View: 1598|Reply: 10
|
Lelaki Bogel Terperangkap Dua Hari Dalam Dinding Wayang
[Copy link]
|
|
New York– Seorang lelaki diselamatkan anggota bomba selepas ditemui terperangkap dalam keadaan berbogel di dalam dinding sebuah pawagam di New York, lapor Badan Penyiaran British (BBC).
Jabatan Bomba Syracuse menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) selepas seorang individu terdengar bunyi seperti hentakan dari dalam dinding dan suara merayu meminta pertolongan.
Pasukan penyelamat kemudiannya bertindak merobohkan sebahagian dinding tersebut dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan berbogel berada di dalam dinding itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202111/08/093306t772q16w247k4hp6.png) Foto: BBC
Jabatan Bomba Syracuse dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan bagaimana lelaki tersebut boleh memasuki ruangan sempit di belakang dinding itu.
Timbalan Ketua Bomba Syracuse, John Kane memberitahu media tempatan bahawa lelaki berkenaan bersembunyi di dalam ruang itu selama dua hari dan terperangkap setelah terjatuh ke dalam dinding tandas lelaki di pawagam tersebut.
Dia ketika ini dirawat di sebuah hospital tempatan.
Pihak polis berkata, lelaki itu berkemungkinan menghidap penyakit mental dan tidak akan didakwa atau dikenal pasti. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ishk xleh boleh aku tempat2 sempit gitu, tiba2 rasa panic, sesak nafas. maybe dia kena buli? |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooooo how comeeee???
Kalau iol dah panik gila kot2 jadik mayat kat situ
Tup2 dirobohkan haaa hambekk jadik konspirasi |
|
|
|
|
|
|
|
Pesakit mental rupanya case closed |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 tgh mengendap org verak, alih2 jatuh dlm lobang dinding |
|
|
|
|
|
|
|
mCM SIRI 911 KAT Disney+..(eh tercaps lock)
mcm2 kejadian pelik berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat dia boleh 'masuk dalam itu cerita ka'...siap bogel nk rogol heroin filem cenggitu ka???![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
"Syracuse, Schenectady, Utica... wow she's sickening!"![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Syracuse rasanya dah near freezing skrg ni. Nasib baik tak mati kesejukan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|