View: 1303|Reply: 6
|
3 Lelaki Tawar 'Cash' Beli Anak Di Pagar Sekolah
[Copy link]
|
|
Tiga lelaki membuat tawaran gila dengan menawarkan sejumlah wang tunai untuk membeli seorang kanak-kanak perempuan.
Menurut seorang wanita, dia terkejut apabila dihampiri kumpulan lelaki itu ketika menghantar anaknya ke sekolah pada 1 Disember lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/07/111911rz30j3ebq290hee7.jpg) Gambar hiasan
Dalam kejadian di Sheffield, England itu, dia dan anaknya dihampiri kumpulan berkenaan ketika mereka berada di sekitar pagar sekolah.
"Seorang lelaki dipercayai dari Timur Tengah bersama dua lagi lelaki menghampiri si ibu, mengeluarkan sejumlah wang dan meminta ia ditukar dengan anaknya," ujar pihak berkuasa seperti dipetik Daily Star.
Menurut polis, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.
Malah, polis kini sedang menyiasat satu lagi kes serupa yang berlaku di kawasan itu pada bulan lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/07/111929e4afx6q4qtfgx4z7.jpg) Kredit foto: Daily Star
Namun sehingga kini, polis belum dapat mengesahkan kaitan antara dua kejadian itu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya..
mungkin mereka ingat zaman covid ni, ramai orang sekarang ada masalah kewangan teruk, sampai sanggup jual anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
I had a feeling they had their successful 'purchased' previously, that's why diorang berani made another attempts..
scary to think what will happen to these little gurls.. pedo bangsat!
|
|
|
|
|
|
|
|
Timur tgh lelaki ni agama apa?![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
automatik I terdengar iklan kurma berbisik tu ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 7-12-2021 04:43 PM
automatik I terdengar iklan kurma berbisik tu
Yusuf Taiyoooooooob![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|