View: 1447|Reply: 2
|
Bekas Wadar Penjara Menyamar Jadi Polis, Motif?
[Copy link]
|
|
IPOH: Seorang bekas wadar penjara didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menyamar anggota polis ketika berada dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Khamis lalu.
Tertuduh, Zakwan Mahuri, 44, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati berpura-pura memegang sesuatu jawatan tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu dengan menyamar sebagai anggota polis.
Foto: Berita Harian
Kesalahan itu dilakukan di pekarangan Pejabat Cawangan Khas IPK Perak kira-kira jam 9.50 pagi pada 18 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi dengan tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
tertuduh didapati berpura-pura memegang sesuatu jawatan tertentu sebagai seorang penjawat awam iaitu dengan menyamar sebagai anggota polis. |
|
|
|
|
|
|
|
motif untuk bermegah-megah la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|