View: 5739|Reply: 24
|
Teater Muzikal CINTA - sape plakon yg anda nak??
[Copy link]
|
|
Filem Cinta Kembali Dengan Teater Muzikal
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Foto oleh: Mazlan Fotografi
KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2010: Filem Cinta yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-20 bakal dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula pada 17 Februari 2001 hingga 6 Mac 2010 akan datang.
Diterbitkan The Creative Partnership Sdn.Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios Sdn. Bhd, teater muzikal yang dinamakan sebagai Terima Kasih Cinta ini akan berlangsung selama 2 minggu menerusi 19 persembahan di IB.
Pengurus Besar , Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat, Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, pihaknya memang sudah lama terfikir untuk mengembangkan lagi brand filem Cinta, tapi tidak pernah ada mana-aman pihak pun yang cuba mendekati secara serius.
"Sehinggalah kami didatangi Boudeng Edruce daripada Creative Partnership Sdn Bhd membawa kertas kerja untuk mementaskan filem Cinta. Selepas perbincangan dilakukan,kami terus setuju untuk kukuhkan semula branding Cinta ini," katanya dalam sidang media Terima Kasih Cinta di Seri Pentas Damansara, petang kelmarin.
Manakala Penerbit Craetive Partnership Sdn. Bhd, Boudeng Edruce pual berkata, pihaknya percaya penonton pasti akan mendapat impak serta suntikan yang lebih menerusi teater muzikal ini.
"Dengan mengambil pendekatan kontemporari, Terima Kasih Cinta telah diolah semula dengan mengetengahkan babak-babak dramatik serta dialog yang penuh emosi, diselang-selikan dengan 25 hingga 30 lagu-lagu retro. Ianya juga akan disuntik dengan gerakan tarian yang menyentuh perasaan dan akan menambah lagi keterujaan pada persembahan ini", katanya.
Sungguhpun begitu, Boudeng memberitahu, pihaknya masih belum dapat mengesahkan lagi siapa yang akan membintangi teater muzikal ini.
"Kita akan adakan satu ujibakat yang mana ia terbuka kepada sesiapa saja termasuklah pelakon asalnya. Kalau boleh, kami mahu melahirkan lebih ramai penggerak teater di dalam industri ini melalui Terima Kasih Cinta.
"Oleh itu satu ujibakat akan diadakan untuk pelakon utama, ensemble dan artis yang mana ianya akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Apapun, kami berharap kami akan dapat kekalkan karektor utama filem Cinta.
"Seandainya sesi pemilihan pelakon sudah pun dibuat, kami akan berusaha untuk memulakan siri latihan bermula pada minggu pertama bulan November dan akan berlanjutan selama 3 bulan", tambahnya lagi.
Teater Muzikal, Terima Kasih Cinta ini berkisarkan kepada kisah cinta pada masa kini yang bakal menunjukkan kepelbagaian karakter, manakala lagu-lagunya pula disuntik daripada era awal 90-an.
Mengimbau kembali filem Cintapula, ia mengisahkan jalinan lima cerita yang meraikan keajaiban cinta: mengenai Harris dengan isterinya Airin; hubungan Dyan dengan adiknya, Dhani; cinta Elyas seorang pesara guru dengan pemilik gerai, Rubiah; hubungan Azlan & Azura, dan hubungan Arianna & Taufiq - di mana semuanya saling berkait dan berlatar belakangkan kota metropolitan Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
harap fasha sandha kekal membawa wataknye... |
|
|
|
|
|
|
|
sepa2 je la pelakonnya... yg penting BKN FS k. |
|
|
|
|
|
|
|
amik pelakon asal la!! feel siket |
|
|
|
|
|
|
|
Harap semua pelakon asal filem Cinta ni kekal.... |
|
|
|
|
|
|
|
haah..
semua plakon dikekalkan |
|
|
|
|
|
|
|
haah..
semua plakon dikekalkan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# samshik
iols setuju... |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 je lah.. sbb carly confirm x tgk citer nih |
|
|
|
|
|
|
|
takde masalah nak kekalkan pelakon, itu yang sebaiknya, tapi ini ialah TEATER, bukan filem. bukan emua pelakon leh buat teater |
|
|
|
|
|
|
|
Kekalkan Fasha Sandha! |
|
|
|
|
|
|
|
ok. tapi tak tak faham dengan tarikh.
dipentaskan dalam bentuk teater muzikal di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula pada 17 Februari 2001 hingga 6 Mac 2010 akan datang.
tarikh ni dah lepas. mungkin tahun depan 17 Februari 2011 - 6 Mac 2011 ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by wirazam at 20-8-2010 00:06
aku nak cadangkan Intan Sarafina/Puteri Sarah/Nora Danish/ Nieyl (Mentor) |
|
|
|
|
|
|
|
confused filem sepi dgn filem cinta |
|
|
|
|
|
|
|
Antara Pelakon asal
Dato' Haji Rahim Razali : Cikgu Elyas (Pelakon Utama)
Fatimah Abu Bakar : Rubiah (Pelakon Utama)
Eizlan Yusof : Azlan (Pelakon Utama)
Fasha Sandha : Azura (Pelakon Utama)
Nanu : Dyan (Pelakon Utama)
Que Haidar : Dhani (Pelakon Utama)
Rashidi Ishak : Harris (Pelakon Utama)
Rita Rudaini : Airin (Pelakon Utama)
Pierre Andre : Taufiq (Pelakon Utama)
Sharifah Amani : Arianna (Pelakon Utama) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak tukar pun..FS kot..tukar dgn Farahdhiya |
|
|
|
|
|
|
|
Fatimah Abu Bakar tu..kalau tak free ganti dgn Ogy |
|
|
|
|
|
|
|
Kekalkan pelakon asal lah..
Iols lg feel cter sepi.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku memilih
Dato' Haji Rahim Razali : Cikgu Elyas (Pelakon Utama) - KEKAL
Fatimah Abu Bakar : Rubiah (Pelakon Utama) - KEKAL
Eizlan Yusof : Azlan (Pelakon Utama) - AZHAN RANI
Fasha Sandha : Azura (Pelakon Utama) - AMY MASTURA
Nanu : Dyan (Pelakon Utama) - JUHARA AYOB
Que Haidar : Dhani (Pelakon Utama) - KEKAL
Rashidi Ishak : Harris (Pelakon Utama) - ZULHUZAIMY
Rita Rudaini : Airin (Pelakon Utama) - VANIDAH IMRAN
Pierre Andre : Taufiq (Pelakon Utama) - ZAHIRIL ADZIM
Sharifah Amani : Arianna (Pelakon Utama) - KEKAL |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat teater muzikal plak dah...better buat cinta 2 ke ..kasih..sayang ke..meriah sikit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|