CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 8

Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Obses Dengan K-Pop Di Tiktok

[Copy link]
Post time 15-11-2021 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Aplikasi TikTok membuktikan pengaruhnya dalam industri muzik apabila sebuah kajian membuktikan impak platform itu terhadap muzik dan budaya fandom K-pop.


Kajian yang dibangunkan bersama kerjasama Kpop Radar itu mendedahkan pertumbuhan dalam kandungan berkaitan muzik dari Korea Selatan itu sejak tiga tahun lalu dengan bilangan video berkaitan meningkat tiga kali ganda daripada 33.5 juta pada 2019 kepada 97 juta sehingga September 2021.


Daripada jumlah itu, 92.8 peratus video yang dimuat naik adalah dihasilkan luar dari Korea dengan Indonesia muncul sebagai pencipta teratas dengan 16.4 peratus.


Gambar Hiasan




Angka itu diikuti rapat oleh Filipina (13.5 peratus) dan Amerika Syarikat (8.7 peratus) manakala Malaysia menduduki tangga ke-10 dengan 2.8 peratus.


TikTok juga menjadi platform menghubungkan semua peminat K-pop termasuk dalam memperkenalkan pencinta muzik itu kepada lagu dan artis Korea yang baharu.


Sebagai contoh, lagu lama kumpulan TWICE iaitu What is Love dan Making a Lover menyaksikan kebangkitan semula dalam aplikasi itu selain lagu Mommy Son F The World dan Colors nyanyian Stella Jang menjadi tular dan membantu melancarkan karier muziknya.


Populariti Money nyanyian Lisa Blackpink juga melonjak apabila pengguna TikTok mula membandingkannya dengan kejayaan siri Netflix, Squid Games.


Malah platform itu telah melihat lebih daripada 3.1 juta video mengambil inspirasi daripada muzik K-pop dan mendapat 9.1 bilion tontonan.


Selain itu, TikTok juga telah mentakrifkan semula cara peminat berinteraksi dengan idola mereka. Artis K-pop generasi keempat seperti BDC dan Weekly telah berjaya mendapat pengikut besar di TikTok dengan memanfaatkan cabaran dan ciri kreatif aplikasi itu.


Begitu juga pengikut TikTok STAYC melonjak hampir lima kali ganda sepanjang enam bulan lalu. Populariti berterusan mereka di TikTok malah telah mendorong mereka untuk melancarkan single di aplikasi itu.


"TikTok telah mengubah cara orang ramai mendalami muzik K-pop. Memandangkan K-pop sangat digemari oleh komuniti TikTok Global, kami akan terus melakukan inisiatif untuk artis dan peminat," kata Ketua Pembangunan Perniagaan Global TikTok Korea, Jay Bae. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
staff kaka org iraq pon obses kpop.. kaka pon xphm knp tp impress la kpop blh merentas benua.. dasat eh kpop punya pengaruh. Ni blom dajei lg.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbreeze replied at 15-11-2021 02:22 PM
TUHAN iteww MAHA MEMAHAMI dan menyayangi ko, justeru tidak kurniakan ko zuriat kerana tidak mahu k ...

Berrkongsi tazkirah tang sesungguhnya TUHAN has mysterious ways dlm menguji hamba hambaNYA pun sinormahbaru  sentap keww XIM?


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergila2 kan k pop kau ingat depa pandang ke kau?Dpt suami muka jawa totok juga dik oi..dpt mcm opa berbaloi juga kefanatikan kau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Not me.
Deyols ni muka fotostat.
Beauty pageant male/female mcm nak cari mesin fotostat paling bagus.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
suka gak layan korea tp tade la obses

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikutkan msian punye fanatik top 1..
Cuma penduduk indo usa etc lg ramai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tersilap baca obese plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.377749 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list