Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi'b, daripada Az Zuhri, daripada Abu 'Abdullah Al Aghar, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Pada hari Jumaat, para Malaikat hadir di pintu Masjid, mencatat siapa orang yang datang paling awal dan seterusnya.
Orang yang paling awal datang ke Masjid seperti orang yang berkorban dengan seekor unta.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor sapi.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor kambing yang bertanduk.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan seekor ayam.
Kemudian seperti orang yang berkorban dengan sebutir telur.
Dan apabila Imam sudah keluar (untuk memberi khutbah), maka para Malaikat menutup buku catatan mereka. Kemudian mendengar zikir (khutbah)."
(Hadith Bukhari no. 877)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|