Kredit foto: IG DSV/PU Syed
Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) membuat perkongsian ingin mencari pembantu peribadi yang baru dan mempunyai ciri-ciri seperti lelaki bujang berusia lingkungan 25-30 tahun.
Susulan itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri tampil memberikan pesanan mendalam terhadapnya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, PU Syed memberitahu bahawa adalah sebaiknya bagi seorang wanita melantik pembantu peribadi (PA) di kalangan wanita bagi mengelak fitnah.
Selain mencari lelaki bujang dan masih muda, DSV turut menetapkan salah satu kriteria bagi PA-nya harus mempunyai rupa paras yang kacak.
Sumber: Murai |