CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2791|Reply: 32

Tukang Cuci Pun Gaji RM3007, Ramai Berlumba Kerja Di Luar Negara

[Copy link]
Post time 8-11-2021 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Gaji lumayan yang ditawarkan hingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan menarik minat pekerja tempatan untuk berlumba-lumba bekerja di luar negara.


Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma), Zarina Ismail berkata, gaji puluhan ribu ringgit itu ditawarkan bagi pekerja kolar putih atau tenaga profesional dan berkemahiran di luar negara.


Katanya, bagi pekerja kolar biru atau pekerja bawahan, gaji yang dinikmati juga lebih tinggi berlipat kali ganda berbanding gaji minimum RM1,200 di Malaysia.


Foto: Sinar Harian




"Contohnya gaji seorang tukang cuci di Singapura sekarang pun RM3,007 iaitu gaji minimum di negara itu sekarang manakala gaji pengawal keselamatan pula RM3,380.


"Kalau pekerja kolar putih, berkali ganda lebih mahal kerana mereka dikategorikan sebagai ekspatriat seperti jurutera, juruterbang dan doktor," jelasnya.Dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, telah menjadi kelaziman bahawa tarikan gaji yang tinggi di luar negara terutama negara-negara maju merupakan salah satu tarikan utama rajyat Malaysia sanggup bekerja di luar negara seperti Australia dan Korea Selatan.


Memperincikan perkara itu, Zarina berkata, beliau pernah menghantar seorang jururawat bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan jururawat itu dapat membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000 dalam tempoh dua tahun bekerja di negara berkenaan.


"Terbaharu, saya turut menguruskan seorang pensyarah kanan bergelar profesor di sebuah universiti yang mahu bekerja di luar negara dan beliau sendiri memaklumkan antara faktor untuk berhijrah adalah disebabkan gaji," ujarnya.


Menurutnya, persekitaran kerja yang kondusif juga menjadi faktor mengapa ramai pekerja tempatan berhijrah ke luar negara.


Mengambil contoh pekerja sektor kolar biru seperti kerja di ladang, katanya, kemudahan mesin dan teknologi yang digunakan mendorong pekerja tempatan untuk bekerja di sana.


"Kalau kita bandingkan ladang di negara luar dan di negara ini, kita akan nampak perbezaannya kerana kemudahan mesin yang digunakan menjadikan kerja-kerja ladang menjadi ringan.


"Selain itu, di negara luar juga kita lihat jarang majikan buat kerahan tenaga sebaliknya gaji dibayar dengan baik dan kebajikan pekerja juga dijaga," katanya.


Ditanya mengenai jumlah perkerja tempatan yang berkerja di luar negara ketika ini, beliau memberitahu, Pusma tidak mempunyai statistik berkenaan.


Bagaimanapun, Zarina menegaskan, pekerja tempatan berminat untuk bekerja di luar negara bukan sebab memilih kerja tetapi disebabkan keperluan hidup yang mendesak.


Katanya, dengan gaji minimum RM1,200 di negara ini sekiranya pekerja tinggal di bandar mereka tergolong di dalam kelompok miskin bandar dan keseluruhan gaji itu tidak mampu menampung hidup sepenuhnya.


"RM1,200 ini tidak mampu beli atau bayar semua keperluan. Kalau nak ada kereta, nak sewa rumah, memang tak cukup.


"Oleh itu, kerajaan sepatutnya kaji semula kadar gaji minimum ini kerana dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ia wajar dinaikkan kepada RM1,500 kerana kita juga bukan negara mundur sebaliknya negara membangun," katanya.


Zarina menambah, kalau kerajaan tidak mengkaji kadar gaji lama kelamaan semakin ramai rakyat berhijrah ke luar negara menyebabkan negara akan kehilangan lebih ramai tenaga pakar.


Ujarnya, ia adalah kerugian yang akan ditanggung Malaysia untuk tempoh jangka panjang.


Justeru itu, katanya, kerajaan juga seharusnya memberi insentif khas kepada golongan pekerja tempatan kolar putih yang bekerja di luar negara untuk pulang menyumbang tenaga di tanah air dan melatih pekerja pelapis di bidang masing-masing. -CARI


Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
"Tapi Melayu malas," ujar encik Krab.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel 5star sebelum2 covid, gaji budak2 housekeeping, public area pon dekat 2500... Makan free, uniform free..  Tapi skang tak dapat dh lah..

Singapore or overseas mmg lah klu korg convert nampak byk.. Tapi makan, tmpt tinggal, tu semua korg x pikir..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 01:37 PM | Show all posts
habis tu, bising2 di malaysia buat ape? terus kan migrate dan bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Abangla 'malas' di Bangladesh..'rajin' di Msia.
Indon 'malas' di indonesia...'rajin' di Msia.
Malaysian 'malas' di Msia...'rajin' di Singapura.
...apabila 1 taka x sama rm1
...apabila 1rupiah x sama rm1
...apabila 1dollar singapore x sama rm1.
...Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:02 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah bertahun ramai yang buat macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyo, in reality tak cukup tuk sewa rumah/bilik ended up sleeping rough kag Singapore tu.  Ingat tak keluar news last year.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:17 PM | Show all posts
Gaji SG convert ke MYR mmg nampak sedap. Realitinya seperti kos makan, kos tempat tinggal, kos berbelanja, tu tak ditunjukkan lagi. Hidup la di negara sendiri. Ada kerja yang menawarkan gaji lumayan. Pandai cari, maka beruntunglah. Tak pandai cari, kena usaha lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje situ duduk JB ulang alik or sewa bilik kat sg, apa yg untung gaji? Unless gaji 10k
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:36 PM | Show all posts
Kalau gaji tinggi sekali pun, tapi kos sara hidup pun meningkat tinggi, apa guna?

Inflasi terlalu teruk, laju sangat berbanding kenaikan kos sara hidup. Dulu dulu 1 sen tu ada value lagi, boleh beli gula gula 5 sen sebijik kalau ada 5 keping. Sekarang, semua benda paling murah RM1. Sen sen dah tak main. Gila.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:43 PM | Show all posts
currency kita rendah, cost of living makin tinggi..

mmg nampak la jurang gaji tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap acik zarina ni keje HR.. Tp concept basic pon failed..

Nk kira untung ke tak.. Kira skli living cost

bkn convert duit gaji tu bulat2..

Kang kaka norm suh compare dgn indon yindia sana acik zarina tciduk pula tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bunyi mcm best gaji tinggi ..kalau yg profesional tu ok lah..memang besar jurang. Tp kalau yg takat 3k tu tak padan nak g. Kalau sakit jenuh org kat kg nak bergolok gadai bayar bill...lainlah majikan sedia semua rumah, transport,insuran, makan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:25 PM | Show all posts
kawan aku husben keje kat qatar
mula2 dia ikut gak
pastu lama2 tak tahan belanja idup tinggi sbb anak sek kt int school
skrg husben je dok sana dia balik sini
anak2 pun tak happy dok sana, tv rancangan kartun pun sume ckp arab huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Time sakit kang jenuh mak bapak nak contact embassy n kutip derma bayar bill..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:36 PM | Show all posts
rata2 gaji dimalaysia tak byk berubah 10thn dlu dgn skrg...
tp hrga barang 10thn dlu byk dh berubah berbanding skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm3k tu asnaf jugak di mesia.
Bawah par
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 03:43 PM | Show all posts
Memang la gaji besar kat Singapore tapi kalau duduk JB pepagi buta dah kena bangun, nak ngadap jem kat causeway. Tu belum kerja macam lembu kat sana, kalau sehari ada 48 jam maka 48 jam la dikerahnya tenaga kerja kau, macam hamba.

cemana pekerja asing dilayan kat sini, camtu la pekerja buruh malaysia kat singapore.

kita tengah sedap tido, depa dah pi beli breakfast kat jambatan permas tu, lepas tu beratur kat imigresen. kita dah sampai rumah petang, depa masih lagi atas jalan. Siapa yang sanggup aje la pi kerja kat Singapore tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 04:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2021 04:09 PM | Show all posts
nak nampak gaji besar, convert currency malaysia..
pastu bila sakit bagai, rayu sumbangan orang malaysia jugak..
apasal tak guna gaji besar kau tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.248337 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list