View: 1204|Reply: 4
|
5 Beradik Muka Tak Malu Lapor Polis Konon Ibu Gadai Geran Tanah Peninggalan Bapa
[Copy link]
|
|
Hati seorang ibu di Kampung Gudang Huut di daerah Bekasi di Jawa Barat luluh selepas lima anaknya melaporkan dia kepada polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan suaminya yang sudah meninggal dunia.
Lapor Kompas.com, wanita dikenali sebagai Rodiah, 72, itu memberitahu bahawa anak sulungnya, Sonya sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar itu yang disimpannya selepas suaminya, Zein Choir meninggal dunia.
Malah, Rodiah memaklumkan, kelima-lima anaknya datang meminta geran tersebut selepas tiga hari bapa mereka meninggal dunia dan mendesak semua tanah tersebut diagihkan segera.
Namun, Rodiah tidak pernah memberikan kesemua geran tersebut sehinggalah mereka mengambilnya senyap-senyap dan membuat cerita dia yang menggadaikan tanah tersebut dan melaporkannya kepada polis.
“Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).
“Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang laporkan saya kepada polis,” katanya.
Rodia memberitahu, selain dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan suaminya, dia juga sering dikasari dan diugut lima anaknya itu.
Katanya, dia dilayan dengan kasar oleh anak-anaknya selepas bapa mereka meninggal dunia.
Wanita itu juga lumpuh kedua-dua kaki akibat strok dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda
“Saya trauma dengan apa yang berlaku. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT,” ujarnya sedih sambil menangis.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin masa kecik si ibu byk berkasar dengan anak2 dan kerap acapkali mencarut kat anak anak kan dah mendapat di hari tua kataku berspeku |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 8-12-2021 02:08 PM
Mungkin masa kecik si ibu byk berkasar dengan anak2 dan kerap acapkali mencarut kat anak anak kan da ...
Ank yg 3org lg tu elok je.....
Kita tak tau cerita sebenar, tak blh buat cerita..... |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa 3 orang anak dia tu x berapa menjadi. mungkin belajar tak tinggi ke , dropout sekolah ke ,
yang lagi 5 tu menjadi tapi komitmen dah membesar.
so nak duit cara mudah jual tanah...hasil jual tanah bahagi 5 orang.
ada orang kata kalau kita ada 8 anak tak semua berjaya. dan tak semua rosak.
mana yang tak berjaya tu ada sebab kenapa Allah jadikan dia tak berjaya.
kalau dalam 1 tu dia tak kahwin ada sebab kenapa Allah atur dia tak kahwin.
cerita macam ni jual tanah .
selalu dalam drama melayu. tak ingat tajuk dia apa.
tapi pelakon kalau tak fauziah nawi mesti wan maimunah.
lepas dapat geran tanah di halaunya mak dia keluar
mak dia duduk atas tanah kubur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nk kata pe... Msti ade kisah2 zmn dahulukala... Sape y tersakiti xtau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|