CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2850|Reply: 13

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat (umum)

[Copy link]
Post time 10-11-2021 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 10-11-2021 02:57 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Sufyan, daripada Sulaiman bin Suhaim, daripada Ibrahim bin Abdullah bin Ma'bad, daripada ayahnya (Abdullah bin Ma'bad), daripada Ibnu Abbas,

"Nabi s.a.w. menyingkap tirai (kamarnya)
sementara orang-orang sedang berbaris di belakang Abu Bakar,

maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Wahai sekalian manusia,
sesungguhnya berita gembira kenabian telah tiada,
kecuali mimpi yang soleh (benar)
yang dimimpikan oleh seorang Muslim
atau yang diperlihatkan kepadanya.

Ketahuilah aku dilarang membaca Al-Qur'an
ketika rukuk dan sujud,
oleh kerana itu,

ketika rukuk,
hendaklah kalian mengagungkan Rabb (Allah),

sedangkan ketika sujud,
hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam berdoa,
kerana besar kemungkinan
doa kalian akan dikabulkan oleh Allah."

(Hadith Abu Daud no. 742)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2021 10:10 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 18-11-2021 08:55 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Salamah, diceritakan oleh Ibnu Wahb, daripada 'Amr ibnu Al Harits, daripada 'Umarah bin Ghaziyah, daripada Sumayya, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Keadaan hamba yang paling dekat
dengan Allah a.w.j.

adalah ketika dia sujud,
maka perbanyakkanlah berdoa ketika sujud."

(Hadith Nasa'i no. 1125)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2022 09:35 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ali bin Muslim Ath Thusi, diceritakan oleh Sayyar, diceritakan oleh Ja'far, diceritakan oleh Tsabit, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dijadikan kesenanganku daripada dunia,
ada pada wanita
dan minyak wangi.

Dan dijadikan penyejuk hatiku,
ada dalam solat."

(Hadith Nasa'i no. 3879)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2022 10:44 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 8-7-2022 02:54 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu ath-Thahir & Harun bin Sa'id al-Aili, diceritakan oleh Ibnu Wahab, diceritakan oleh Abu Shakhr,
diceritakan oleh Umar bin Ishaq (bekas hamba Zaidah), daripada bapanya (Ishaq), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Solat lima (5) waktu

dan solat Jumaat
ke Jumaat seterusnya,

dan Ramadhan
ke Ramadhan seterusnya

adalah penghapus untuk dosa
antara kedua-duanya

apabila dia menjauhi dosa besar."

(Hadith Muslim no. 344)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 03:05 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 4-8-2022 07:06 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Harun bin Muhammad bin Bakkar bin Bilal, diceritakan oleh Marwan bin Muhammad,
diceritakan oleh 'Abdul 'Aziz bin Muhammad, diceritakan oleh Muhammad bin 'Abdullah bin Al Hasan, daripada Abu Az Zinad,
daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian
hendak sujud,
maka hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya
sebelum kedua-dua lututnya.

Dan janganlah dia turun (untuk sujud)
seperti turun duduknya unta."

(Hadith Nasa'i no. 1079)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 03:06 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Isma'il (Ibnu Ibrahim), daripada Ayyub, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
disandarkan kepada Nabi s.a.w.,

"Sesungguhnya kedua-dua tangan bersujud
sebagaimana wajah bersujud.

Apabila salah seorang daripada kalian
meletakkan wajah,
hendaklah dia meletakkan kedua-dua (telapak) tangannya.

Dan apabila mengangkat wajahnya,
hendaklah dia mengangkat kedua-dua (telapak) tangannya."

(Hadith Abu Daud no. 758)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2022 12:14 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 9-9-2022 04:22 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Ja'far Muhammad bin ash-Shabbah & Abu Bakar bin Abi Syaibah, diceritakan oleh Ismail bin Ibrahim, daripada Hajjaj ash-Shawwaf,
daripada Yahya bin Abi Katsir, daripada Hilal bin Abi Maimunah, daripada 'Atha' bin Yasar, daripada Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami,

"Ketika aku sedang solat
bersama-sama Rasulullah s.a.w.,
tiba-tiba ada seorang lelaki daripada suatu kaum
bersin.

Lalu Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami mengucapkan,
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
(Semoga Allah memberimu rahmat).

Maka seluruh jemaah mengalihkan pandangan mereka
kepadaku.

Aku berkata,
"Aduh, celakalah ibuku!
Kenapa awak semua menjelingku?"

Malah mereka menepuk tangan
di atas paha.

Setelah itu barulah aku tahu bahawa
mereka menyuruhku diam.
Tetapi aku telah diam.

Tatkala Rasulullah s.a.w. selesai solat,
ayah dan ibuku sebagai tebusanmu (ungkapan sumpah Arab),

aku belum pernah bertemu seorang pendidik
sebelum
dan sesudahnya
yang lebih baik pengajarannya
daripada Rasulullah s.a.w.

Demi Allah!
Rasulullah s.a.w. tidak memarahiku,
tidak memukul
dan tidak memakiku.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya solat ini,
tidak boleh di dalamnya
ada percakapan manusia.
Kerana solat itu hanyalah tasbih,
takbir
dan membaca Al-Qur'an."

Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata,
"Wahai Rasulullah s.a.w.
Sesungguhnya aku pada waktu jahiliyyah,
Allah telah mendatangkan agama Islam.
Sedangkan di antara kami,
ada beberapa lelaki yang bertemu dengan dukun."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah kamu bertemu dengan mereka (dukun)."

Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata,
"Dan di antara kami,
ada beberapa lelaki yang bertathayyur (kepercayaan nasib tuah/malang)."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kebimbangan yang ada dalam dada mereka itulah
yang sering menghalang mereka (untuk melakukan sesuatu).
Maka janganlah halang mereka."

Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami berkata,
"Dahulu aku mempunyai hamba wanita
yang menggembala kambing
di depan gunung Uhud
dan al-Jawwaniyah.

Pada suatu hari, aku memeriksanya.
Ternyata seekor serigala telah menangkap seekor kambing
daripada gembalaannya.

Aku adalah lelaki daripada keturunan bani Adam
yang boleh marah
sebagaimana orang lain juga boleh marah.
Tetapi aku menamparnya sekali.

Lalu aku berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.
Dan Rasulullah s.a.w. menganggap tamparan itu
adalah masalah besar.

Aku berkata,
"(Untuk menebus kesalahanku),
tidakkah lebih baik aku memerdekakannya?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bawalah dia kepadaku."

Lalu Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami membawanya
mengadap Rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Di manakah Allah?"

Hamba itu menjawab,
"Di langit."

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Siapakah aku?"

Hamba itu menjawab,
"Kamu adalah utusan Allah."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bebaskanlah dia.
Kerana dia seorang wanita mukminah."

(Hadith Muslim no. 836)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2022 05:22 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abu Al Ahwash, daripada Simak bin Harb, daripada Qabishah bin Hulb, daripada ayahnya (Hulb),

"Rasulullah s.a.w. mengimami kami.

Lalu Rasulullah s.a.w. memegang tangan kirinya
dengan tangan kanannya."

(Hadith Tirmidzi no. 234)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2023 03:20 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Hatim, diceritakan oleh Bahz, diceritakan oleh Wuhaib, diceritakan oleh Abdullah bin Thawus, daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Aku diperintahkan untuk bersujud
pada tujuh (7) anggota badan.

1) Dahi,
Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangannya
sehingga bahagian hidungnya,

2 & 3) kedua-dua tangannya (telapak tangan),

4 & 5) kedua-dua lututnya,

6 & 7) dan hujung kedua-dua telapak kakinya.

Dan kami tidak melipat baju
dan tidak pula mengikat rambut."

(Hadith Muslim no. 758)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2023 04:50 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Bisyr bin Al-Mufadldlal, diceritakan oleh Ghalib, daripada Bakr bin Abdullah, daripada Anas bin Malik,

"Kami pernah solat bersama Rasulullah s.a.w.
pada waktu yang sangat panas.

Apabila salah seorang daripada kami
tidak sanggup meletakkan dahinya
di atas tanah
(kerana kepanasannya),

dia membentangkan kainnya
lalu bersujud di atasnya."

(Hadith Abu Daud no. 564)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2023 09:23 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Abul 'Alaa Ayyub bin Abu Miskin, daripada Qatadah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Janganlah salah seorang daripada kalian
membentangkan kedua-dua lengannya
(di atas tanah)
ketika sujud

seperti anjing
yang membentangkan kedua-dua lengannya."

(Hadith Nasa'i no. 1091)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2023 10:11 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Al Laits, daripada Ja'far bin Abdullah Al Anshari, daripada Tamim bin Mahmud, daripada Abdurrahman bin Syibl,

"Rasulullah s.a.w. melarang

(sujud dengan cepat)
seperti burung gagak mematuk.

(Membentangkan lengan ketika sujud)
seperti binatang buas yang sedang membentangkan kakinya.

Dan melarang seseorang mengambil lokasi khusus
di masjid
(untuk ibadatnya)
sebagaimana unta menempati tempat duduk rehatnya."

(Hadith Abu Daud no. 731)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2023 10:41 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 24-3-2023 02:53 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Yahya bin Ayyub, Muhammad bin Shabah, Qutaibah & Ibn Hujr, diceritakan oleh Ismail bin Ja'far, daripada Al 'Ala` bin Abdurrahman,

"Al 'Ala` bin Abdurrahman pernah menemui Anas bin Malik
di rumahnya di Bashrah,
iaitu ketika selesai solat Zohor.

Sementara rumahnya berada
bersebelahan dengan masjid.

Ketika kami menemuinya,
Anas bin Malik bertanya,
"Apakah kalian sudah solat Asar?"

Kami jawab,
"Baru sahaja kami selesai solat Zohor."

Kata Anas bin Malik,
"Lakukanlah solat Asar."

Maka kami pun melakukan solat Asar.

Setelah kami selesai mengerjakan solat Asar,

Anas bin Malik mengatakan,
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Asar itulah solat (yang biasanya diabaikan) orang munafik.

Dia duduk memerhatikan matahari
sehingga matahari telah berada
di antara dua tanduk syaitan
(hampir waktu Maghrib).

Kemudian dia solat
dan dia mematuk empat (4) kali
(solat secara tergesa-gesa / sangat cepat).

Dia tidak mengingati Allah
kecuali sedikit sekali."

(Hadith Muslim no. 987)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2023 01:23 PM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Nasa'i no. 1070
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Qutaibah, daripada Khalaf bin Khalifah, daripada Abu Malik Al Asyja'i, daripada bapanya,

"Aku pernah solat di belakang Rasulullah s.a.w.
Dan Rasulullah s.a.w. tidak Qunut.

Aku juga pernah solat di belakang Abu Bakar.
Dan dia tidak Qunut.

Aku pernah solat di belakang Umar.
Dan dia tidak Qunut.

Aku pernah solat di belakang Uthman.
Dan dia tidak Qunut.

Aku juga pernah solat di belakang Ali.
Dan dia juga tidak Qunut.

Kemudian dia berkata,
"Wahai anakku.
Itu adalah bid'ah."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.058293 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list