Sejak berkahwin, personaliti terkenal Noor Neelofa dan suami PU Riz agak jarang muncul di kaca TV.
Walau bagaimanapun, kadangkala pasangan suami isteri tersebut ada memuat naik tentang aktiviti seharian mereka di Instagram termasuklah sedutan kelas-kelas keagamaan.
Kredit foto: IG Neelofa
Terbaru, mereka membuat satu IG Live bersama, namun duduk di ruangan berasingan meskipun dalam rumah yang sama dengan alasan kononnya enggan berebut frame.
Dalam pada itu, PU Riz turut sempat berkali-kali menukar filter yang ingin digunakan dan berakhir dengan pilihan pelik.
Kredit foto: IG lofa.page
Dek bosan melihat gelagat si suami yang masih lagi teruja memilih filter, Neelofa akhirnya memberikan teguran untuk lebih serius.
Mendengar leteran itu, pendakwah bebas tersebut akhirnya mula mengendalikan sesi berkenaan sambil ketawa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur melihat pasangan tersebut yang sempat bergurau manja.
Mereka juga bersetuju PU Riz dan Neelofa mempunyai perangai ‘gila-gila’ yang hampir sama.
Sumber: Kisah Dunia
|