CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2274|Reply: 1

China makin berpengaruh dalam institusi global utama

[Copy link]
Post time 19-11-2021 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 02:54 PM

China makin berpengaruh dalam institusi global utama

November 19, 2021 @ 11:07am



Gambar fail menunjukkan pelajar universiti mempamerkan bendera Parti Komunis China sempena ulang tahun ke 100 baru-baru ini. - Foto AFP



WASHINGTON: Peningkatan pengaruh China secara drastik dalam pelbagai institusi global utama sejak sedekad lalu perlu diberi perhatian serius.



Menurut Pusat Pembangunan Global (CGD), badan pemikir berpangkalan di Washington, firma China kini menguasai sebahagian besar kontrak ditawarkan oleh bank pembangunan.



Beijing juga menambah sumbangannya kepada institusi itu kepada AS$66 bilion (RM276 bilion), mengatasi Jepun sebagai penyumbang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat (AS).



Pada masa yang sama, China adalah penerima utama bantuan daripada institusi kewangan pelbagai hala seperti Bank Dunia, malah turut memperoleh kuasa mengundi dan peranan utama kepimpinan dalam kalangan mereka.



Bagaimanapun, felo kanan CGD, Scott Morris, berkata ia tidak semestinya sesuatu yang menggemparkan kerana AS dan kerajaan lain sudah lama menggesa China untuk menyumbang lebih banyak kepada sistem antarabangsa.



"Adalah lebih baik untuk China bekerja di dalam sistem dan bukannya di luar," katanya.



Menurut laporan CGD, penemuan itu boleh mendedahkan keperluan untuk penelitian lanjut beberapa aspek dan usaha terbaik untuk meredakan kedudukan dominan China, sekali gus menghalangnya daripada menjejaskan matlamat pembangunan.



Antaranya termasuk peranan utama Beijing sebagai pemberi pinjaman kepada negara miskin yang kebanyakannya menghadapi masalah hutang.



Kata Morris, sebahagian besar kebangkitan China selaku kuasa geopolitik adalah melalui Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) di mana ia menyalurkan pinjaman kepada negara membangun.



"Dapatan CGD memberi gambaran lebih jelas mengenai usaha pembangunan Beijing bagi meningkatkan kepentingan China dalam sistem antarabangsa.



Laporan itu turut menyebut bahawa firma China menguasai kontrak komersial (bank pembangunan pelbagai hala) ke tahap yang mengurangkan sokongan politik untuk institusi itu di negara lain.



Penyelidik mendapati peningkatan derma, kuasa mengundi dan kehadiran China dalam peranan kepimpinan di 76 institusi global utama.



Antaranya termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Pembekal Vaksin GAVI.



Ia menunjukkan kuasa mengundi China meningkat, sebahagian besarnya dipacu pertumbuhan pesat ekonomi dan negara itu, berdasarkan budi bicaranya sendiri, menambah sumbangan kepada pertubuhan antarabangsa sehingga lebih empat kali ganda.



Felo Dasar CGD, Sarah Rose, berkata China jelas sengaja membuat pilihan itu untuk meningkatkan kuasa dan pengaruhnya dalam sistem antarabangsa. - AFP








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:43 PM | Show all posts
mereka mahu memegang dunia
berusaha jd kuasa besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.242592 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list