View: 3346|Reply: 11
|
"Nelydia Dan Raysha Tahu Segala Dugaan Dan Cabaran Sebelum Kahwin Dengan Kamal"
[Copy link]
|
|
Uqasha Senrose, 29, sebak apabila mengimbas kembali sokongan dan keterujaan yang diberikan oleh adik beradiknya, Nelydia dan Raysha Rizrose menjelang majlis pernikahannya.
Jelas Uqasha, adik-beradiknya sentiasa berada di sisi menemaninya sehingga selesai majlis pernikahan yang berlangsung pada 5 November lalu.
Foto: IG
"Seperti semua sedia maklum, saya, Nely dan Raysha memang rapat. Kehadiran mereka seperti kekuatan dan memberikan saya semangat. Mereka tahu dugaan dan cabaran yang saya lalui sehingga dapat mendirikan rumah tangga.
"Memandangkan semuanya sudah bersiap pada hari nikah, jadi kami tidak mahu menitiskan air mata. Apa yang penting adalah mereka sentiasa menemani saya sepanjang malam sebelum keesokan harinya (5 November).
"Dalam masa yang sama, kami merahsiakan perkahwinan ini atas permintaan keluarga dan menghormati banyak pihak. Apa yang penting semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," katanya.
Menurut Uqasha, dia dan suami tiada niat merahsiakan pernikahan itu sebaliknya mereka menyegerakan perkara wajib yang hanya membabitkan keluarga dan rakan terdekat berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.
"Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh sejak Jun lalu iaitu tarikh sepatutnya majlis pernikahan dan resepsi dirancang, akhirnya kami selamat disatukan.
"Apa pun, kami hanya menghormati permintaan ibu bapa selain bersyukur kerana segala-gala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan," katanya ketika ditemui.
Pada majlis pernikahan bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, sah bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz dan menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar sama cerita sama
Betapa byk benang nk bukak oiiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah dia hidup lgi. ingatkan dah meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam betui laki nya... Badan xfit???? |
|
|
|
|
|
|
|
uqa buat rambut fringe depan tu tak chantiqueee |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan amende
Cabaran amendenya
|
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 8-12-2021 08:49 PM
Reporter Cari bukak benang dengan isi yang sama, macam isi dengan kuku kaka
Satu hari enta ...
Itu lerrr..ntah hape2..getir hapenyeh
Dok bercinta pon sesama rentis
Bukan rentas Dunia ke benua ke nk getir sgt..
Yang reput cari ni plak mcm xhbs sekolah..
Tahik mcm ni pon kutip..xde class lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
riena3321 replied at 8-12-2021 11:55 AM
Ayah dia hidup lgi. ingatkan dah meninggal
Masih ada dan ada keluarga baru. |
|
|
|
|
|
|
|
eeee belum di tayangkan di astro 11/12 ni terus rasa dah basi pasangan ni sebab thread banyak sangat dan orang dah tahu dah pun dah nikah... yihhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
tak excited pulak ngan pasangan ni... menguap di skala 8...
excited lagi time yusry dengan erra zaman dolu2... #throwback
|
|
|
|
|
|
|
| |
|