CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1998|Reply: 1

97% warna merah

[Copy link]
Post time 17-11-2021 06:44 AM | Show all posts |Read mode

FENOMENA gerhana bulan. FOTO AFP


Washington: Gerhana bulan separa terpanjang abad ini akan berlaku selama tiga jam 28 minit pada Jumaat ini.

Ia juga dapat dilihat dari Amerika Selatan, Asia Timur, rantau Pasifik dan Australia, lapor Timesnownews.com.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) meramalkan gerhana itu dapat dilihat dengan jarak penglihatan yang baik di Amerika Utara.

Agensi angkasa lepas itu berkata, gerhana boleh dilihat untuk tempoh tiga jam dan 28 minit, di mana 97 peratus bulan akan muncul dalam warna merah.

Menariknya, gerhana ini mungkin lebih lama daripada mana-mana gerhana lain bagi tempoh 2001 hingga 2100.

Bumi akan melintasi di antara matahari dan bulan pada awal 19 November, menghasilkan bayang-bayang.

Nasa berkata, waktu kemuncak gerhana adalah pada 4 pagi Waktu Timur (ET).

Gerhana akan berlaku pada 18 dan 19 November dan penduduk di seluruh dunia akan dapat melihat pada masa yang berbeza, bergantung pada zon waktu.

Menurut Nasa, penduduk di pantai timur Amerika Syarikat (AS) akan dapat melihat pemandangan terbaik dari jam 2 hingga 4 pagi ET.

Gerhana juga akan dapat dilihat dari Amerika Selatan, Asia Timur, rantau Pasifik dan Australia.

Mereka yang tidak dapat melihatnya secara langsung boleh menyaksikan menerusi penstriman langsung yang akan disiarkan oleh Nasa.

"Gerhana bulan separa akan berlaku semalaman pada 18 dan 19 November, apabila bulan terlindung ke dalam bayang Bumi selama beberapa jam.

"Jika cuaca mengizinkan, gerhana akan dapat dilihat dari mana-mana lokasi, di mana bulan muncul di atas ufuk semasa gerhana. Bergantung pada zon waktu
anda, ia akan berlaku lebih awal atau lewat pada waktu petang untuk anda.

"Sebahagian besar akan dapat melihat sekurang-kurangnya sebahagian daripada gerhana, termasuk Amerika Utara dan Amerika Selatan, Asia Timur, Australia dan Wilayah Pasifik. Jadi tentukan masa untuk kawasan anda," kata Nasa dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, Planetarium Negara Kuala Lumpur, dalam satu hantaran memberitahu bahawa fenomena gerhana bulan penumbra bermula 6.58 petang hingga 8.03 malam, Jumaat ini.

Ia apabila bulan terlindung oleh bayang penumbra bumi.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 6:30am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:45 PM | Show all posts
cantik gerhana ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.090932 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list