“Saya tak pernah keluar kenyataan sertai tabligh. Saya hanya bergaul dengan pendakwah."
Kredit foto: IG
Itu respons Zul Ariffin apabila dihimpit persoalan mengenai kisahya bergaul dengan golongan tabligh sebelum ini.
Persoalan itu timbul apabila pelakon kacak terbabit dilihat kembali berseluar pendek menampakkan paha berurat di laman sosial.
Kredit foto: IG
Menafikan dirinya menyertai jemaah tabligh sebaliknya hanya bergaul dengan pendakwah, Zul menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya mengaitkan gaya hidupnya dengan mana-mana pihak terutama berkaitan aktiviti keagamaan yang disertainya sebelum ini.
“Kepada orang yang komen melampau tu, jika anda boleh beri jaminan esok anda tak akan melakukan kesalahan sila beritahu, saya nak belajar.
“Saya adalah selebriti, kritikan itu umpama ‘sarapan’ bagi saya... saya akan hadapinya walau apa pun,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).
https://www.instagram.com/p/CTmFpTghz6-
Suka hatilah zul nak tunjuk paha berurat, kan? Ramai juga cuci mata nanti. - CARI
|