View: 1278|Reply: 3
|
Kucing Masih Bernyawa Walau Tenggelam Dalam Lumpur Panas Semeru
[Copy link]
|
|
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202112/08/132157fzeoe3memi7ppz75.jpg) Add Image Caption Here
Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut.
“Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
“Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen.
“Tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi.
Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dikabarkan kucing2 mereka selamat dalam bencana tu ada 9 lives kan |
|
|
|
|
|
|
|
ye ada 9 lives mcm bateri eveready |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat keyakinan kucing tu yang dia akan selamat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|