besar.
Hairan dengan perbuatannya itu, saya menghabiskan beberapa malam menunggu di pintu itu dan berharap dapat mendengar sesuatu yang datang untuk makan sisa makanan tersebut. Pernah terdengar bunyi sesuatu di sebalik pintu, tetapi tiada apa-apa. Namun di sebelah pagi, sisa makanan itu hilang.
Pada satu malam, ada sesuatu yang berlaku. Keadaan di luar gelap, hanya ditemani cahaya bulan yang mengubah segala-galanya menjadi hitam putih. Terdengar bunyi loceng dari kuil berdekatan diketuk beberapa kali. Katanya ada orang gila yang sedang membunyikan loceng tersebut.
Tidak lama kemudian datang seorang wanita mengetuk pintu depan rumah kami. Dia datang dari bandar, dia kelihatan bingung dan letih. Jelasnya, dia dan suaminya sedang dalam perjalanan ke destinasi melalui lebuhraya berhampiran. Tiba-tiba kenderaan mereka rosak. Jalan raya pula gelap dan sunyi, tiada apa-apa di sekeliling kecuali hutan. Kawasan yang paling dekat adalah pekan Linggi.
Menurutnya, suami sedang menunggu di kereta sementara dia datang untuk mencari mekanik atau trak tunda untuk meminta bantuan. Sebaik saja mendengar penjelasan wanita itu, wajah saudara mara saya menjadi pucat. Mereka terus mengumpul semua penduduk. Kanak-kanak yang sedang tidur dikejutkan, makan malam terganggu dan radio ditutup. Semua lelaki diarahkan berkumpul dengan membawa parang dan kayu sebagai senjata.
Seorang lelaki tua (Melayu) memberitahu wanita berkenaan bahawa adalah satu kesilapan meninggalkan suaminya bersendirian di jalan yang gelap. Mereka perlu pergi ke tempat itu bersama dengannya untuk mendapatkan semula suaminya.
Sebagai remaja, saya dibenarkan mengikuti mereka. Dalam perjalanan itu, saya sempat bertanya kepada saudara-mara, apa sebenarnya yang berlaku? Tetapi mereka meminta saya mendiamkan diri. Hal itu membuatkan saya berasa tidak sedap hati dan berfikir saya bakal menyaksikan sesuatu yang buruk berlaku. Saya rasa kami semua yang ada pada ketika itu mesti berfikir perkara yang sama.
Semakin hampir ke lokasi, kami ternampak cahaya lampu kereta pasangan berkenaan. Kami melangkah keluar dari hutan dan pergi mendekati kenderaan itu. Apabila sudah berada dalam jarak yang agak dekat, kami ternampak seorang lelaki kelihatan terbaring tidak bernyawa di tepi kereta dan ada sesuatu yang sedang duduk di atas badannya.
Pada awalnya saya menyangka makhluk itu adalah monyet berwarna putih, berbulu panjang dan kusut. Sebaik saja mahkluk itu mendongakkan kepala, baru saya sedar makhluk itu adalah seorang wanita dengan wajahnya yang amat mengerikan dan mulutnya berdarah. Begitu juga dengan leher lelaki itu.
Si isteri mula menjerit, kami yang juga menyaksikan kejadian itu kaku sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Makhluk itu tidak mengendahkan kami dan menyambung menjamah mangsanya. Ketika itulah si lelaki tua itu mengeluarkan Al-Quran dan mula membaca beberapa ayat yang saya tidak fahami. Saya masih terpaku melihat makhluk tersebut mengunyah dan menjilat mangsanya.
Bacaan lelaki tua itu tadi membuatkan makhluk tersebut berhenti dan memandangnya. Ia seolah-olah berkata sesuatu dan merayu agar lelaki tua itu berhenti dari meneruskan bacaannya. Makhluk itu ketakutan dan menangis sebelum melarikan diri masuk ke dalam hutan dan hilang dalam kegelapan. Sesekali dia sempat memandang ke arah kami.
Tidak beberapa lama kemudian, kawasan itu diterangi dengan cahaya lampu dari kereta polis dan ambulans. Orang ramai berbisik antara satu sama lain. Salah seorang saudara menghantar kami pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan itu, tiada seorang pun yang bercakap.
Itulah kejadian yang saya nampak Linggi yang sehingga kini saya masih mempersoalkannya apa yang saya lihat pada malam itu adalah benar atau sebaliknya? Adakah saya melihat makhluk yang disebut sebagai pontianak? Atau saya melihat seorang wanita gila yang tinggal di dalam hutan? Atau kedua-duanya mungkin?
Di malam yang lain, saya bermimpi duduk berdekatan dengan pintu belakang rumah, menunggu 'sesuatu' datang untuk makan sisa makanan yang diletakkan di luar pintu. Pintu belakang terbuka, terdengar bunyi yang amat mengerikan sedang mengunyah sesuatu. Apabila diintip, saya ternampak satu sosok badan berambut kelabu sedang mencangkung di atas lantai sambil perlahan-lahan mengunyah tulang ayam.
Sumber: Reddit Rajjiv
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Dah baca? Kongsi pandangan korang. Kalau korang ada kisah mistik, seram, paranormal pun boleh kongsikan di sini. Rockafella banyak tacang ni.. Sayang tak disedekahkan.
Post time 4-11-2021 05:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh pula laki tinggal dalam kereta and bini yang keluar mencari pertolongan dalam keadaan sunyi sepi gelap gelita?? Biawaknya laki engkau sis. Selayaknya kena makan hantu!!
yg citer karak tuh tak sure betui ke dakk.. tapi ada org reply jaman dolu2 yg dia la anak mamat yg jadi mangsa tuh..
hat ni citernya. suami isteri dok lalu jln karak tuh. tiba2 keta benti minyak abies.. si suami habaq kat isteri, dia kluar cari pertolongan, si isteri dok dlm tunggu dia balik..
lama tuh, ada bunyik kat bumbung.. tapi si isteri dok dlm tuh.
pastu tiba2 ada renjer mai ke polis yg mai.. deme panggil si isteri utk kluar keta, masuk keta deme utk pi balai.. deme ckp melalui speakerfon giteww..
si isteri kluar, deme habaq jgn oandang blakang.. so si isteri pon jln ke keta polis ke renjer tuh.. sampai kat keta tuh, dia pandang blakang... baru dia nampak suami dia kat atas bumbung keta, kena makan dgn miss ponts...
tak tau lah kalau laki tu ada sakit ke apa khens? tapi kalau sejenis bewak keja mengarah bini jah itu ini memang selayaknya dibaham dek hantu. tapi kalau set2 kelly ni memang typical bini tarap kain lap kaki jah khens tak boleh nak melawan laki gituh?
Betul atau tak, empunya cite je tau. Yang cite karak tu, pernah dimasukkan dalam intro filem ape tah. Kalau tak silap, filem local yang melibatkan kereta Volkswagen kuning tu.