|
Selepas suaminya Aliff Aziz berhijrah ke arah positif, Bella Astillah juga dalam proses untuk mendekati agama dengan mendalam.
Kata Bella hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.
Foto: IG
"Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.
"Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti ‘make up’, dia sama (mengaji).
"Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula (belajar) daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level (peringkat),” katanya seperti dipetik di Kosmo.
Sementara itu ada juga yang mempersoalkan penyertaan Aliff dalam Gegar Vaganza musim kelapan.
"Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.
"Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang. Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.
"Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” ujarnya.
Beruntung Aliff dapat suami secantik dan sebaik Bella. Apa-apa pun tetap sokong dari belakang. Tak gitu? -CARI
|
|