Selepas kejayaan single pertama nyanyian Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan, ramai pula netizen meminta usahawan kosmetik Datuk Seri Vida membalas semula lagu yang ditujukan oleh bekas kekasih tak jadinya itu.
Menjawab pertanyaan peminat, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata dia enggan lagi terbabit dalam industri muzik dan mahu memberi laluan kepada anak perempuannya iaitu Cik B untuk terus menyinar sebagai penyanyi.
Kata Vida, 50, biarlah Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, membalas mesej Iqbal dalam lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Foto: IG
"Cik B tengah buat lagu, akan datang dia balas... saya tak nak masuk gelanggang dah sebab kita dah international level, bagi Cik B dulu la.
"Saya hantar dia je, saya tengok belakang tabir sahaja. Semua Cik B buat, dia tengah tulis lagu dan akan dilancarkan secepat mungkin... luar biasa!
"Semestinya lagu tentang DSV la... kisah DSV yang gersang. Gersang tu secara umum, siapa nak tahu kena subscribe YouTube Cik B,” katanya.
Vida memaklumkan mengenai perkara itu menerusi siaran langsung bersama Nur Sajat menerusi Instagram pada Khamis.
Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah muncul dengan dua buah lagu berjudul I Am Me dan Lavida Raya.
Pada Isnin lalu, lagu Hujan nyanyian Iqbal menerima sambutan hangat pendengar hingga menjadi trending di laman YouTube.
Mengulas mengenai lagu berkenaan, Vida mengakui tidak sanggup menghabiskan tontonan video muzik itu dan menyifatkan bekas pembantu peribadinya itu seorang yang gilakan populariti hingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian jalan cerita dalam MV lagu itu.
"Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami... try hard yang memualkan! Dia memang lapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.
"Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis... dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai," katanya. -CARI
international celah che pit dan lubang hidung ke??...
sorry iols takkan sesekali pergi ke ig cik Ba Bi ataupun Bebal ataupun DS Bi Bi ataupun ke youtube sape2 sekalipun untuk bagi views dan impressions ...
drama ko dah basii nenek oiii... pergi fikir marketing cara lain pulak
semua orang dah muak dan malas nak layan... apa saja ada muka DS Bi Bi dan Bebal Bi iols akan skip dan block teruss kalau kat fb atau ig tu... tiktok pun iols block...
Post time 5-11-2021 01:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Normabaru at 5-11-2021 03:11 PM
Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis... dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh temberang dan pembohongan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai,"
Post time 5-11-2021 01:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cik b pakai seluar pendek. Kacaknya seluar pjg.. Heran betul aku..vida ada pusat tahfiz..tolong la hntr cikb bljr tahfiz jgk..jgn dok kemaruk nk menyanyi. Ckp pelat. Menyanyi plk mcm membaca. Tu pun........... Hausssss