View: 1254|Reply: 5
|
Pendapatan Simon Cowell bertaraf 'billionaire's
[Copy link]
|
|
Simon Cowell
London: Mogul hiburan terkenal, Simon Cowell, 62, memperoleh 'durian runtuh' sebanyak RM254 juta hasil pendapatan sepanjang tahun lalu sekali gus menjadi antara yang tertinggi dalam sejarah pendapatan selebriti.
Angka itu adalah jumlah pendapatan syarikat miliknya Syco Holdings selama 12 bulan sehingga Mac tahun ini.
Jumlah itu melebihi dua kali ganda pendapatan penyanyi Ed Sheeran pada tahun lalu yang memperoleh RM120 juta dan David Beckham pada 2019 iaitu RM81 juta.
Menurut satu sumber, Cowell jelas cukup berpengaruh dan masih menerima gaji mahal dalam setiap projek yang membabitkannya.
"Simon mungkin tidak muncul depan skrin, namun empayar global miliknya cukup sibuk dan semakin kukuh.
"Jelas terbukti berdasarkan jumlah pendapatannya itu, dia masih cukup berpengaruh besar dalam industri hiburan," katanya.
Dengan pendapatan terbaharunya itu, kini kekayaan peribadinya dianggarkan sudah melebihi RM2.2 billion.
Projek TV miliknya termasuk jenama Got Talent masih terus mekar, meskipun dengan pelaksanaan perintah berkurung sewaktu tempoh pandemik Covid-19.
Syarikatnya Syco dilaporkan masih dibanjiri kontrak besar dalam penerbitan program TV. Selain itu, Cowell turut dilaporkan berminat menerbitkan program untuk platform media Netflix pula.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
7 keturunan x habissssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terjejas even pandemic. Untung betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
heols ni masa muda2 dah pndai buat duit sebenarnya.. ada satu article psal dia ni dlu keluar, di antara artis kat britain yg usia muda pndai buat duit, cenggitu laa bunyi nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaya tapi baju style yg sama saja shirt lusuh |
|
|
|
|
|
|
|
DianaSaksen replied at 21-12-2021 02:12 AM
Kaya tapi baju style yg sama saja shirt lusuh
Billionaire lain pun sepesen jua.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|