CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1576|Reply: 13

Mk K-Clique Fokus Bercuti Dan Self-Healing, Bukan Tak Nak Promosi Filem Sendiri

[Copy link]
Post time 8-12-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode
“Saya baru habis bercuti baru-baru ini. Seminggu hilangkan diri dari media sosial.”


Demikian penjelasan dari bibir penyanyi rap dan pelakon, MK atau nama lengkapnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkenaan dakwaan kononnya dirinya tidak memberi kerjasama mempromosi filem lakonannya sendiri, Marabahaya Underground.




Foto: IG




Kata ahli kumpulan K-Clique itu, bukan dia tidak mahu memberi kerjasama tetapi sejujurnya, ketika isu berkenaan meletus, dia sedang berada di Sabah untuk urusan percutian dan bertemu dengan keluarga tercinta.


“Saya tenangkan diri waktu itu, balik Sabah jumpa keluarga. Kalau orang perasan waktu itu, saya sampai kosongkan ‘following’ di Instagram. Lepas seminggu bercuti,  baru saya follow balik semua orang,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.




  



Kata pelantun lagu Mimpi itu, tujuannya melakukan perkara tersebut adalah atas alasan self-healing atau menyembuhkan diri daripada segala permasalahan.


“Nak self-healing. Taknak tengok kehidupan orang  sebab fokus betul-betul masa dengan keluarga tersayang di Sabah.


“Saya dah dua tahun tak balik. Instagram saya seminggu senyap daripada sebarang perkongsian. Waktu itu juga dakwaan isu tak promosi filem berlaku.


“Selepas habis bercuti baru saya kejar balik semua dan waktu itu dah terlambat sedikit promosi filem Marabahaya Underground. Lambat sikit, memang salah saya dan saya minta maaf,” katanya lagi.




  



Kata MK lagi, dalam tempoh berkenaan bukan hanya promosi filem Marabahaya Underground terlepas pandang bahkan banyak perihal lain juga.


“Benda ini bukan isu dan bukan saya taknak promosi. Saya sibuk, itu satu. Seperkara lagi, saya terlepas perkembangan bersama-sama dengan pasukan Marabahaya Underground.


“Penggambaran filem itu pun dah tiga tahun lepas. Perkembangan filem tersebut saya kurang diberi ‘update’ sebab macam saya cakap tadi, fokus dan sibuk dengan apa yang berlaku waktu itu (bercuti). Saya pun sekadar ‘cameo’ kemunculan istimewa dalam filem itu,” katanya lagi.




  



Terdahulu, Penerbit filem Marabahaya Underground, Suhaimi Selamat terkilan dengan sikap MK yang dikatakan tidak memberikan kerjasama terhadap promosi filem itu.


Filem Marabahaya Underground sudah mula ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, bermula 2 Disember lalu.


Selain MK, filem tersebut turut menampilkan pelakon Joey Daud, Hazama, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul dan ramai lagi. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 01:08 PM | Show all posts
Meolls rasa Cik Hamdan ini propa jahh utk melariskan filem atas arahan pengarah kataku berspeku
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 01:55 PM | Show all posts
mmm kenapa nak kosongkan following.. pastu follow balik? kenapa tak logout ja IG tu.. atau uninstall ja dulu IG.. hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 01:59 PM | Show all posts
hoiii dikkk gigi tengkorak.. apa kena mengena ko bercuti dengan promosi filem tu?

kata je lah mula2 terbayang dunia khayalan dunia impian mengharapkan filem tu rhoperrr fast n furious hollywood... rhoperrnyaa taraf2 volkswagen kuning jah... bawak keta pecut pun ala2 kelindan lori ulang alik sabah sarawak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol mana pr team ko noks hahahhaa bolh kan hired suh org PR buatkan hmm alasan zaman 90 an
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan la kauuuuu[em:8:]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2021 02:10 PM | Show all posts
apa yang kau merepek meraban sampai feeling-feeling kosongkan following pun nak bgtau... walhal ada je nyehhh dalam group whatsapp team filem tu khenss.. marketing stunt lettuw... nak harap pelakon lain promo pun macam semuanya suam2...yang mary kay ni je lah hot sikit walaupun macam budak lepas spm lepak lot 10 je gayanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 8-12-2021 01:55 PM
mmm kenapa nak kosongkan following.. pastu follow balik? kenapa tak logout ja IG tu.. atau uninstall ...

That’s right kan… kenapa nak kosongkan following, lagi banyak keja nak buat lepastu nak add following kekdahnye…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 02:39 PM | Show all posts
kakigojes replied at 8-12-2021 02:14 PM
That’s right kan… kenapa nak kosongkan following, lagi banyak keja nak buat lepastu nak add foll ...

hahaha minta perhatian kot, supaya peminat-peminat dia tanya kenapa dia unfollow..tapi sedihlah kan.. dia dah unfollow ramai orang, tapi tak trending pun news tu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tetap nampak mk nk lagi handsome dari hun haqeem tu
Iyalah punai berterbangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 8-12-2021 01:55 PM
mmm kenapa nak kosongkan following.. pastu follow balik? kenapa tak logout ja IG tu.. atau uninstall ...

Kan hahah haihh memenda tah, mcm la igt balik nak follow sapa bila dah kosongkan.
Untunglaa org pemes boleh la acah2 tak follow sesapa kengkononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:27 AM | Show all posts
Suchi replied at 8-12-2021 04:46 PM
Kan hahah haihh memenda tah, mcm la igt balik nak follow sapa bila dah kosongkan.
Untunglaa org pe ...

itu la.. penat dia spend sejam 2 pegi follow balik akaun2 yg dia unfollow.. banyak masa terluang dia hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols pun, iols malu nak promote cerita2 rempit mcm ni. macam takde standard. Persis lumba kereta control dekat persisiran pantai PD jah pun.
Tapi, ni marketing kau kan? Production sampah sarap ni suruh kau jgn promote so ada la content dorang berbunyi konon kau tak promo. Kalau ye kau tak promo, dah lama production saman kau.
Marketing sampah, sesuai dgn cerita2 sampah rempit low class takde standard mcm ni.
Tengok muka hazamah pun dah macam pekerja pengait kelapa sawit dari ceruk indon bawak lori masuk ladang jah pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 08:44 AM | Show all posts
ko cakap je la.. ko balik kg sabah .. x de line...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040301 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list